Untuk Motivasi Bersama Oleh Prof. Muhaya
1. Salah
satu sebab kita merasa susah, sakit hati, stress, marah, dendam, kecewa
dalam urusan dunaiwi kerana tidak menekankan mendapat ikhlas dalam
setiap amalan. Orang yg ikhlas hanya mengharp Allah, maka tak pelru
manusia maka akan tenang . Semoga tahun baru ini bukan setakat kita
membaca doa tapi berazam dan buat keputusan utk ikhlas dan
mendisiplinkan diri mendapat ikhlas dengan mencari ilmu.
2. Mulai
hari ini hentikan bahasa" saya down, orang buat saya down, " ini. Semua
melambangkan kelemahan dan kurang yakin diri. Tentu hasil kehidupan
amat lemah. Tingkatkan keyakinan diri dengan mendekatkan diri pada
Allah. Jangan bergantung pada manusia untuk kebahagiaan . Bergantung
pada Allah.
3. Setiap
Kali peristiwa negatif berlaku pada kita, kita boleh pilih utk menjadi
mangsa keadaan dan rasa kasihan pada diri, Atau memilih untuk belajar
Dari situasi dan lebih dekat pada Allah. Pilihan dan persepsi kita
menentukan kualiti kehidupan.
4. Bila
kita sayang diri kita , kita Akan sayang pada semua orang, emosi kita
terhadap orang lain adalah cermin emosi kita terhadap diri kita.
5. Orang
ingat mati Akan buat baik, Akan lemah lembut,tiada dendam, tidak Ada
masa cari Salah orang Tapi sibuk memperbetulkan diri, taat pada Allah
dan Muka manis pada semua orang dan tidak Akan panjang Angan angan.
6. Orang
yang sentiasa melihat diri tidak Akan Perasan Kesilapan orang, maka
tak perlu sabar dgn karenah orang, sebaliknya belajar Dari tindakan
orang lain. Jika kita selalu nampak Salah orang bererti kita tidak
melihat diri maka memang banyak Kesilapan diri sendiri. Apa di Taip itu
minda kita.
http://www.facebook.com/profdrmuhaya
No comments:
Post a Comment