Sunday, October 28, 2012

Pengagihan Daging Qurban 2012













Suasana Kemeriahan Qurban 2012

Chef Tok Jak & sidekick

Jebat, kacau tu elok2..jgn asyik posing je

Periuk Sup Tulang

Untuk masak daging

Muslimah pon tidak ketinggalan membantu

Hangus ker.....hehehe

Muslimah  kerja potong memotong

Masak ape tu

Daging lagi...



Qurban 2012

Urusetia untuk urusan korban 2012

Lembu sedang dilapah

Potong betul-betul

Melapah kulit lembu

Ramai yang tengok je....

Potong jangan tak potong

Semangat berkorban dirasai juga oleh kanak-kanak

Kerjasama yang baik



Selamat Menyambut AidilAdha 2012

Solat Sunat Aidil Adha

Solat Sunat Aidil Adha

Khusyuk mendengar kutbah Aidil Adha

Usztaz Zakirin Imam Solat Sunat Aidil Adha

Kutbah Aidil Adha

Suasana selepas solat sunat adil adha

Selesai solat sunat aidil adha


Saturday, October 13, 2012

Motivasi Dari Prof. Dr. Muhaya

Desa Mewah,

1. Bila kita tahu tujuan hidup kita mencari redha Allah maka kita akan bebas dari penghargaan manusia dan ini hidup yang paling tenang.

2.  Hentikan fokus pada perkara remeh seperti apa orang kata dan berita mengenai orang lain, sebaliknya fokus pada pembaikan diri dan keluarga sendiri.

3.  Tanda kasih Allah pada seseorang ialah kurang suka pada benda lagha dan tiada faedah. Sama renungkan setiap aktiviti membawa pada husnul khatimah atau tidak. hiburan sebagai garam jika terlalu banyak merbahaya dan membawa penyakit. Manusia yang baik suka menerima teguran tetapi manusia yang ego hanya suka pujian. Bersama audit diri kita. Mencari kebaikan atau kesalahan dalam setiap masa. Niat sebelum tidur malam ini jika masih bernyawa esuk untuk lebih beriman, bertakwa dan bermanafaat dan berkasih sayang. Setiap yang diniatkan dengan azam dan ikhlas untuk berubah akan dimakbulkan. buang segala sifat sombong dan merasa diri betul formula kebahagiaan dunia akhirat.

4.  Setiap hari niat memberi kasih sayang pada anak anak dan sentiasa sebut bersyukur mempunyai anak yang baik dan beriman dan sebutkan ini pada mereka. Jika kita tidak beriman bagaimana anak anak akan beriman. Minta maaf pada anak anak atas kesalahan kita mendidik mereka hingga tidak menjadi seperti yang Islam mahukan . Lihat bagaimana respon mereka.Tentu akan jadi lembut. Ini ubat yang baik untuk anak anak remaja yg nakal.

5.  Pemain video game online ( hentikan mengajak orang lain, ini dosa jariah yang mengambil masa berharga orang lain) sila buka youtube dan tonton ceramah kita hikam Dr Zulkifli - pemain game selalunya kosong jiwa dan mencari sesuatu utk mengisi kekosongan. Jiwa akan kenyang dgn ilmu Allah- Pemain game yang merugikan umur sila taubat dan ganti tabiat ini dgn mencari ilmu dan perbaiki diri. Jika hati tidak suka pada majlis ilmu bayangkan dimana hati kita dgn ALlah. Jika jauh dari Allah bagaimana ingin mendapat bahagia dunia akhirat.

6.  Alhamdulillah syukur atas segala nikmat diberi dgn ketenangan jiwa dan keberkatan waktu. Semoga ini menjadi doa kita setiap hari. Doakan kita sentiasa memberi.manafaat kepada hamba Allah.

7. Sebelum mulakan kerja marilah sama-sama berdoa semoga perkerjaan yang kita lakukan hari ini diberkati Allah dan diredhai Allah.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.Ya Allah ya Tuhan kami,sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kebaikan hari ini dan kebaikan yang ada pada hari ini, dan kami berlindung kepada-Mu daripada keburukan hari ini dan keburukan yang ada pada hari ini.Ya Al
lah, sucikanlah hati kami daripada sifat nifaq (Munafiq) pekerjaan kami daripada amalan riya', lidah kami daripada berkata bohong dan mata kami daripada berlaku khianat. Maka sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala mata yang berlaku khianat dan apa yang disembunyikan oleh dada-dada. Dan Engkau (Allah) cucurilah dengan sepenuh rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Shalallahu 'alaihi wasallam dan ke atas ahli-ahli keluarga baginda dan seluruh sahabat-sahabat baginda. Segala puji hanya bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam.
 
8.  Semoga tabiat meminta orang lain menyelesaikan masaalah peribadi hilang selamanya Dari masyarakat kita. Punca masaalah ialah diri kita. Selagi tidak melihat diri dan membetulkan diri dan kembali pada Allah masaalah tidak Akan selesai.
 
9.   Manusia yang bermasaalah yang banyak masalah. Mereka mempunyai sikap menjadi mangsa kehidupan sentiasa mengeluh, merungut, menyalahkan orang lain, merasa rendah diri, melihat dunia dengan sikap negatif dan sentiasa meminta orang lain menyelesaikan masaalah mereka dan merayu pada manusia bukan pada Allah. Jom audit diri.
 
10.   Bila ingat mati semua masaalah jadi kecil. Jadilah kita orang yang bijak dan mencari bekal untuk akhirat dalam segenap tindakan.
 
Dipetik dari Facebook  https://www.facebook.com/profdrmuhayahttps://www.facebook.com/profdrmuhaya

Kuliah Subuh

Assalamualaikum w.b

Pihak surau  Desa Mewah menganjurkan satu kuliah subuh

Tarikh :  14 Oktober 2012 (Ahad)
Penceramah : YBhg Al-Fadhil Ustaz Muhamad Rashidi Abdullah

Muslimin Muslimat Dijemput Hadir Majlis Ilmu tersebut.

Idul Adha & Ibadah Qurban

Add caption
Penyertaan Ibadah Qurban Dan Aqiqah Masih Lagi Terbuka. Kepada Warga Desa Mewah Yang Ingin Menyertainya, Sila Berhubung Dengan :

1. Tn. Hj. Anuar Abdul Ghani  - 019-221 0075
2. Tn. Hj. Jasni Ahmad    - 013-315 0181

Thursday, October 4, 2012

Moga Dapat Melaksanakan Tanggung Jawab Suami

https://www.facebook.com/GrafikIslamik

Kata-Kata Motivasi Buat Kita Semua

Dipetik dari Kata Mutiara Untuk Motivasi Kita Oleh Prof. Dr. Muhaya
1. "Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan."
 2. "Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh."
3. "Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda." ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)
4. "Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut."
 5. "Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan
 https://www.facebook.com/profdrmuhaya

Buat Renungan Bersama

Moga Dapat Ikhtibar daripadanya