Soalan :
Saya ada tiga orang anak, seorang lelaki
dan dua orang perempuan yang berumur antara 4 hingga 9 tahun. Saya
berhajat untuk membuat ibadat Qurban pada hari Raya Haji tahun ini. Jadi
bolehkah saya gabungkan (kongsi) ibadah Aqiqah untuk anak-anak saya itu
dengan seekor lembu yang akan disembelih itu nanti?
Jawapan :
Mengenai
soalan ini, bolehlah dijelaskan di sini bahawa hukumnya adalah boleh
atau diharuskan ibadah Qurban dan ibadah Aqiqah itu dikongsi dalam
seekor lembu yang disembelih. Perkongsian ini harus walaupun niat yang
berbeza-beza seperti 2 orang berniat untuk Qurban, 2 orang pula berniat
untuk Aqiqah manakala selebihnya diniatkan untuk dijual dan sebagainya.
Kerana seekor lembu itu ada 7 bahagian semuanya. Sukacita juga
dijelaskan di sini bahawa seekor kambing itu adalah bersamaan dengan
satu bahagian lembu. Bermakna jika bagi seorang anak lelaki Aqiqahnya 2
ekor kambing maka bersamaan 2 bahagian lembu. Manakala bagi seorang anak
perempuan memadailah dengan seekor kambing atau satu bahagian lembu
sahaja.
No comments:
Post a Comment