Monday, September 23, 2013

Gotong Royong Persediaan Untuk Hari Raya Qurban

Chief tekun dengar penerangan

Hj Anuar buat2 sibuk...hehehe

Md Noor n Zaidi setakat usik2 jer khemah tu

Chief, tak lari khemah tu der

Tak abis2 lg Md Noor dgn Zaidi nih

Kalau makan cepat jer

Pilih ape tu tuan pengerusi

Bismillah....makan dulu

Thursday, September 19, 2013

Perkembangan Terkini Aqiqah & Qurban Peringkat Surau Desa Mewah 2013

Lanjutan daripada info ynag telah diposkan pada Ahad 15 September 2013 berkenaan dengan ibadah Aqiqah & Qurban di surau kita ini, info terkini (sehingga 19/9/2013) adalah seperti berikut;

Untuk ibadah Aqiqah:

- Cadangan awal : 1 ekor lembu (hanya tingga 2 bahagian sahaja)

Untuk ibadah Qurban:

- Cadangan awal: 5 ekor lembu
- Status terkini    : 2 ekor telah penuh bahagian (ditempah)
  Baki                 : 3 ekor masih lagi belum ditempah.

Tarikh akhir pengesahan untuk kedua2 ibadah tersebut adalah pada 1 Oktober 2013. Ini adalah untuk memastikan penempahan lembu yang bakal di sembelih di surau kita. Sekiranya ada YB kita (ADUN @ Parlimen) yang berhajat untuk mensedekahkan lembu untuk qurban juga amat dialu-alukan.

DALIL-DALIL MENUNJUKKAN TUNTUTAN BERKORBAN

Antara dalil-dalil syara’, fatwa dan pendapat para ulama Salaf as-Soleh (generasi awal) yang menyatakan bahawa berkorban hukumnya jatuh kepada wajib apabila ada kemampuan ialah:

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah kamu”. (Al-Kausar, 2)

Menurut Rabi’ah, Al-Auza’i, Abu Hanifah, al-Laith dan sebahagian para pengikut Malikiyah bahawa berkorban hukumnya adalah wajib bagi setiap ahli keluarga yang mampu. (Lihat: (1). Bidayah al-Mujtahid. 1/314. Ibn Asyd. (2). Al-Fikhul Islami wa-Adillatuhu. Juz 3/595-597. Dr. Wahbad az-Zuhaili) Antara dalil-dalil mereka yang menunjukkan wajibnya berkorban kepada sesiapa yang berkemampuan ialah:

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah kamu”.

“Dari Ibnu Umar radiallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah menetap (mukim) di Madinah selama sepuluh tahun, baginda tetap menunaikan korban”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

“Di masa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, setiap seseorang lelaki berkorban dengan seekor kambing untuknya dan untuk keluarganya”. (H/R Tirmizi, kitab al-Adhahi 2/1216 (hadis ini disahihkan oleh beliau). Dikeluarkan oleh Ibnu Majah, 2/2546 (dengan sanad yang sahih). Hadis ini disahihkan juga oleh Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)

“Diatas setiap ahli bait (ketua keluarga) hendaklah ada sembelihan (korban/udhiyah)”. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah. Hakim (disahihkan oleh beliau))

“Barangsiapa yang mendapati dirinya mempunyai kelapangan/kemampuan (rezeki untuk berkorban), lalu dia tidak mahu berkorban, maka jangan sekali-kali dia mendekati tempat solat kami”. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Majah, Darqutni, Hakim dan sanadnya hasan. Lihat: Fathul Bari, jld. 10/5. Hadis Mauquf lihat: Bulughul Maram, 1349 dan Ahkam al-I’dain, hlm. 26)

Telah dijelaskan dalam kitab Subulus Salam tentang maksud hadis di atas ini bahawa:

“Hadis ini menunjukkan bahawasanya seseorang dianggap telah meninggalkan suatu kewajipan (korban) yang seolah-olah (baginya) tidak ada manfaatnya, walaupun dia bertaqarrub kepada Allah (solat tetapi sayangnya) dia meninggalkan kewajipan itu (korban)”. (Lihat: Subulus Salam, 4/169)

“Bahawasanya Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah berkorban untuk orang yang belum berkorban dari umatnya dengan seekor kambing kibasy”. (Hadis Riwayat al-Barra’ bin Azib)

“Dari Ibnu Abbas radiallahu ‘anhu berkata: Kami bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di salah satu perjalanan (safar), kemudian tiba Hari Raya Korban, maka kami berkongsi tujuh orang pada seekor lembu dan sepuluh orang pada seekor unta”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi, 1213. Dan disahihkan oleh al-Albani)

“Dari Jabir radiallahu ‘anhu berkata: Kami telah menyembelih korban bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di Hudaibiyah, iaitu unta untuk tujuh orang dan lembu untuk tujuh orang”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Imam Malik rahimahullah berkata:

“Saya tidak suka terhadap seseorang yang mampu untuk menyembelih binatang (korban) lalu dia meninggalkannya (tidak melakukannya)”. (Lihat: الموطأ 2/38. Imam Malik. Syarah al-Muwatha: Tanwir al-Hawalik)

Proposal Untuk Lajnah Surau Desa Mewah Sessi 2013/2016


Tuan Pengerusi : Tuan Haji Hassan Abdul Rashid
Naib Pengerusi : En. Noorman Md Rabanni
Setiausaha        : Tuan Haji Mohd Shahar Salim
Penasihat         : Tuan Haji Mohd Zaidi

Barisan AJK adalah seperti berikut:


Insyallah barisan AJK yang terpilih akan berusaha memantapkan lagi perjalanan aktiviti surau yang telah diatur dan diharapkan akan mendapat kerjasama yang baik daripada Qariah Desa Mewah yang dihormati dan dikasihi.

Sekiranya ada sumbangan dari segi kewangan, tenaga dan juga idea-idea yang bernas, sila salurkan kepada pihak surau melalui AJK yang dilantik atau emailkan ke suraudesameawah@gmail.com, insyaallah akan dibentangkan dan diperbincangkan sebaiknya sebelum dilaksanakan.

Pihak surau juga amat menghargai segala kerjasama ahli Qariah Desa Mewah selama ini hingga kini surau kita ini telah agak sempurna dan aktiviti yang diatur dan dijalankan juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Tahniah diucapkan kepada semua ahli Qariah dan diharapkan sambutan begini dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi dimasa akan datang.

Wauallahualam. Wasalam.

Admin 
Blog suraudmewah@blogspot.com



Sunday, September 15, 2013

IBADAH KORBAN, SEJARAH DAN PENGAJARANNYA

Oleh : Ahmad Fadluldin bin Mohamad
B.A. (Hons) Syariah dan Undang-undang ( al-Azhar)
M.A. Fiqh and Usul al-Fiqh ( UIAM)

Pengenalan (تعريف)

Korban berasal daripada perkataan ( قرب) atau ( قربان) laitu dekat atau mendekati. Dalam konteks ibadah, korban maknanya:

ما يتقرب به إلى الله تعالى من ذبيحة وغيرها[1

Maksudnya :

Perkara yang dilakukan unfuk mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.. dengan menyembelih binatang dan sebagainya.

Korban Iebih dikenall sebagai acara penyembelihan binatang ternakan yang dilakukan pada Hari Raya Haji (عيد الأضحى ) dan ( تشريق) pada 10,11. 12. & 13 Zulhijjah tahun Hijrah.

Dalam ilrnu fikah, korban juga disebut (أضحية ) atau (إضحية ) iaitu rnenyembelihbinatang di waktu matahari sedang naik di pagi hari di waktu dhuha (lebih kurang terbitnya matahari segalah iaitu tujuh hasta dari kaki langit atau 18 darjah.[2]

SURUHAN BERKORBAN

Hukum perlaksanaan korban berdasarkan dalil-dalil berikut :

1- Firman Allah SWT..

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ{1} فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ{2} إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الأَبْتَرُ{3

Maksudnya:

1. Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). 2. Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). 3. Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).al-Kausar 1-3

2. Firman Allah SWT:

وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُم مِّن شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ كَذَلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ{36

Maksudnya:

Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari Syiar ugama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur. Al-Hajj:36.

3. Rasulullah SAW. bersabda:

عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ إِنَّهَا لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلافِهَا وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنْ الأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا[3

Maksudnya:

Tiada sesuatu amalan anak Adam dihari Nahar (hari menyembelih korban) yang Iebih disukai Allah S. W. T. .selain daripada amalan menyembelih korban. Binatang korban itu, di hari kiamat akan datang sebagaimana di hari penyembelihannya iaitu cukup segala anggotanya, cukup tanduknya, bulunya dan kukunya. Darah korban itu, sebelum ia jatuh ke atas bumi, terlebih dahulu ia jatuh di suatu tempat yang telah disediakan oleh Allah S. W. T. kerana itu, bersenanglah dirimu dengan (ibadah) korban itu.

4. Hadis Nabi SAW.:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ ضَحَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ وَسَمَّى وَكَبَّرَ وَوَضَعَ رِجْلَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا[4

Maksudnya:

Rasulullah SAW. telah menyembelih (berkorban) dengan dua ekor kibas (biri-biri) yang elok rupanya dan bertanduk. Baginda s.a. w. menyembelihnya sendiri dengan tangannya. Lalu membaca ( بسم الله, الله أكبر ) dan meletakkan kakinya ke atas papan leher kedua-dua kibas itu..

PERMASALAHAN DAN HUKUM

Hukum Korban:

1- Jumhur ulama yang terdiri daripada Imam Malik, Syafie dan Hanbali mengatakan bahawa korban adalah ( سنة مؤكدة ) (sunat yang dikuatkan) bukan wajib.

Mereka berdasarkan hadis Nabi s.a.w:

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِذَا رَأَيْتُمْ هِلالَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ[5

Maksudnya:

Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang di antara kamu ingin berkorban, hendaklah dia menahan diri dari memotong rambut (bulu) dan kuku-kukunya (binatang yang akan dikorbankan).

Dan hadis Nabi SAW.:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: ثَلاثٌ هُنَّ عَلَيَّ فَرَائِضُ وَهُنَّ لَكُمْ تَطَوُّعٌ الْوَتْرُ وَالنَّحْرُ وَصَلاةُ الضُّحَى[6

Maksudnya:

Ada tiga perkara yang wajib ke atasku dan sunat bagi kamu, iaitu sembahyang witir, korban dan sembahyang dhuha.

2- Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa korban itu wajib. Kewajipan in berlaku untuk setiap tahun bagi orang yang bermukim (menetap) dalam kampung. Dalilnya, hadis Nabi SAW.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلا يَقْرَبَنَّ مُصَلانَا[7

Maksudnya:

Sesiapa yang mernpurnyai kemampuan tetapi dia tidak berkorban, janganlah dia menghampiri tempat kami bersembahyang.

3-Imam Syafie berpendapat bahawa korban menjadi sunat kifayah bagi yang berkeluarga yang beragama Islam, merdeka, akil-baligh dan berkemampuan untuk seisi keluarganya dalam sesebuah rumah[8].

Dalilnya:

مِخْنَفِ بْنِ سُلَيْمٍ قَالَ: كُنَّا وُقُوفًا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَرَفَاتٍ فَسَمِعْتُهُ يَقُولُ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ عَلَى كُلِّ أَهْلِ بَيْتٍ فِي كُلِّ عَامٍ أُضْحِيَّةٌ[9

Maksudnya:

Mikhnaf bin Sulaim memberitahu bahawa : kami wükuf di Arafat bersama dengan Nabi s.aw. dan saya telah mendengar baginda s.aw. bersabda: Wahai sekalian manusia, setiap ahIi keluarga hendaklah berkorban setiap tahun.

Dan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Aisyah RA dan Abu Hurairah bahawa Nabi SAW.. berkorban dengan dua ekor kibas (biri-biri) yang gemuk, elok rupanya serta bertanduk. Salah seekor.daripada keduanya dikorbankan untuk umatnya dan seekor lagi untuk diri baginda SAW. serta keluarganya. Iaitu:

عَنْ عَائِشَةَ وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يُضَحِّيَ اشْتَرَى كَبْشَيْنِ عَظِيمَيْنِ سَمِينَيْنِ أَقْرَنَيْنِ أَمْلَحَيْنِ مَوْجُوءَيْنِ فَذَبَحَ أَحَدَهُمَا عَنْ أُمَّتِهِ لِمَنْ شَهِدَ لِلَّهِ بِالتَّوْحِيدِ وَشَهِدَ لَهُ بِالْبَلاغِ وَذَبَحَ الآخَرَ عَنْ مُحَمَّدٍ وَعَنْ آلِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ[10

4- Mazhab Syafie juga berpendapat bahawa korban menjadi ( سنة عين ) (sunat bagi setiap individu muslim) sekali dalam seumur.hidupnya. Kerana perintah ( أمر) di sini tidak menghendaki pengulangan. ( أن أمر عندهم لا يقتصي التكرار).

5- Bagi Mazhab Syafie dan Hanbali berniat atau bernazar untuk membeli binatang supaya dikorbankan, tidak mengubah hukum asal korban iaitu sunnah muakkadah.

وإن نوى الشراء للأضحية ولم يتلفظ بذلك لا تصير به أضحية

Sebaliknya, korban akan menjad wajib bila nazar itu diucapkan seperti : “Korban ini wajib ke atasku kerana Allah” atau “Aku wajib korbankan kambing ini”.

Ataupun ia menjad wajib bila ditentukan binatang korban seperti seseorang berkata “ini adalah binatang korban" atau“aku jadikannya korban”.

وإنما تجب الأضحية إما بالنذر مثل: الله علي أو علي أن أضحي بهذا الشاة أو ياتعيين بأن يقول: هذه أضحية أو جعلتها أضحية

Alasannya:

لزوال ملكه عنها بذلك

Kerana hilangnya hak milik ke atas binatang tadi (telah diserahkan untuk dikorbankan)[11].

6- Menurut Mahzhab Hanafi walaupun korban hukumnya wajib, namun hukum tersebut dapat berubah menjadi sunat ( تطواع ).

Perubahan ini terladi apabila pelakunya orang miskin yang tidak bernazar untuk berkorban dan tidak pula membeli binatang dengan niat korban. Kerana tiada sebab wajib dan syaratnya.

لإنعدام سبب الوجوب وشرطه[12]
Syarat-syarat orang yang berkorban

1- IsIam
2-Baligh
Tidak diharuskan bagi wali kanak-kanak melakukan korban untuknya kecuali jika walinya itu bapa atau datuknya, dengan syarat perbe!anjaan korban itu daripada wang bapa atau datuknya.
3- Berakal
4- Merdeka
5-Berkuasa ( المستطيع)
iaitu orang yang mempunyai keperluan yang Iebih untuk dirinya dan orang yang di bawah tanggungannya pada hari raya haji dan hari-hari ( تشريق). Orang yang tidak berkuasa haram ke atasnya melakukan korban sunat,

Syarat-syarat sah berkorban
1- Hendaklah binatang yang dikorbankan itu dari jenis binatang ternakan.

اتفق العلماء على أن الأضحية لا تصح الا من نعم

(Para ulama telah bersepakat bahawa korban tidak sah melainkan daripada binatang ternakan)
laitu unta, lembu, kerbau, kibas (biri-biri) atau kambing. Tidak sah korban dengan lembu liar ( بقر الوحش).

Firman Allah SWT.:

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكاً لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الأَنْعَامِ[13] 

Maksudnya:

Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu.

Bagi seekor unta, lembu atau kerbau, memadai berkorban dengannya tujuh orang (bahagian) apabila seekor unta dan sebagainya itu dikongsikan oleh tujuh orang.

Tidak semestinya tujuh bahagian itu dikhususkan untuk korban sahaja. Ia boleh dikongsikan bagi tujuan lain misalnya:

Tiga bahagian untuk korban, dua bahagian untuk aqiqah dan dua lagi untuk mendapatkan daging bagi kegunaan biasa.

Ulama bersepakat bahawa bagi seekor kibas atau kambing hanya memadai berkorban untuk seorang sahaja.

اتفق الفقهاء على ان الشاة والمعز لا تجوز أضحيتهماإلا عن واحد
Hadis riwayat:

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّهُ قَالَ: نَحَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْحُدَيْبِيَةِ الْبَدَنَةَ عَنْ سَبْعَةٍ وَالْبَقَرَةَ عَنْ سَبْعَةٍ[14
Maksudnya:

Kami bersama Rasulullah SAW. di Hudaibiyah telah berkorban seekor unta untuk tujuh bahagian dan seekor lembu untuk tujuh bahagian

2-Hendaklah binatang yang dikorbankan itu cukup umurnya. Iaitu:

(a) Unta, sekurang-kurangnya lima tahun lebih (masuk enam tahun).
(b) Lembu, kerbau dan karnbing sekurang-kurangnya dua tahun Iebih (masuk tiga tahun).
(c) Kibas, sekurang-kurangnya setahun lebih (masuk dua tahun) atau bersalin giginya sekalipun belum mencukupi satu tahun.
(d) Binatang kacukan di antara jenis-jenis tersebut, maka sekurang-kurangnya ialah yang paling tinggi sesudah dirujuk kepada kedua ibu-bapanya.

Misalnya:

Kacukan di antara kambing dengan biri-biri, maka had umurnya didasarkan kepada kambing iaitu dua tahuh lebih.[15]

3- Hendaklah binatang yang dikorbankan itu tidak ada kecacatan yang boleh mengurangkan dagingnya seperti yang sakit (kelihatan kurus), yang terpotong ekornya dan seumpamanya.

Adapun kecacatan seperti binatang yang dikasi, yang carik telinga, yang tiada tanduk, yang patah tanduk, maka tidak mengapa kerana kecacatan tersebut tidak mengurangkan dagingnya. Walaubagaimanapun, ia adalah makruh.

Sabda Rasulullah SAW.:

أربع لا يجزين في الأضاحي : العوراء البين عورها و المريضة البين مرضها و العرجاء البين ظلعها و العجفاء التي لا تنقي .[16

Maksudnya;

Empat perkara tidak harus (hararn) dijaciikan korban:

1 Yang cacat (jelas kecacatannya
2- Yang sakit (jelas kesakitannya)
3- Yang tempang (jelas ketempangannya)
4- Yang lemah (yang tiada otak tulangnya)

4- Hendaklah dilakukan korban di dalam waktunya. Iaitu bermula selepas berlaIu sekadar masa yang dihabiskan untuk menyempurnakan dua rakaat sembahyang sunat hari raya serta dua khutbahnya yang ringkas setelah naik matahari pagi hari raya dan berterusan waktunya hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.

5- Hendaklah diniatkan berkorban, sama ada diniatkan oleh:

(a) Orang yang berkorban itu sendiri ketika dia atau wakilnya menyembelih, atau ketika dia memberi wakil kepada tukang menyembelihnya dan kerja-kerja penyembelihan hendak dilakukan bila-bila masa sahaja dengan syarat binatang korban sudah pun ditentukan.

(b) Wakil yang telah diwakilnya berniat dengan syarat dia adalah seorang Islam lagi mumaiyis.

Contoh lafaz niat berkorban:
1-نَوَيْتُ الأُضْحِيَةَ الْمَسْنُوْنَةَ للهِ تَعاَلىَ
Sahaja aku berkorban sunat kerana Allah Taala.

2-نَوَيْتُ أَدَاءَ سُنَّةِ التَّضْحِيَةِ للهِ تَعاَلىَ
Sahaja aku menunaikan sunat berkorban kerana Allah Taala

3- Sahaja aku berkorban satu bahagian daripada tujuh bahagian lembu ini sunat kerana Allah Taala.

Contoh lafaz mewakilkan sembelihan dan niat berkorban

"Saya wakilkan Tuan Haji Muhammad menyembelih lembu ini korban sunat daripada saya satu bahagian dari tujuh bahagian" lalu diniatkannya.

Bentuk lafaz mewakilkan sembelihan dan niat

"Saya wakilkan Tuan Haji Muhammad menyembelih lembu ini korban sunat daripada saya satu bahagian dan tujuh bahagian" (dan meniatkannya)[17].

Kadar yang digalakkan untuk makan

Diambil oleh orang yang berkorban sunat 1/3 dan daging korbannya untuk dimakannya. (tidak melebihi 1/3 bahagian).

Disedekahkan kepada fakir miskin 1/3 bahagian dan dihadiahkan kepada orang-orang kaya atau berada 1/3 bahagian.

وقال في الجديد يأكل الثلث ويهدي الثلث ويتصدق بالثلث[18
Sembelihan korban dijual atau dijadikan upah

Mana-mana juzuk sembelihan korban sama ada dagingnya, kulitnya atau tanduknya tidak harus dijual atau dijadikan upah kepada tukang sembelih. Begitu juga tukang lapah walaupun korban itu korban sunat.

Diriwayatkan daripada Ali RA, beliau berkata:

عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَقْسِمَ جُلُودَهَا وَجِلالَهَا وَأَمَرَنِي أَنْ لا أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا شَيْئًا وَقَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا[19
Maksudnya:

Rasulullah SAW. telah menyuruhkan (Ali RA.) untuk menyembelih unta sebagai korban pada hari penyembelihan. Dan rnenyuruhku untuk membahagikan kulit-kulit serta kain alas belakangnya. Dan rnelarangku dari memberi sesuatu pun dari sembelihan korban kepade tukang sembelih. Kata Ali RA : Kami beri kepada tukang sembelih daging korban dari bahagian kami sahaja.

Jika diberi tukang sembelih daging korban kerana keadaannya yang takir atau korban kerana hadiah, maka dibolehkan.

فإن أعطي الجزار شيئا من الأضحية لفقره أو على سبيل الهدية فلا بأس[20

Sabda Rasulullah SAW.:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « من باع جلد أضحيته فلا أضحية له » « هذا حديث صحيح مثل الأول ولم يخرجاه»[21

Maksudnya:

Sesiapa yang menjual kulit sembelihan korban, maka tiada pahala korban baginya.

Amalan yang bercanggah denqan hukum korban:

Amalan membahagikan daging korban seperti seekor lembu korban kepada lapan bahagian, di mana satu bahagian dikhaskan untuk tukang sembelih dan pekerja-pekerja yang melapah daging adalah suatu amalan yang bercanggah dengan kehendak hukum korban. Kerana daging korban tidak boleh djadikan sebagai upahan.

Amalan yang sepatutnya

Dalam keadaan tersebut, apa yang perlu dilakukan oleh mana-mana yang berkorban sebagai jalan keluar bagi masalah tadi, ialah masing-masing hendaklah mengeluarkan sedikit peruntukan sebagai imbuhan di atas penat lelah tukang sembelih dan pekerja-pekerja yang melapah daging seperti wang ringgit.

Jangan sekali-kali berselindung di sebalik pemberian 1/8 bahagian daging korban itu kepada tukang sembelih dan tukang lapah dengan nama sedekah kerana Allah SW.T. amat mengetahui dan hanya amalan yang benar-benar ikhlas sahaja yang diterimaNya.[22]

Sejarah

1-Korban di Zaman Nabi Adam AS.

Menyembelih korban, adalah suatu sunnah yang diamalkan sejak dulu lagi. Ia dilakukan buat pertama kalinya oleh dua orang anak Adam, laitu Qabil dan

Habil. Kisah ini diceritakan di dalam Al-Quran surah al-Maidah, ayat 27 hingga 31.

Di antaranya firman Allah SWT..:

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَاناً فَتُقُبِّلَ مِن أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ{27
Maksudnya:
Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil).

Allah s.wt. memerintahkan Adam AS. agar Qabil mengahwinkan dengan saudara kembar Habil dan mengahwinkan Habil dengan saudara kembar Qabil. Namun Qabil tidak setuju dengan hal demikian. Dia ingin kahwin dengan saudara kembarnya sendiri, kerana saudara kembarnya lebih cantik dari saudara kembar

OIeh yang demikian, Adam AS. menyuruh kedua-dua anaknya untuk melaksanakan korban. Dan dia berkata, bahawa di antara korban tersebut yang diterima korbannya oleh Allah sw.t. akan menjadi suami bagi saudara kembar Qabil yang cantik itu.

Kedua-dua anak Adam as. tadi melaksanakan kewajipannya. Setelah korban-korban itu diletakkan di tempat yang telah ditentukan, turunlah api (dengan kehendak Allah SWT.) lalu membakar korban yang dipersembahkan oleh Habil. Melihät hal yang demikian Qabil marah dan membunuh saudaranya Habil.

Diriwayatkan, bahawa korban Qabil ialah hasil tanaman yang kurang mutunya (tidak elok)أردأ زرعه. Manakala korban Habil ialah sembelihan seekor kibas yang terbaik (sihat serta gemuk)[23] أجود غنمه

Mulai dan kisah tersebut, penyernbelihan korban dipandang sebagai suatu amalan kebaikan yang dilakukan bagi pengabdian kepada Allah SWT..

2- Korban di Zaman Nuh AS.

Sesudah terjadi taufan dan bah yang besar, Nabi Nuh AS. membuat tempat yang sengaja dan tertentu untuk meletakkan korban. Kemudian korban tersebut sesudah diletakkan di tempat tadi disembelih.

وابتنى نوح مذبحا لله عز وجل وأخذ من جميع الدواب الحلال والطير الحلال فذبحها قربانا إلى الله عز وجل[24

3- Korban di Zaman Nabi Ibrahim as

Pada suatu ketika, Allah SWT.. menguji kekuatan iman Nabi Ibrahim AS. dengan memerintahkan kepadanya agar menyembelih anaknya Ismail untuk dibuat korban.

Kisah tersebut diceritakan dalam al-Quran surah ash-Shaffat, ayat 102 hingga 111. Di antaranya firman Allah .w.t.:

فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ{103} وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ{104} قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ{105} إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاء الْمُبِينُ{106} وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ{107

Maksudnya:

103. Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - Dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami), 104. serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim! 105. "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. 106. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; 107. dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;

Pada suatu malam, iaitu malam kelapan dari bulan Zuhijjah Nabi Ibrahim AS. bermimpi, bahawa baginda diperintahkan agar menyembelih anaknya, Ismail AS. Maka pada pagi hari itu, Nabi Ibrahim AS. berfikir apakah mimpinya itu dari Allah atau dari syaitan. Oleh kerana Nabi bahim as. ragu tentang kebenaran mimpinya, Nabi Ibrahim AS. tidak melaksanakan perintah itu di siang harinya.

OIeh yang demikian, hari yang kelapan ini dinamakan ( يوم التروية) iaitu hari untuk memikir tentang kebenaran mimpi tersebut.

Pada malam yang kesembilan, Nabi Ibrahim AS. bermimpi lagi. Pada kali ini, Nabi Ibrahim AS. rnenyetahui bahawa rnimpinya itu dari Allah SWT.. OIeh itu, dinamakan hari kesembilan Zulhijjah dengan ( يوم عرفة ) iaitu hari yang diketahui melalui mimpi tersebut.

Maka pada waktu hari yang kesepuluh itu, Nabi Ibrahim AS. melaksanakan perintah Allah SWT.. Dinamakan hari kesepuuh Zulhijjah sebagai ( يوم النحر ) iaitu hari penyembeilihan korban.

Kemudian setiap tahun pada tiap-tiap hari yang kesepuluh dari Zulhijjah, Nabi Ibrahim as. menyembelih korban Allah SWT.. menggantikan Ismail as. dengan seekor kibas, kata Ibnu Abbas RA : kibas ini didatangkan dari syurga. laitu korban yang pernah dilakukan oleh Habil.[25]

Tanduk kibas itu dipelihara baik-baik oleh Nabi Ibrahim AS. sebagai tanda dan digantungkan di Kaabah. Dari abad ke abad tanduk itu tergantung di situ hingga ke zaman Rasulullah SAW.

Ketika Kaabah terbakar semasa Az-Zubir RA, barulah tanduk itu Ienyap. Mungkin turut terbakar dimakan api. Menurut al-Hasan kibas itu diambil oleh Jibril AS. dari kampungSabir ( ثبير) (suatu tempat di Mina ) Kibas tersebut adalah kepunyaan Nabi Ibrahim AS. tetapi telah terlepas lari bila tiba di Sabir.

4- Korban di Zaman Nabi Musa AS.

Bani Israil menyembelih binatang korban iaitu kambing bagi tiap-tiap keluarga. Mereka mengadakan penyembelihan tersebut selepas diperintahkan keluar dari bumi Mesir. Kemudian diperintahkan ke atas mereka berkorban.

وعند أهل الكتاب: أن بني إسرائيل لما أمروا بالخروج من مصر جعل الله ذلك الشهر أول سنتهم و أمروا أن يذبح أهل كل بيت حملا من الغنم

5-Korban di masa Jahiliah

Di masa jahiliah, sembelihan korban dibahagi kepad tiga:

(a) Untuk mendekatkan diri kepada sesuatu yang dipuja. Sembelihan ini dibakar dan diambil kulitnya sahaja. Kemudian ia diberikan kepada tukang tenung ) كاهن).

(b) Untuk meminta ampun, Sembelihan bagi tujuan ini dibakar separuh dan yang separuh lagi diberikan kepada tukang tenung (كاهن ).

(c) Untuk memohon keselamatan, Sembelihan ini dikorbankan dan dimakan sahaja.

6- Korban bangsa Yunani dan Rumawi serta penyembelih manusia

Bangsa Yunani membahagikan daging korban kepada orang-orang yang hadir sedikit-sedikit untuk dijadikan berkat. Ketika upacara penyembelihan dilangsungkan, pendeta memercikkan madu dan air ke atas orang yang hadir.

Kemudian madu dan air digantikan dengan air mawar. Adat memercikkan air mawar ini terdapat dalam upacara korban hingga sekarang.

Sebahagian manusia tidak mencukupkan korban itu dengan menyembelih binatang tetapi dengan menyembelih manusia pula.

Bangsa Finiki, Persia, Rumawi dan bangsa Mesir melakukan korban dengan penyembelihan manusia atau menggadaikan nyawanya.

Dahulu adat ini berlaku di benua Eropah. Pada tahun 657 Masihi, baru adat buruk ini dilarang oleh majlis ketua-ketua agama. Dalam pada itu, bangsa Jerman di masa itu terus juga mengerjakannya.

Raja Arab AI-Hirah ( الحيرة ) juga mempersembahkan manusia kepada Tuhannya al-Uzza (العزى ).

Menurut riwayat, bangsa Mesir dulu, pada tiap-tiap tahun mempersembahkan seorang gadis kepada sungai Nil. Gadis itu, setelah dihias dengan seelok-eloknya ditenggelamkan ke dalam Sungai Nil. Adat ini berlaku hinggalah pada zaman Gabenor Amru bin al-Aash, ia dihapuskan kerana bertentangan dengan ajaran Islam[26] .

7- Ibnuz Zabihain (ابن الذبيحين) dan riwayat penyembelihannya

Selepas peristiwa yang terjadi ke atas diri Ismail AS. korban juga berlaku terhadap Abdullah ayah RasuluIIah SAW. Maka Nabi SAW. digelar lbnuz Zabihain (ابن الذبيحين ) iaitu anak dari dua orang yang disembelih. (Ismail dan Abdullah bin Abdul Mutalib).

Pada suatu ketika Abdul Mutalib bermimpi bahawa dia diperintahkan menggali kembali telaga zam-zam yang ketika itu telah tertimbun. Maka Abdul Mutalib pun memenuhi maksud mimpinya itu.

Tapi kaum Quraisy menghalang Abdul Mutalib dari melaksanakan mimpinya. OIeh yang demikian, dia bernazar jika dia mendapat sepuluh orang anak dan dengan pertolonqan anak-anaknya dia dapat menyempurnakan mimpinya, dia reda untuk menyembelih seorang anaknya sebagai korban.

Setelah Abdul Mutalib mendapat sepuluh orang anak dan menyelesaikan penggalian telaga, dia bermimpi untuk melaksanakan nazarnya.

Abdul Mutalib mengumpulkan semua anaknya serta memberitahu kepada mereka tentang keadaan mimpinya dengan harapan mereka bersedia untuk dikorbankan.

KemudianAbdul Mutalib melakukan undian bagi menentukan siapa di antara rnereka yang akan dikorbankan.

Dalam undian itu, keluar nama Abdullah ayah Nabi SAW. yang merupakan anak kesayangannya. Tetapi pembesar- pembesar Quraisy sepakat meIarangnya dan menyuruhnya agar diganti dengan tebusan menyembelih sepuluh ekor unta.

Setelah mendapat petunjuk dari para ketua agama di Yasrib (يثريب ) yang membenarkan penebusan nazarnya, Abdul Mutalib rnenyembelih 100 ekor unta[27].

PENGAJARAN

Setiap mukmin hendaklah melakukan amalan yang diredai oleh Allah SWT.. sama ada amalan tersebut adalah sunat atau wajib, jika dilakukan atas jalan yang betul serta ikhlas akan diterima oleh-Nya.

Sabda Rasulullah SAW.

إِنَّ اللَّهَ لا يَقْبَلُ مِنْ الْعَمَلِ إِلاَّ مَا كَانَ لَهُ خَالِصًا وَابْتُغِيَ بِهِ وَجْهُهُ[28
Maksudnya:

Sesungguhnya Allah SWT.. tidak menerima sesuatu amalan melainkan yang ikhlas terhadap-Nya serta semata-mata mencari keredaan-Nya.

Orang yang bertakwa melakukan amalan korban dengan sebaik-baik pengorbanan. Di antaranya bersifat ikhlas, binatang yang dikorbankan dari jenis yang terbaik seterusnya daging korban dibahagi-bahagikan terutamanya kepada fakir miskin. Oleh yang demikian, korban Qabil tidak diterima oleh Allah SWT.. kerana korbannya dan jenis tanaman yang tidak baik. Sebaliknya korban Habil dari jenis ternakan iaitu kambing yang terbaik.

Sabda Rasulullah SAW.:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لا يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبًا وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ[29
Maksudnya:

Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah SWT. itu baik. Tidak diterimanya melainkan yang balk. Dan sesungguhnya Allah SWT. menyuruh orang-orang mukmin sebagaimana disuruh rasul-rasul)-Nya.

Pengajaran yang paling penting bagi umat Islam ialah syiar tauhid dan mengesakan Allah SWT.. dari sebarang syirik. Syiar yang teIah dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim AS. setelah dikenakan ujian oleh Allah SWT. yang boleh menggugat keimanan bagi golongan yang tidak ikhlas terhadap keesaan Allah SWT. dan agama yang lurus.

Nabi Ibrahim AS. telah menjadi contoh bagi golongan mukmin. Terlalu banyak ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim AS. dan tidak mampu dihadapi oleh orang lain. Antaranya ialah, baginda sanggup berpisah dengan anak isteri yang dicintai walaupun anak dan isteri merupakan salah satu sumber kebahagiaan rumahtangga.

Bukti keikhlasan kepada Allah SWT., Nabi Ibrahim AS. telah mengorbankan jiwa dan emosi setelah meninggalkan anak dan isterinya di bumi Mekah, yang ketandusan lagi kering-kontang. Ditambah lagi, ia adalah kawasan terpencil dan tiada penduduk yang memungkinkan sebuah tamadun dapat dibina.

Meskipun dalam keadaan yang serba kekurangan dan tidak masuk akal bagi kita, seorang ayah atau ketua keluarga membiarkan anak dan isterinya hidup dalam keadaan demikian.

Dengan penuh kesayuan dan pembuktian keimanan yang mendalam serta jitu terhadap Allah SWT. tanpa ragu-ragu, Nabi Ibrahim AS. telah menempatkan anak dan isterinya yang dicinta di bumi yang kering itu tanpa sebarang bekalan yang boleh menyara hidup rnereka.

Demi kecintaan kepada Allah SWT. yang tiada tolak bandingnya serta ketaatan kepada-Nya, Nabi lbrahim AS. meninggalkan anak dan isterinya dengan penuh pengharapan dan tawakkal kepada Allah SWT. tanpa memikirkan apakah yang perlu dibekalkan kepada anak isterinya.

Hanya penyerahan diri dan keimanan yang tinggi, maka anak isterinya ditinggalkan di bawah pengawasan Allah SWT. Dengan iringan doa:

رَّبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ الصَّلاَةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ{37

Maksudnya:

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahmu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (Mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.Ibrahim:37.

Kemuncak ketinggian keimanan Nabi lbrahm AS. ialah dapat melaksanakan perintah korban iaitu penyembelihan anaknya (Ismail AS.). Dengan kejayaan menunaikan perintah korban serta melalui ujian-ujian iain, maka Allah SWT. telah kagum dengan Nabi Ibrahim AS.

Firman Allah SWT..

سَلَامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ{109} كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ{110} إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ{111} [30

Maksudnya:

"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.

Kesimpulan:

Melalui tatapan sejarah korban, terutamanya korban yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS. memberi pengajaran dan tauladan yang amat berguna bagi urnat Islam. Amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. dalam berbagai bentuk ibadah sama ada wajib atau sunat yang mencakupi sembahyang, puasa, zakat, haji , korban dan seumpamanya akan mendapat kecintaan Allah SWT.

Firman Allah SWT. di dalam Hadis Qudsi.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ... وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ ...[31

Maksudnya:

Tidak mendekatkan diri kepadaKu seorang hamba-Ku dengan sesuatu yang

Aku kasih Iebih daripada apa yang telah difardukan ke atasnya. Dan sentiasaIah hamba-Ku mendekatkan din kepada-Ku dengan perkara-perkara sunat hingga Aku kasih kepadanya.

أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَحُبَّ عَمَلٍ يُقَرِّبُ إِلَى حُبِّكَ[32

Maksudnya:

Ya Allah, kurniakanlah kami kecintaan-Mu, kecintaan kepada orang yang kasih kepada-Mu dan kecintaan kepada amalan yang mendekatkan kami kepada-Mu.

وَالحمدُ للهِ أولاً وآخرًا


Isnin
22 Zulkaedah 1420H
28/2/2000M

Rujukan:
1. المعجم العربي الأساسي ص. 976 المنظمة العربية للتربية والثقافة والعلوم 1988م
2. الموسوعة الإسلامية. Eksiklopedi Islam Jilid 3 m/s 81, Jilid 1 m/s 16 Jakarta 1994
3. بحر الماذي ج. 11, ص. 8-9 , محمد إدريس عبد الرؤف المربوي الأزهري ج. 21, ص96
4. الفقه الإسلامي وأدلته, للدكتور وهبه الزحيلي, ج.3, 596, 597, 599, 616, 718, 732, دار الفكر بسورية 1989م.
5. سنن ابن ماجه ج2, ص1044, رقم الحديث 3123, دار الفكر.
6. سيري الإملن "15" قربان, ص 19, 20, 23, 47, 48, أغكو علوي بن أغكو حاج أمبق JHEAT, SPYIT.
7. المجموع للإمام النووي , ج 8, ص 413, المكتبة السلفية بالمدينة المنورة
8. الجامع لإحكام القرآن, القرطبي, ج 6, 132-133, ج 10 ص 101-102 , دار الحديث بالقلهرة 1994م/ 1414هـ
9. قصص الأنبياء, ابن كثير , ج 93و ص 596, دار القلم, بيروت 1405هـ/ 1994م
10.Panduan Korban dan Akikah, Ismail bin Haji Ali, m/s 7-10, Al-Hidayah, Kuala Lumpur 1996M.

[1] المعجم العربي الأساسي, ص 976 المنظمة العربية للتربية و الثقلفة والعولوم 1988م
[2] الموسوعة الإسلامية , Ensiklopedi Islam, m/s 18 jld 3
[3] سنن الترمذي - (5 / 444 (
[4] سنن الترمذي - (5 / 446 (
[5] صحيح مسلم - (10 / 171 )
[6] مسند أحمد - (4 / 478)
[7] سنن ابن ماجه - (9 / 276 )
[8] Siri al-Iman (15) Qurban m/s 3 Engku Alwi bin Engku Haji Embok 1986M
[9] رواه أحمد وابن ماجه والترمذي - سنن الترمذي - (5 / 485)/ الفقه الإسلامي وأدلته ج.3, ص. 597
[10] سنن ابن ماجه - (9 / 274)
[11] الفقه الإسلامي و أدلته ج. 3, ص 597
[12] الفقه الإسلامي وأدلته ج.3, ص. 598
[13] Al-Hajj:34.
[14] موطأ مالك - (3 / 430)
[15] Siri Iman 15, m/s 19-20
[16] صحيح وضعيف الجامع الصغير - (2 / 388)
[17] Siri Iman 15 Qurban m/s 23
[18] الفقه الإسلامي وأدلته ج.3, ص. 413
[19] سنن أبي داود - (5 / 99(
[20] الفقه الإسلامي وأدلته ج.3, ص. 732
[21] المستدرك على الصحيحين للحاكم - (8 / 118(
[22] Siri al-Iman ( 15) Qurban 3 m/s 47-48
[23] الجامع الأحكام القران ج.6, ص. 132-133
[24] قصص الأنبياء ص.93
[25] الجامع لأحكام القران ج. 10, ص. 101-102
[26] Panduan Korban dan Akikah m/s 7-10
[27] الموسوعة الإسلامية . Eksiklopedi Islam, jld. 1 m/s 16
[28] سنن النسائي - (10 / 204)
[29] صحيح مسلم - (5 / 192(
[30] الصفات 109-111
[31] صحيح البخاري - (20 / 158(
[32] سنن الترمذي ) - (11 / 29)

Dicatat oleh Ahmad Fadluldin bin Mohamad di 5:43 PTG

http://delludin.blogspot.com/2010/10/ibadah-korban-sejarah-dan-pengajarannya.html

KORBAN JANGAN JADI UPAH

KORBAN JANGAN JADI UPAH
Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Menjelang musim hariraya korban, maka mungkin beberapa peringata patut diulangi agar amalan korban kita benar-benar memenuhi tuntutan syarak. Antaranya, daging korban tidak boleh dijual oleh pembuat korban, sama ada dengan cara tukaran wang atau tukaran tenaga kerja. Apa sahaja transaksi yang membawa erti ‘menjual binatang yang telah dikorbankan’ samada dengan tukaran duit atau tenaga atau selainnya, adalah dilarang.

Ini kerana para fuqaha (sarjana fekah) bersependapat bahawa adalah haram hukumnya daging sembelihan korban (al-adhiyah) itu dijual. Kata Ibn Rusy di dalam Bidayah al-Mujtahid:

“Pada pengetahuanku para ulama telah sepakat bahawa tidak diharuskan menjual daging korban” (1/703, Beirut: Dar al-Khair)

Upah Hasil Korban
Secara umumnya menjual daging korban oleh pembuat korban itu dilarang ini telah diketahui oleh kebanyakan kita. Namun ada yang terlupa bahawa syarak juga menetapkan bahawa memberi daging korban kepada penyembelih atau pelapah atau sebagai sebagai upah hasil kerja yang mereka lakukan adalah termasuk juga dalam hukum jual beli. Iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja. Larangan memberikan daging atau selainnya sebagi upah kerja kepada penyembelih adalah termaktub dalam hadis-hadis yang sahih yang diriwayat oleh al-Bukhari dan Muslim. Daripada `Ali bin Abi Talib r.a, katanya:
“Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku mensedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.” (Riwayat al-Bukhari Muslim).
Gambar Hiasan
Di dalam riwayat al-Imam Muslim ditambah dengan ucapan Saidina `Ali: “Kami memberikan kepada penyembelih dan pelapah upah daripada (harta) kami sendiri”.
Ya, walaupun hadis di atas berkaitan dengan sembelihan haji namun sama juga hukumnya dalam masalah korban. Apa yang penting ialah larangan menjadikan sembelihan yang disembelih bagi melaksanakan suatu tuntutan ibadat sebagai bahan jual beli, iaitu membeli tenaga kerja dengan bayaran daging sembelihan korban atau al-hadi (sembelihan haji).
Ini telah dijelaskan oleh al-Imam as-Son `ani dalam Subulus as-Salam, katanya:
“Hadis ini menunjukkan bahawa disedekahkan kulit dan apa yang menutupi binantang korban sepertimana disedekahkan dagingnya. Ianya tidak boleh diberikan kepada penyembelih atau pelapah sedikitpun darinya. Ini kerana termasuk dalam hukum jualan disebabkan kedudukannya sebagai upah. Hukum sembelihan korban sama juga dengan hukum sembelih haji dimana daging dan kulitnya tidak boleh dijual juga tidak boleh diberikan kepada penyembelih dan pelapah sedikitpun daripadanya. (4/148. Beirut: Dar al-Ma’rifah)
Larangan
Dengan hadis di atas jelas bahawa dilarang sesiapa yang melakukan korban memberikan daging atau apa-apa bahagian yang boleh dimanfaatkan dari binatang korban kepada penyembelih atau pelapah sebagai upah, seperti memberi daging atau kulit atau apa yang ada dibelakang binatang tersebut seperti pelana dan lain-lainnya. Sehingga al-Imam an-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim mengkritik pendapat Hasan al-Basri yang membenarkan diberikan kulit kepada penyembelih atau pelapah. Al-Imam an-Nawawi terus mengulas ringkas pendapat ini dengan katanya:
“Pendapat ini telah memcampakkan (membelakangi) sunnah” (juz. 9 m.s. 435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut)
Ketika mengulas Saidina Ali bin Abi Talib di atas, al-Imam al-Imam an-Nawawi menyatakan dalam Syarh Sahih Muslim:
“Hadis ini meminta agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari sembelihan korban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu juzuk darinya. Ini adalah tidak dibolehkan” (9/435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut).
Gambar Hiasan
 Maksud al-Nawawi ialah dengan perbuatan ini bererti kita telah menjual daging korban sebagai tukaran dengan khidmat penyembelihan. Al-Imam al-Nawawi dalam kitabnya yang lain iaitu al-Majmu’ sekali lagi menegaskan pendirian al-Mazhab al-Syafi`, katanya:
“Telah sepakat al-Imam al-Syafi`i dan tokoh-tokoh mazhab al-Syafi`i bahawa tidak boleh sedikit pun dari sembelihan semasa haji dan `umrah dan sembelihan korban dijual. Samada ia korban nazar atau sunat. Ini termasuk daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan sebagainya. Tidak boleh pula kulit atau selainnya dijadikan upah untuk penyembelih ..”(8/419-420. Beirut: Dar al-Fikr)
Kata al-Imam Taqiyuddin al-Syafi`i di dalam kitabnya Kifayah al-Akhyar:
“Tidak boleh dijadikan bahagian dari korban itu sebagai upah untuk penyembelih walaupun korban itu adalah korban sunat.( m.s 149. Beirut: Dar So`ab)
Kata al-Syeikh Muhammad Abd al-Qadir Abu Faris dalam kitabnya Ahkam al-Zabaih fi al-Islam:
“Tidak halal (haram) bagi sesiapa yang melakukan korban memberi walaupun sedikit bahagian korban kepada penyembelih sebagai upah sembelihan atau melapah.( m.s. 143. Ctk.: Jordan: Maktabah al-Manar)
Seperti yang ditegaskan tadi bahawa termasuk dalam larangan ini ialah memberikan bahagian korban kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam pengurusan korban atas dasar upah atau kerja yang dilakukannya.
Beri Upah Asing
Mungkin akan timbul persoalan apakah para petugas sembelihan tidak memperolehi apa-apa ganjaran dari kerja yang mereka lakukan? Kita perlu jelas bahawa hadis-hadis tersebut bukan melarang memberikan upah kepada para peneyembelih atau pelapah. Larangan dalam hadis-hadis berkenaan hanya jika upah itu diambil dari bahagian korban. Adapun jika upah itu berbentuk wang atau selainnya yang tidak dari bahagian korban maka itu adalah tidak termasuk dalam larangan, bahkan adalah sepatut kerja dan tenaga seseorang itu dibayar upah. Sebab itu dalam riwayat tambahan al-Imam Muslim yang disebutkan tadi, Saidina Ali menyebut: “Kami memberikan kepada penyembelih atau pelapah dari harta kami sendiri”. Ertinya mereka akan tetap mendapat ganjaran dari hasil kerja mereka melalui upah yang beri dari wang atau sebagainya tetapi bukan upah itu tidak diambil dari bahagian korban.
Setelah melihat penjelasan ringkas ini maka perlulah kita sedari kalaulah amalan ini diteruskan iaitu mengambil mana-mana bahagian dari binatang korban yang disembelih samada daging, kulit atau sebagai upah bererti kita telah merosak pahala korban yang dijanji. Kata Mustafa al-Khin dan Mustafa al-Bugha dalam Al-Fiqh al-Manhaji ketika menjelas fiqh korban di dalam mazhab al-Syafi`i:
“Tidak boleh untuk sesiapa yang melakukan korban itu menjual atau memberinya kepada penyembelih sebagai upah sembelihan, kerana ini mengurangkan apa yang dikorbankan dan merosakkannya”.( juz 1 m.s.235. Ctk. Dar al-Qalam, Damsyik.)
Syarat Dibolehkan
Walau bagaimanapun pemberian kepada penyembelih dari bahagian korban dibolehkan sekiranya ia diberikan bukan di atas dasar upah. Perkara ini dapat diukur dengan diandaikan sekiranya penyembelih atau pelapah tidak melakukan kerja-kerja tersebut pun sememangnya bahagian tersebut ingin diberikan kepadanya. Sebaliknya jika diandaikan jika tidak kerana kerja yang dilakukan maka sudah tentu dia tidak memperolehi bahagian tersebut, maka ini dianggap sebagai upah. Ia merosakkan korban. Kata Wahbah al-Zuhaili dalam Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh:
“Jika diberi kepada penyembelih dari apa yang dikorban disebabkan kefakirannya atau sebagai hadiah maka ini tidak mengapa“. (juz. 3/ m .s.633. ctk. Dar al-Fikr, Damsyik.)
Ini seperti memberikan kepada penyembelih di atas dasar kemiskinan atau persahabatan yang sekirannya tanpa kerja yang telah dilakukan pun dia tetap akan diberikan. Dalam contoh yang lain, diberikan kepada penyembelih atau pelapah atau petugas upah mereka dalam bentuk wang umpamanya, kemudian ketika dibahagi-bahagikan daging kepada orangramai maka turut diberikan kepada penyembelih atau pelapah atas dasar pemberian biasa, setelah mereka memperolehi upah yang sebenar dalam bentuk wang. Perkara seperti ini tentulah dibolehkan kerana pemberian itu tidak lagi di atas dasar upah dari bahagian korban kerana upah yang sebenar telah mereka perolehi.
Kata as-Syaukani dalam Nail al-Autar bahawa diriwayatkan daripada Ibn Khuzaimah dan al-Baghawi bahawa dibolehkan memberi bahagian korban kepada penyembelih jika dia adalah seorang yang fakir dan setelah diberi kepadanya upah yang lain (selain dari bahagian korban). (5/221. Beirut: Dar al-Jil)
Apa yang dikehendaki dari keterangan di atas, agar bahagian yang diperolehi oleh penyembelih atau pelapah atau petugas itu tidak disebabkan oleh kerja yang dilakukannya. Jika ini berlaku bererti telah melanggar larangan Rasulullah dan membatalkan korban.
Setelah kita melihat dalil yang sohih iaitu larangan baginda Nabi dalam hal ini serta ulasan yang jelas yang dibuat oleh para ulama, maka hendaklah kita menjaga agar tidak melanggarnya. Cara penyelesaiannya telah ditunjukkan oleh Saidina `Ali di dalam hadis yang yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim tadi iaitu kita memberikan upah dari duit kita sendiri bukan dari bahagian korban yang mengakibatkan rosaknya korban yang kita lakukan.
Sesungguhnya sikap bakhil atau mengambil kesempatan melepaskan diri dari upah wang ringgit kepada penyembelih atau pelapah dan seumpamanya dengan cara memberikan daging atau bahagian korban kepada mereka adalah lambang ketidaktulusan.

Ibadah Korban Desa Mewah - Info


Bilangan lembu yang akan dikorbankan adalah terhad. Kepada warga Desa Mewah yang berhajat untuk menunaikan korban pada tahun ini di taman ini, diharapkan dapat memberikan nama dan bayaran kepada AJK surau yang berkenaan.

Tarikh tutup untuk mengesahkan hajat ibadah kurban tuan puan adalah pada 1 Oktober 2013. Ini bertujuan untuk memudahkan pihak surau untuk memuktamatkan penempahan lembu untuk kurban.

Semoga memperoleh keberkatan kepada sesiapa yang berkurban. Antara dalil2 berkenaan dengan kurban;

i. DALIL AL-QURAN

Firman allah;

Maksudnya;
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

Maksudnya ;
“Dan telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar agama Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya.” ( Al-Haj ; 36)

ii. DALIL HADIS MENGENAI KELEBIHAN KORBAN

hadis daripada A’isyah, Rasulullah bersabda;

Maksudnya;

“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

Para sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan Udhiyyah?”

Rasulullah Saw menjawab: “ Itulah sunnah bapamu Ibrahim.”

Para sahabat bertanya lagi : “Apakah yang kita akan perolehi daripada ibadah Udhiyyah?”

Baginda menjawab : “ Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

(Lihat nas al-Quran Surah al-Haj : 36-37)

iii. DALIL IJMA’ ULAMAK

Para ulamak Islam telah bersepakat mengenai pensyariatan korban berdasarkan ayat dan hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa amalan korban merupakan amalan yang paling Allah sukai di Hari-Hari ‘Eidul Adha, di mana binatang yang dikorbankan akan didatangkan di Hari kiamat sepertimana keadaan dan sifatnya ketika disembelih dan diletakkan darahnya yang telah diterima di sisi Allah, sebelum darah tersebut tumpah ke bumi. Korban juga merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS berdasarkan firman Allah;

Maksudnya;

“ Dan Kami tebus anak itu (Ismail) dengan seekor sembelihan (kibas) yang besar.” (Surah As-Soffaat : ayat 107)

HUKUM IBADAH KORBAN

Sebahagian ulama berpendapat bahawa korban itu hukumnya wajib, manakala sebahagian yang lain menganggapnya sebagai sunnah.

Alasan yang mengatakan amalan korban itu adalah wajib berdasarkan firman Allah;

Maksudnya;

Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu sembahyanglah engkau pada Hari Raya Haji dan sembelihlah (binatang) korbanmu.” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

Sabda Rasulullah SAW;

Maksudnya;

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : “ Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Manakala mereka yang berpandangan bahawa amalan korban adalah suatu amalan sunnah adalah berpandukan hadis Nabi SAW;

Maksudnya;

“Aku diperintah untuk melakukan korban dan korban itu adalah sunnah bagi kamu.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW menyatakan;

Maksudnya;

“ Diwajibkan ke atasku supaya berkorban dan tidak diwajibkan ke atas kamu.” (Hadis riwayat Dar al-Qutniy)

Berdasarkan hadis di atas, ibadah atau amalan korban adalah wajib ke atas diri Rasulullah SAW, akan tetapi hanya dianggap sunnah ke atas umatnya.

Terdapat sat Athar sahabat (hadis mengenai sahabat Nabi) bahawa Abu bakar dan Umar, pernah tidak melakukan ibadah korban, sehingga apabila ditanya oleh orang ramai mengenai tindakan mereka berdua itu, maka mereka berdua menyatakan bahawa mereka bertindak demikian kerana khuatir sekiranya mereka berkorban, orang ramai akan menganggapnya sebagai satu amalan wajib, sedangkan asalnya tidak diwajibkan ke atas mereka. (Hadis riwayat Al-Baihaqiy dan lain-laiannya dengan sanad yang baik)

Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ibadah qurban ialah sunnah muakkad (sunnah yang amat dituntut) menurut kebanyakan mazhab fiqah. Dalam Mazhab Imam Abu Hanifah, amalan tersebut dianggap sebagai ibadah wajib. Wajib di sini ialah sesuatu yang lebih ringan daripada ‘fardhu’ dan lebih berta daripada sunnah. (Imam Abu Hanifah membezakan antara Fardhu dengan wajib, tidak sebagaimana imam-imam yang lain).

Hukum wajib di sini bermakna sesiapa yang meninggalkannya dianggap berdosa sekiranya mereka terdiri daripada golongan yang berkemampuan dan berkedudukan. Rasulullah pernah ditanya mengenai amalan qurban tersebut, lantas baginda menjawab;

“Itulah sunnah daripada bapa kamu, Ibrahim…” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Al-Hakim)

Sehubungan denga itu, ibadah korban dikira sama ada Sunnah Muakkadah atau wajib. Mazhab lain, selain Imam Abu Hanifah menghukumkan ‘makruh’ jika seseorang yang mempunyai kemampuan tetapi tidak melakukan ibadah korban.

Menurut Mazhab Imam As-Syafi’ie, hukumnya adalah ‘Sunnah muakkadah’ iaitu sebagai ibadah tambahan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika baginda masih hidup. Baginda dilaporkan pernah berkorban dengan dua ekor biri-biri yang besar bagi dirinya, keluarganya dan seluruh umatnya yang tidak sempat atau tidak mampu untuk berkorban.

Namun begitu kebanyakan ulamak berpendapat ibadah korban adalah amalan yang sunnah sahaja. Seseorang itu tidak akan dianggap berdosa besar sekalipun tidak pernah melakukan ibadah korban seumur hidupnya. Jika dia tidak berkorban, lantaran tidak berkemampuan, anggaplah bahawa nabi terlah berkorban bagi pihak umatnya.

Berpandukan kepada amalan korban yang dilakukan oleh Rasululah SAW yang menyembelih dua ekor biri-biri bagi pihak dirinya, keluarga dan umatnya, maka para ulamak berpendapat adalah memadai jika seseorang ketua dalam sesebuah keluarga seperti suami bagi isteri atau bapa bagi anak-anaknya.

Bagi yang mampu digalakkan memilih binatang ternakan yang terbaik, sihat dan gemuk. Imam Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik, menyatakan bahawa Rasulullah SAW menyembelih korban dengan dua ekor kibas yang terbaik dengan tangannya sendirinya dengan membaca ‘Bismillah’ dan ‘Bertakbir’ dan meletakkan kakinya di atas rusuk di sebelah tengkuk kedua-dua kibas tersebut.

HIKMAH DI SEBALIK PENSYARIATAN IBADAH KORBAN

1. Mengenang dan mencontohi pengorbanan besar yang tidak ada tolok bandingnya, yang dilakukan oleh Nabi ibrahim AS yang digelar sebagai ‘Abu al-Anbiyak’ (bapa para nabi) yang sanggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai kemuncak dalam melaksanakan ketaatannya di atas perintah Allah SWT, namun begitu Allah menggantikannya dengan seekor kibas. Selain daripada itu sebagai mengenang dan mencontohi pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan dirinya bagi mematuhi dan mentaati perintah Allah Azza wa Jalla.

2. Sebagai satu ibadah yang boleh mendekatkan seoarang hamba dengan Tuhannya, melalui bukti pengorbanan yang dilakukan. Ianya juga dianggap sebagai simbolik kesedian hamba untuk mengorbankan apa sahaja demi kerana Allah, termasuklah sanggup mengorbankan dirinya demi menegakkan agama Allah yang ytercinta. Di samping itu melatih diri kita supaya sentiasa ikhlas dalam beribadah.

3. Melatih diri agar sentiasa bersedia untuk berkorban bila-bila masa diperlukan demi menegakkan agama Allah.

4. Memulia serta mengagongkan satu syiar dari syiar-syiar agama Allah sebagai memenuhi tuntutan Allah;

Maksudnya;

“Demikianlah perintah Allah dan barangsiapa yang mengagongkan syiar-syiar agama Allah, maka (perbuatan) itu timbul dari ketaqwaan hati.”

(Surah al-Haj : ayat 32)

5. Untuk melahirkan rasa syukur di atas segala nikmat Allah yang terlalu banyak ke atas diri kita dan yang masih menghidupkan kita.

6. Sebagai penghapus kepada segala kesalahan dan dosa yang kita lakukan, sama ada melakukan kemungkaran dan maksiat atau mengabaikan suruhan Allah.

7. Untuk memberikan kegemberiaan kepada keluarga yang melakukan korban dan orang-orang lain yang mendapat bahagian daripada daging korban tersebut, di mana mereka dibenarkan untuk memakan, mensedekahkan atau menyimpan daging tersebut untuk dimakan dalam jangka masa yang lama.

8. Sentiasa mengingatkan kita, bahawa hidup ini amat memerlukan kepada pengorbanan, untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang hakiki dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Tanpa pengorbanan, tiada nilainya sebarang usaha yang kita lakukan.

SYARAT KORBAN DAN BINATANG YANG DIKORBANKAN

1. Binatang yang hendak dijadikan qurban itu, hendaklah dari binatang yang tidak cacat seperti pincang, sangat kurus, sakit, terpotong telinganya, terpotong ekornya. Umur yang disarankan bagi binatang yang akan diqurbankan itu adalah seperti berikut;

i. Kambing atau domba yang telah berumur satu tahun lebih atau sudah berganti gigi

ii. Kambing biasa yang telah berumur dua tahun lebih.

iii. Unta yang telah berumur lima tahun lebih.

iv. Sapi, kerbau atau lembu yang telah berumur dua tahun lebih.

v. Sekiranya ternakan betina, pastikan ternakan tersebut tidak bunting ketika hendak dikorbankan. Bagaimanapun, korban tetap dianggap sah, jika selepas disembelih didapati  haiwan ternakan itu sedang bunting.

Sabda Rasulullah SAW;

Maksudnya;

Daripada Barra’ bin ‘Azib, Rasulullah SAW bersabda;

“ Empat jenis binatang yang tidak sah dijadikan qurban, yang rosak matanya, yang sakit, yang pincang dan yang kurus dan tidak mempunyai isi.” (Hadis riwayat Muslim)

Seekor kambing hanya untuk korban satu orang diqiaskan dengan denda meninggalkan wajib haji. Akan tetapi seekor unta, lembu, kerbau  boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian menurut pandangan Syafi’iyyah.  Sabda Rasulullah SAW;

Daripada Jabir , beliau berkata :

“Kami telah menyembelih korban bersama dengan Rasulullah SAW, pada Tahun Hudhaibiyah, seekor unta untuk tujuh orang dan seekor lembu untuk tujuh orang.” (Hadis Riwayat Muslim)

Maksudnya;

Daripada Abbbas, kami pernah bersama-sama dengan Rasululah SAW dalam satu perjalanan, ketika itu masuk hari raya qurban, maka kami bersama-sama menyembelih seekor lembu untuk tujuh orang dan seekor unta untuk sepuluh orang.” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan An-Nasa’i)

2. Korban dilakukan pada waktu yang telah ditetapkan.

Dalam Mazhab al-Maliki ditambah dua syarat lagi, iaitu;

1. Penyembelih mestilah terdiri dari seorang muslim, oleh yang demikian tidak sah sembelihan seorang kafir yang telah diwakilkan oleh tuan korban kepadanya. sekiranya dia ahli kitab, maka harus memakan daging sembelihannya.

2. Tidak boleh berkongsi beberapa orang dalam membayar harga binatang korban, kecuali mereka terdiri daripada kaum kerabatnya yang terdiri daripada anak-anak, adik-beradik dan anak bapa saudaranya dan termasuk juga isteri atau suami dan ke semua mereka tinggal serumah dengannya.

WAKTU MELAKUKAN QURBAN

Waktu menyembelih qurban adalah bermula daripada matahari setinggi tombak, pada hari Raya Haji sehingga terbenam matahari pada 13 bulan Zulhijjah.

Sabda Rasulullah SAW;

“Barangsiapa yang menyembelih korban sebelum solat Hari Raya Haji, sesungguhnya dia menyembelih untuk dirinya sendiri dan barangsiapa menyembelih korban sesudah solah Hari Raya dan dua khutbahnya, sesungguhnya dia telah menyempurnakan ibadahnya dan telah menepati sunnah atau aturan umat Islam.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Maksud ‘Solat Hari Raya Haji’ dalam hadis di atas adalah waktunya, bukannya solatnya, kerana mengerjakan solat tidak menjadi syarat kepada sembelihan korban.

Sabda Rasulullah SAW;

Maksudnya;

“Semua hari tasyrik (iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah), adalah waktu yang dibolehkan untuk menyembelih qurban.” (Hadis riwayat Ahmad)

PERKARA YANG DISUNATKAN KETIKA MENYEMBELIH KORBAN

1. Menurut Mazhab Hanafi, sunat bagi orang yang hendak berkorban mengikat binatang yang akan dikorbankannya beberapa hari sebelum hari korban, untuk menunjukkan bahawa ketika bersedia untuk melakukan ibadah yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah dan menzahirkan rasa bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya. Di samping itu juga dimakruhkan sekiranya kita menggunakannya untuk menunggang, mengambil susunya, bulunya dan sebagainya.

2. Sunat disembelih sendiri oleh mereka yang berkorban, kerana boleh mendekatkan dirinya kepada Allah.

3. Sunat dihadapkan binatang yang akan disembelih ke arah kiblat, sepertiman yang dilakukan oleh Rasulullah SAW berdasarkan hadis Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh semua imam.

4. Sunat kepada orang yang berkorban menyaksikan binatang korbannya, sepertimana Rasulullah SAW berkata kepada Fatimah:

Maksudnya;

Daripada Imran bin Husain, Rasulullah SAW bersabda;

“Bangunlah menuju tempat binatang korbanmu dan saksikanlah, kerana ia akan menyebabkan dosamu terampun bagi setiap titisan darah yang tumpah, bagi setiap satu dosa yang pernah engkau lakukan…” (Hadis riwayat Al-Hakim, Al-Baihaqiy dan At-Tabraniy)

1. Membaca Basmalah (Bismillahirrahmani rrahim) sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir menyatakan bahawa kami telah menunaikan solat al-Adha bersama Rasulullah SAW, selepas selesai daripada solat tersebut, dibawa dihadapan baginda seeokor kibas, maka baginda menyembelihnya dan baginda membaca;

Maksudnya;

“ Dengan nama Allah dan Allah Maha besar, Ya Allah ini adalah (korban) dariku dan daripada mereka yang tidak mampu untuk berkorban dari kalangan umatku.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan At-Tirmizi)

2. Membaca salawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
3. Takbir (Menyebut Allahu Akbar)
4. Mendo’akan agar sembelihan tersebut diterima oleh Allah, seperti berkata “ YA Allah, ini adalah amalan yang Engkau perintahkan supaya aku kerjakan keranaMu, terimalah amalku ini)
5. Binatang yang disembelih itu hendaklah dihadapkan ke arah kiblat di atas rusuk kirinya, sekiranya binatang tersebut terdiri daripada lembu dan kambing.Sabda Nabi SAW;

Maksudnya;

Daripada Anas bahawa Rasulullah SAW telah melakukan korban dengan dua ekor kambing yang baik-baik, beliau menyembelihnya sendiri, beliau membaca bismillah dan beliau bertakbir.” (Hadis riwayat Bukhari danMuslim)

Ketika melakukan korban Rasululah membaca;

Maksudnya;

“Ya Allah terimalah kurban Muhammad, ahli kelurganya dan umatnya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

1. Memastikan bahawa binatang yang akan dikorbankan itu terdiri daripada binatang yang terbaik dari semua sudut, kerana binatang tersebut merupakan korban untuk mendapat ganjaran di akhirat.

2. Memastikan alat yang digunakan untuk menyembelih terdiri daripada alat yang tajam yang diperbuat daripada besi.

3. Menunggu sebentar selepas menyembelih sehingga binatang tersebut dipastikan benar-benar telah mati.

4. Menurut pandangan Mazhab Syafi’e, Malikiy dan sebahagian daripada Mazhab Hambali, disunatkan kepada mereka yang ingin melakukan ibadah korban, apabila masuknya hari ke sepuluh daripada bulan Zulhijjah, supaya tidak mencukur rambut dan memotong kuku sehinggalah selesai ibadah korban. Pendapat ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW;

Maksudnya;

“ Sekiranya kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu mahu melakukan korban maka biarkan (jangan dipotong) rambut dan kuku-kukunya.” (Hadis diriwayatkan oleh semua Imam kecuali Bukhari)

PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN
1. Terdapat dua pandangan

i . Jumhur Fuqahak (Mazhab Hanafi, Malikiy dan Hambali)

Menurut Mazhab Hanafi, harus memakan daging korban yang disunatkan, manakala korban nazar atau korban wajib diharamkan untuk memakannya.

Menurut Mazhab Malikiy dan Hambali pula memakan daging korban nazar dibolehkan sama seperti korban sunnah dan disunatkan supaya mencampurkan kedua-dua korban tersebut sama ada untuk dimakan, disedekahkan dan dijadikan sebagai hadiah. Namun begitu mereka menghukumkan makruh sekiranya kita memakan atau menyimpan kesemua daging tersebut melebihi tiga hari.

1.
1. Mengikut amalan sunnah (terutama Mazhab Hanafi dan Hambali) dalam pembahagian daging korban ialah 1/3 untuk diri dan keluarga, 1/3 untuk kaum kerabat, teman-teman, jiran tetangga walaupun mereka terdiri daripada golongan kaya, manakala 1/3 untuk golongan fakir dan miskin.  Kenyataan ini berdasarkan firman Allah;

Maksudnya;

“ Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lain) berikanlah untuk dimakan oleh orang-orang sengsara lagi fakir.” (Surah Al-Haj : Ayat 28)

FirmanNya lagi;

Maksudnya;

Dan berilah makan kepada orang yang redha dengan apa yang ada pada dirinya (orang yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta-minta.” (Surah Al-Haj: ayat 36)

Namun begitu, sekiranya disedekahkan ke semuanya kepada orang lain, terutama fakir miskin, maka dianggap lebih baik dan sempurna. Walau bagaimanapun digalakkan kepada orang yang berkorban untuk mengambil sedikit daging korban untuk dirinya dan keluarganya sebagai ‘Tabarruk’ (mengambil bekat dari ibadah korban tersebut).

Tambahan : Menurut Mazhab daging korban juga boleh diberikan kepada orang-orang yang bukan Islam, terutama mereka yang diharapkan akan memeluk agama Islam, selepas pemberian tersebut, untuk menunjukkan kebaikan dan pengiktirafan Islam kepada mereka sebagai manusia.

BEBERAPA KESILAPAN DALAM IBADAH KORBAN

1. Ada beberapa golongan masyarakat yang melakukan kesilapan dengan melakukan ibadah korban pada malam hari raya. Amalan ini tidak menepati sunnah dan sekiranya dilakukan juga, sembelihan tersebut tidak dikira sebagai ‘Ibadah Korban’, kerana para ulamak mengaggap perbuatan tersebut sebagai ‘Makruh’.

2. Begitu juga dalam masalah pembahagian daging korban. Masih ada amalan di mana daging yang telah dikorbankan dibahagi kepada tujuh bahagian, manakala bahagian tertentu (biasanya kepala, bahagian rusuk, batang pinang) diperuntukkan atau dikhususkan kepada tukang sembelih sebagai upah. Tindakan ini sama sekali tidak dibenarkan, kerana setiap bahagian daging korban adalah sedekah dan sedekah sama sekali tidak boleh dijadikan sebagi upah. Sekiranya kita masih ingin memberikan upah kepada tukang sembelih, pihak yang berkongsi korban, boleh membayar lebih sedikit daripada harga sebenar binatang korban dan menyerahkan lebihan wang tersebut kepada tukang sembelih.

3. Melaksanakan ibadah korban dengan tujuan untuk menunjukkan kepada orang ramai akan kemampuan dirinya untuk melakukan korban, supaya dengan itu mereka akan dipandang mulia, dihormati dianggap sebagai orang yang hebat di sudut kemampuan kewangan, sedangkan dia sepatutnya insaf bahawa hanya korban yang disertakan dengan keikhlasan dan ketaqwaan sahaja yang diterima di sisi Allah. Firman Allah SWT;

Maksudnya;

“Daging-daging korban dan darahnya itu, sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, akan tetapi (keikhlasan) yang lahir dari ketaqwaan darimulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah memudahkan bagimu (binatang korban itu) untuk kamu supaya kamu mengagongkan Allah lantaran petunjukNya kepadamu dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang melakukan kebaikan.”

(Surah al-Haj : ayat 37)

4. Pembaziran daging korban. Di mana terdapat daging korban yang lambat diagih-agihkan menyebabkan daging tersebut menjadi busuk. Di samping sikap sebahagain daripada kita yang terlalu tamak menghimpunkan daging korban, tetapi akhirnya menjadi busuk dan rosak, apabila ruang peti ais rumah kita tidak mampu memuatkan semua daging korban yang kita bawa pulang.

5. Pembahagian daging korban yang hanya ditentukan kepada kumpulan-kumpulan atau puak-puak tertentu sahaja, dengan mengenepikan hak orang lain terutama yang tinggal sejiran, sekampung atau setaman dengan kita.

6. Kedatangan ke masjid, ke surau atau ke tempat sembelihan, semata-mata untuk mendapatkan bahagian dari pembahagian daging korban, namun begitu tidak mensyukuri nikmat Allah setelah memakan dan menikmati daging korban tersebut, dengan cara melaksanakan segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya. Malah ada di antara mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki ke suarau dan ke masjid atau bermuamalah dengan penduduk setempat.

SILA RUJUK :

1. Al-Quran dan terjemahannya
2. Al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuha : Dr. Wahbah Az-Zuhailiy
3. Fiq As-Sunnah : Syeikh Sabiq
4. Tarbiyatul Aulad : Dr. Abdullah Nasih Ulwan
5. Al-Fiqh al-Islamiy : Haji Sulaiman Rasyid
6. Tuntutan Qurban : Prof. Dr. T.M Hasbi As-Siddiqiy
7. Hukum Qurban dan Sembelihan : Kiyai Haji Abdurrahman

Disediakan oleh:
Ustaz Shahrom Abu Hassan
Penasihat Syariah Qurban Aqiqah JIM 1431H


http://www.jim.org.my/v1/index.php/artikel/artikel-pilihan/439-ibadah-qurban-menurut-pandangan-islam