Sunday, May 11, 2014

Pecah & Curi Di Surau Desa Mewah


Warga Qariah Desa Mewah yang dikasihi,

Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk meng'update' blog surau taman kita yang permai ini. Maaf kerana rasanya sudah lama tidak menjenguk blog ini dan kerana tugasan diluar daerah.

Banyak juga cerita yang menarik yang terlepas dari entry blog surau kita ini tetapi ada yang rasanya menarik untuk di'highlight'kan untuk renungan dan moga mendapat kerjasama semua...insyallah.

Antaranya ialah kejadian pecah rumah termasuk surau kita juga semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Semua kita faham bahawa 'security' di taman kita telah beberapa tahun ditamatkan kerana kurangnya sokongan dari penduduk taman kita. Walaupun ianya adalah hasil dari kerjasama KRT Desa Mewah dan Surau tetapi ianya adalah melibatkan keseluruhan taman kita. 

Beberapa kejadian pecah rumah dan kecurian telah dilaporkan dalam group Whatsapp rukuntetanggadesamewah, dan juga Qariah Desa Mewah. Antara barangan yang glamour menjadi mangsa curi adalah motosikal tetapi alhamdulillah tidak melibatkan nyawa atau ugutan bunuh. Surau kesayangan kita juga tidak terlepas dari menjadi sasaran pencuri....kejadian terbaru pada dua minggu lepas dimana sistem P.A surau telah dicuri dan terbaru sound system juga telah dilarikan pencuri. Itu belum lagi peti besi tabung surau. Memang la kita menganggap kejadian ini adalah satu ujian dari Allah SWT tetapi ini  menunjukkan bahawa taman kita ini kini menjadi sasaran utama pencuri ini kerana kita gagal dalam bekerjasama untuk mengawal kejadian pecah rumah/surau dan curi daripada berulang. 

Disini apakah tindakan yang akan kita semua ambil supaya ianya tidak berulang...rasanya tiada. Malahan rasanya kekerapan ini akan bertambah. Banyak pintu masuk ke taman ini dan dahulu telah diperbincangkan supaya beberapa lorong/jalan tikus disarankan untuk ditutup tetapi mendapat bantahan penduduk secara majoritinya. Orang ramai dari luar bebas keluar masuk terutamanya melalui jalan di Jalan 18 bersebelahan dengan Taman Sahabat. Malahan banyak cadangan telah ditolak....

Adalah bagus sekiranya kerjasama erat yang terjalin dalam masyarakat berbilang bangsa diambil kesempatan dengan mempelbagaikan aktiviti serta perbincangan berhemah terutamanya yang melibatkan hal-hal keselamatan penduduk taman kita ini.

Ini hanyalah pandangan ikhlas daripada penyelia blog ini dan diharapkan kejadian-kejadian seperti yang dinyatakan dapat dibendung dan mengujudkan suasana yang harmoni, aman, tenang dan memberikan keselesaan untuk semua hidup tanpa rasa terancam.

Semua ahli Qariah patut berbincang secara harmoni walaupun perbezaan pendapat, aliran politik, agama dan sebagainya untuk memberikan satu keputusan yang waras dan boleh diterima semua yang memberikan kebaikkan untuk semua.

Harap maklum. Maaf sekiranya bahasa tidak sopan dan sebagainya.


  

No comments:

Post a Comment