Saturday, October 13, 2012

Motivasi Dari Prof. Dr. Muhaya

Desa Mewah,

1. Bila kita tahu tujuan hidup kita mencari redha Allah maka kita akan bebas dari penghargaan manusia dan ini hidup yang paling tenang.

2.  Hentikan fokus pada perkara remeh seperti apa orang kata dan berita mengenai orang lain, sebaliknya fokus pada pembaikan diri dan keluarga sendiri.

3.  Tanda kasih Allah pada seseorang ialah kurang suka pada benda lagha dan tiada faedah. Sama renungkan setiap aktiviti membawa pada husnul khatimah atau tidak. hiburan sebagai garam jika terlalu banyak merbahaya dan membawa penyakit. Manusia yang baik suka menerima teguran tetapi manusia yang ego hanya suka pujian. Bersama audit diri kita. Mencari kebaikan atau kesalahan dalam setiap masa. Niat sebelum tidur malam ini jika masih bernyawa esuk untuk lebih beriman, bertakwa dan bermanafaat dan berkasih sayang. Setiap yang diniatkan dengan azam dan ikhlas untuk berubah akan dimakbulkan. buang segala sifat sombong dan merasa diri betul formula kebahagiaan dunia akhirat.

4.  Setiap hari niat memberi kasih sayang pada anak anak dan sentiasa sebut bersyukur mempunyai anak yang baik dan beriman dan sebutkan ini pada mereka. Jika kita tidak beriman bagaimana anak anak akan beriman. Minta maaf pada anak anak atas kesalahan kita mendidik mereka hingga tidak menjadi seperti yang Islam mahukan . Lihat bagaimana respon mereka.Tentu akan jadi lembut. Ini ubat yang baik untuk anak anak remaja yg nakal.

5.  Pemain video game online ( hentikan mengajak orang lain, ini dosa jariah yang mengambil masa berharga orang lain) sila buka youtube dan tonton ceramah kita hikam Dr Zulkifli - pemain game selalunya kosong jiwa dan mencari sesuatu utk mengisi kekosongan. Jiwa akan kenyang dgn ilmu Allah- Pemain game yang merugikan umur sila taubat dan ganti tabiat ini dgn mencari ilmu dan perbaiki diri. Jika hati tidak suka pada majlis ilmu bayangkan dimana hati kita dgn ALlah. Jika jauh dari Allah bagaimana ingin mendapat bahagia dunia akhirat.

6.  Alhamdulillah syukur atas segala nikmat diberi dgn ketenangan jiwa dan keberkatan waktu. Semoga ini menjadi doa kita setiap hari. Doakan kita sentiasa memberi.manafaat kepada hamba Allah.

7. Sebelum mulakan kerja marilah sama-sama berdoa semoga perkerjaan yang kita lakukan hari ini diberkati Allah dan diredhai Allah.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.Ya Allah ya Tuhan kami,sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kebaikan hari ini dan kebaikan yang ada pada hari ini, dan kami berlindung kepada-Mu daripada keburukan hari ini dan keburukan yang ada pada hari ini.Ya Al
lah, sucikanlah hati kami daripada sifat nifaq (Munafiq) pekerjaan kami daripada amalan riya', lidah kami daripada berkata bohong dan mata kami daripada berlaku khianat. Maka sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala mata yang berlaku khianat dan apa yang disembunyikan oleh dada-dada. Dan Engkau (Allah) cucurilah dengan sepenuh rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Shalallahu 'alaihi wasallam dan ke atas ahli-ahli keluarga baginda dan seluruh sahabat-sahabat baginda. Segala puji hanya bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam.
 
8.  Semoga tabiat meminta orang lain menyelesaikan masaalah peribadi hilang selamanya Dari masyarakat kita. Punca masaalah ialah diri kita. Selagi tidak melihat diri dan membetulkan diri dan kembali pada Allah masaalah tidak Akan selesai.
 
9.   Manusia yang bermasaalah yang banyak masalah. Mereka mempunyai sikap menjadi mangsa kehidupan sentiasa mengeluh, merungut, menyalahkan orang lain, merasa rendah diri, melihat dunia dengan sikap negatif dan sentiasa meminta orang lain menyelesaikan masaalah mereka dan merayu pada manusia bukan pada Allah. Jom audit diri.
 
10.   Bila ingat mati semua masaalah jadi kecil. Jadilah kita orang yang bijak dan mencari bekal untuk akhirat dalam segenap tindakan.
 
Dipetik dari Facebook  https://www.facebook.com/profdrmuhayahttps://www.facebook.com/profdrmuhaya

No comments:

Post a Comment