Friday, February 8, 2019

Makluman: Ibadah Qurban Surau Desa Mewah 2019

As sallam Ahli Qariah yang dirahmati oleh Allah swt.

Pihak Surau Desa Mewah bercadang untuk memberi peluang kepada ahli qariah untuk menyertai Ibadah Qurban 2019 secara bayaran ansuran setiap bulan sebanyak RM100 untuk 1 bahagian yang dianggarkan bayaran RM700/bahagian.

Peserta yang berminat boleh mulakan bayaran pada bulan Febuari 2019 ini.

Bayaran boleh dibuat melalui AJK surau yang dilantik seperti.

1.Tn. Hj. Yaakob.
2.Tn. Imam Azhar.
3.En. Sani.
4.Tn. Hj. Latif.
5.En. Osman.

Untuk maklumat @ keterangan lanjut, ahli Qariah boleh berhubung dengan AJK yang dilantik seperti di atas atau Pengerusi Surau Desa Mewah sendiri.

Harap Maklum.


Yang diberi amanah,
Pengerusi Surau Desa Mewah
Dato' Norman Md Rabbani

DARI TEMPAT TIDUR KE BILIK AIR

Moga bermanafaat buat kita semua dalam menjaga kesihatan tubuh.....insyallah

DARI TMPT TIDUR KE BLK AIR 
Terjaga
Bangun,
1/2 minit baring
1/2 duduk atas katil
1/2 letak kaki di lantai

sebelum menuju ke blk air


CnP

Amalan Tiga kali (1/2)

Para pakar selalu berpesan:
Setiap individu harus ambil perhatian tentang 3 x 1/2 minit.

Kenapa penting ?
3 x 1/2 minit adalah suatu amalan percuma tetapi akan banyak mengurangkan angka kematian secara mengejut (sudden death). Kerap kali berlaku seorang individu yang siang harinya masih nampak sihat, tetapi malam harinya meninggal.

Selalu kita mendengar cerita orang, kelmarin saya masih bersembang dengan dia, kenapa tiba-tiba dia meninggal? Penyebabnya adalah ketika bangun malam utk ke bilik air kerap dilakukan secara terlalu cepat. Sejurus kita berdiri, otak masih kekurangan aliran darah.

Kenapa “3 x 1/2 minit” amat penting?

Ini kerana pattern ECG .(Electro Cardiogram) seorang individu normal pada siang hari manakala pada masa tengah malam ketika terbangun nak buang air kecil. Iaitu, corak ECG itu boleh berubah.

Bilamana anda bangkit secara tiba-tiba otak akan jadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung (heart failure) disebabkan oleh kekurangan darah. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan amalan “3 kali 1/2 minit” ini, iaitu:

Bila sahaja terbangun dari tidur, jangan terus turun dari katil, tetapi berbaringlah dulu untuk tempoh 1/2 minit. Duduk di katil untuk tempoh 1/2 minit.
Turunkan kaki, duduk di tepi katil untuk tempoh 1/2 minit.

Selepas 3 x 1/2 minit yg dilakukan secara percuma tanpa membayar sesen pun, otak tidak akan anaemic dan jantung tidak akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal ketika bangun tengah malam seperti yang sering kita dengar.

Pernah seorang tua menangis kesal kenapa beliau tidak mengetahui perkara ini dari dulu lagi setelah membaca pesanan ini.

2 tahun lalu dia bangun tengah malam untuk ke tandas, di bilik mandi tiba-tiba terasa dunia berpusing dan beliau terjatuh. Akibatnya dia sekarang mengalami lumpuh dan tak boleh bangun dari katil. Punggungnya mengalami luka-luka di kubitus. Seandainya dia mengetahui perkara ini lebih awal, beliau tdak seharusnya menderita seperti kini.

Kongsikan untuk orang yg kita sayang bagi menghindari perkara seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku tanpa mengira usia tua ataupun muda.

HADIS:SOLAT

TANYALAH USTAZ TV3
29.1.2019
(Da'i Hilman&Ustaz Dr.Hj.Mohd.Farid Ravi Abdullah)

HADIS:SOLAT(BHG 2)
•••••••••••••••••••••••••••••••••
Jika solat kita berkualiti,In Shaa Allah kehidupan kita lebih berkualiti.
SOLAT ADALAH SATU KEFARDUAN YG DIBERIKAN PADA NABI MUHAMMAD KETIKA ISRAK MAKRAJ.
Solat difardukan 50 waktu dan dikurangkan hingga 5 waktu.
Nabi juga ajarkan solat² sunat sebelum dan selepas solat fardu.
NABI PESAN SOLATLAH SEBAGAIMANA KALIAN MELIHAT AKU SOLAT.

Ada seorang lelaki masuk menunaikan solat dan Nabi tengok dari jauh.
Nabi kata solatlah engkau belum solat.
Sebanyak 3 kali Nabi ulang.
Akhirnya org itu kata,beginilah cara aku solat.
Nabi ajarkan solat padanya supaya dia faham solat.

APAKAH KEPENTINGAN SAF DALAM SOLAT JEMAAH?
Allah tak pandang saf yg bengkang bengkok.
Nak tengok saf betul tak betul ialah dgn tengok tumit belakang mesti lurus.
Ruang² mesti ditutup.
Bahu bertemu bahu,kaki bertemu kaki.
RUANG² KOSONG ITU AKAN DIMASUKI SYAITAN.
Tanggungjawab imam sebelum angkat takbir,imam kena toleh kebelakang utk pastikan saf tersusun elok baru imam takbir.

BAGAIMANA UTK ORG YG UZUR DUDUK DIATAS KERUSI?
Kaki kerusi diatas saf belakang.
Jemaah yg uzur letakkan disaf hujung, jangan letak ditengah~tengah saf.

BOLEHKAH SOLAT TAK SAMPAI 5 MINIT?
Rasulullah tegur sahabat yg solat sebab tak ada tomakninah.
5minit itu sangat laju.
DIKUATIRI BACAAN TAK TEPAT KERANA BACA TERLALU CEPAT.
Baca Al~Fatihah terlalu cepat takut tersalah tajwid,perlu berhati~hati.
JANGAN TERLALU CEPAT TAKUT ALLAH TAK PANDANG SOLAT KITA.

BAGAIMANA DGN ORG YG BEKERJA SEPERTI BOMBA NAK TERUSKAN SOLAT ATAU NAK SELAMATKAN ORG TERLEBIH DULU?
Jika ada darurat boleh berhenti solat dan lepas dah selesaikan tugas boleh sambung solat.
Doktor yg sedang buat pembedahan boleh teruskan pembedahan dan boleh jamak solat.
NYAWA MANUSIA LEBIH AULA DISELAMATKAN.

MANA YG AFDAL,SOLAT KETIKA AZAN ATAU SELEPAS AZAN DAN BAGAIMANA SOLAT GUNA TELEKUNG TAPI PAKAIAN DALAM TELEKUNG TAK SEMPURNA?
Adabnya adalah dengar azan dulu baru solat.
Tapi jika dia tak ada masa kerana nak cepat pergi kerja,dia boleh solat ketika azan sedang dilaungkan.
Boleh jika pakaian dalam tak sempurna,yg penting dia tutup aurat dgn sempurna(pakai telekung).

IMAM BACA TERLALU LAJU DAN MAKMUM HANYA SEMPAT BACA SEKALI KETIKA RUKUK,BAGAIMANA USTAZ?
Yg penting buat rukuk mesti dgn tomakninah.
Bacaan dalam rukuk adalah sunat.
SOLAT TETAP SAH.
Makmum mesti ikut pergerakkan imam.
Tak boleh tertinggal pergerakkan mengikut imam.
TAK BOLEH TERTINGGAL DUA RUKUN DARI IMAM TAKUT SOLAT MAKMUM TERBATAL.

BAGAIMANA MUALAF YG TAK BOLEH BACA AL~FATIHAH DGN SEMPURNA?
Mualaf diberi kelonggaran dalam tempoh 3 bulan utk belajar.
Pada permulaan,mualaf boleh ikut sahaja pergerakkan imam.
Dan mualaf juga wajib belajar bacaan² dalam solat.

APAKAH POINT YG TEPAT PADA MATA KITA NAK PANDANG MANA DIAWAL SOLAT DAN BAGAIMANA JIKA SEORANG IBU YG PANDANG ANAK KETIKA SOLAT?
Mata mesti lihat tempat sujud.
Walaupun kaabah dihadapan kita,kita disunatkan lihat tempat sujud.
Ibu dibolehkan lihat anak sebentar dan patah balik melihat tempat sujud.

BOLEHKAH PANDANG ATAS KETIKA SOLAT?
Hukumnya makruh.

BOLEHKAH TUTUP MATA KETIKA SOLAT?
Lebih baik lihat tempat sujud.
Boleh tutup mata tapi mesti adalah alasan yg kukuh kenapa nak tutup mata.

WITIR ADALAH PENUTUP SOLAT,BOLEHKAH WITIR SELEPAS ISYAK?
Solat witir hukumnya adalah sunat muaakat(sunat yg dituntut).
Org yg tak buat solat witir adalah org yg rugi.
Ada mazhab menganggap jika tak buat solat witir,jadi berdosa.
Boleh buat solat sunat witir lepas isyak.
Tapi jika kita memang jenis senang bangun utk solat tahajjud adalah lebih baik buat lepas solat tahajjud.
Harus nak buat witir lepas isyak atau lepas tahajjud.
Witir hanya sekali sahaja dalam satu malam.

RASULULLAH SOLAT ASAR.
RASULULLAH BERI SALAM KETIKA RAKAAT KE 3.
SAHABAT TANYA, APAKAH KERANA RASULULLAH TERLUPA ATAU PUN SOLAT ASAR TELAH DIPENDEKKAN?
RASULULLAH TANYA PADA SAHABAT LAIN.
SIAPA NAK JADI SAKSI YG MEMBUKTIKAN KEBENARAN PERCAKAPAN SAHABAT ITU?
SEMUA SAHABAT ANGKAT TANGAN.
RASULULLAH PUN BANGUN DAN RASULULLAH TAMBAH 1 RAKAAT SAHAJA.
MAKMUM MESTI BERITAHU IMAM JIKA IMAM TERLUPA RAKAAT SOLAT.

BAGAIMANA JIKA BERSIN BANYAK KALI DALAM SOLAT?
Bersin tak batal solat dan tak batalkan wuduk.
Sebelum solat subuh,amalkan minum air suam(boleh mengurangkan bersin).
Boleh pegang sapu tangan ketika solat dan kesat  hidung bila bersin.

GARU² DAN BATUK,APAKAH BOLEH BATAL SOLAT?
Ini adalah rukun fiqli.
Boleh batal solat jika pergerakkan lebih 3 kali.
Garu guna jari sahaja jangan gerakkan tangan sekali.
Kita kena kontrol batuk supaya tak ganggu jemaah.

PADA MASA BILA JARI TELUNJUK PERLU DIANGKATKAN KETIKA BACA TAHAYAT?
Dalam mazhab As~Syafie ketika sebut
أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ،
TERUS ANGKAT JARI DAN BILA BACA
 وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
TERUS TURUN JARI.

APA FADILAT ORG YG ISTIQAMAH SOLAT MALAM 2 RAKAAT?
Sebaik~baik amalan adalah biar sedikit tapi kekal.
Dua rakaat secara istiqamah lebih baik.
Akan dibangkitkan di tempat yg sangat terpuji.
ORG YG HEBAT DISISI ALLAH IALAH ORG YG BOLEH BANGUN MALAM WALAUPUN HANYA SOLAT 2 RAKAAT.
Teruskan jaga 2 rakaat itu.
Alangkan indah bila 2 rakaat itu kena pada tempat² mustajab doa.
Org yg bangun malam berseri~seri wajah disisi Allah.

APA HUKUM MELINTAS DIHADAPAN ORG YG SEDANG SOLAT?
Nabi kata jangan lalu dihadapan org yg sedang solat.
Boleh batal amalan selama 40 hari atau 40 tahun(tak disebutkan 40hari atau 40 apa)
Org itu sedang solat bila dia nampak org lalu depan dia,dia boleh angkat tangan supaya dia tak nak terbatalkan amalan org yg lalu depan dia.
Letakkan sesuatu dihadapan solat walaupun sebatang pin sebagai penghadang.

SAHKAH SOLAT JIKA KERAP TERKENCING DALAM SOLAT WALAUPUN PAKAI PELAPIK DAN SAHKAH SOLAT JIKA KENDONG BEG NAJIS?
Boleh pakai pelapik.
Jika sedang solat,air kencing terkeluar,solat mesti diteruskan.
Solat tetap sah.
Jika selepas dia dah sihat dan dia nak qada semula,terpulang.

BOLEHKAH BELAJAR SOLAT DARI BUKU ATAU MEDIA SOSIAL?
Usaha ini sangat baik supaya dapat keluar dari kejahilan.
Pada permulaannya ini dibolehkan.
Boleh belajar dari sumber yg betul dan tepat serta diitiraf.
Dan dia juga kena berguru supaya guru dapat betulkan solatnya.

SOLAT ADALAH TIANG AGAMA.
SIAPA YG JAGA SOLAT ALLAH AKAN JAGA DIA.
SIAPA YG ADA MASALAH DAN DIA JAGA SOLAT,AKAN SELESAI MASALAH DIA.
SOLAT YG PALING AFDAL IALAH SOLAT BERJEMAAH.
MUDAH²AN BEROLEH KASIH SAYANG DARI ALLAH.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

Jadual Kuliah Surau Desa Mewah Febuari 2019


Bacaan Untuk Sujud Tilawah / Sujud Sajadah


Thursday, January 17, 2019

PROGRAM CINTA & CELIK Al-QUR'AN

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
🕋🕌📖🕋🕌📖🕋🕌📖

 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

 💚💚💚💚💚💚💚💚💚
-----------------------------------------------------
💚  PROGRAM CINTA & CELIK  Al-QUR'AN  💡
----------------------------------------------------
💡💡💡💡💡💡💡💡💡

Kuliah Subuh Siri No.892
🗓 KHAMIS
11/JamadilAwal /1440H
17/JAN/2019
Surah ke 10 [ Yunus : 109 Ayat ]
[ Ayat : 91 - 100 ]

 📚 Sila rujuk tafsir ibnu kathir.📝

Jom kita baca 10 baris Ayat setiap hari, Semuga ia akan membawa  Rahmat hidayah petunjuk Allah SWT , terbuka luasnya pintu-pintu rezeki dan memberi impak keberkatan didalam kehidupan kita ,In Sha Allah.
📖Celik Al-Quran.📝

Sabda Rasulullah SAW.

 Bacalah Al- Quran ,Sesungguhnya ia akan datang dihari kiamat sebagai Syafa'at kepada pembacanya
[ HR Muslim ] .

Sebaik - baik kamu ialah yang belajar Al- Qur'an dan mengajarkannya
[ HR Bukhari: 5027 ]

 Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat
[ HR  Ahmad, Bukhari, Tarmidzi ]

📖💡📖💡📖💡📖💡📖

FIRMAN ALLAH SWT yang bermaksud:

💡Al-Fātiĥah:1 - Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

💡Āli `Imrān:138 - (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

💡Al-Qamar:17 - Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

💡Al-Baqarah:269 - Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

💡Fāţir:28 - Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

💡Fāţir:29 - Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;

💡Fāţir:30 - Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).

💡Fāţir:31 - Dan Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hambaNya, lagi Maha Melihat dan memerhatikan.

💡Fāţir:32 - Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).

💡Al-'Anbyā':35 - Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud;

📖Yūnus:91 - (Allah berfirman): "Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?.

📖Yūnus:92 - "Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!".

📖Yūnus:93 - Dan sesungguhnya Kami telah menempatkan Bani Israil di negeri yang baik (sesudah Kami binasakan Firaun), dan Kami mengurniakan mereka dengan benda-benda yang baik. Maka mereka tidak berselisihan (mengenai Nabi Muhammad melainkan) setelah datang kepada mereka pengetahuan (dari bukti-bukti yang nyata). Sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat tentang apa yang mereka perselisihan itu.

📖Yūnus:94 - Oleh sebab itu, sekiranya engkau (wahai Muhammad) merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turukan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu (kerana mereka mengetahui kebenarannya). Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu.

📖Yūnus:95 - Dan jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang mendustakan ayat-ayat Allah, kerana dengan itu engkau akan menjadi dari orang-orang yang rugi.

📖Yūnus:96 - Sesungguhnya orang-orang yang telah ditetapkan atas mereka hukuman Tuhanmu (dengan azab), mereka tidak akan beriman:

📖Yūnus:97 - Walaupun datang kepada mereka segala jenis keterangan dan tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah dan kebenaran Rasul-rasulNya), sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.

📖Yūnus:98 - (Dengan kisah Firaun itu) maka ada baiknya kalau (penduduk) sesebuah negeri beriman (sebelum mereka ditimpa azab), supaya imannya itu mendatangkan manfaat menyelamatkannya. Hanya kaum Nabi Yunus sahaja yang telah berbuat demikian - ketika mereka beriman, Kami elakkan azab sengsara yang membawa kehinaan dalam kehidupan dunia dari menimpa mereka, dan Kami berikan mereka menikmati kesenangan sehingga ke suatu masa (yang Kami tentukan).

📖Yūnus:99 - Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?

📖Yūnus:100 - Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah (melalui undang-undang dan peraturanNya); dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu memahami (perintah-perintahNya).


🎓 Teknokrat Muslim 📖

📚📚📚📚📚📚📚📚📚

📖🌏🛰📖🌏🛰📖🌏🛰

JAGA MULUT; JAGA AKHLAK

Tazkirah oleh:
Ustaz Ahmad Dusuki bin Abdul Rani

JAGA MULUT; JAGA AKHLAK
(Di usia tua)

👉🏻Yg dikatakan usia tua di dlm Islam dan disebut oleh Rasulullah saw, adalah pada umur 40 hingga 70 tahun.

👉🏻Semakin kita berusia, janganlah kita semakin sayangkan harta. Banyakkan mengira akhirat, dari mengira harta.

👉🏻Dlm usia sebegini, kita kena bersedia pada bila-bila masa sahaja akan dijemput oleh Allah utk mengadap-Nya.

👉🏻Semakin kita berusia(semakin kita dekat mengadap-Nya), semoga kita mendpt nikmat keikhlasan dari Allah.

👉🏻Bila kita mndpt nikmat keikhlasan, kita akan sentiasa bersangka baik pd Allah.

👉🏻Ramai di kalangan manusia yg tidak bersangka baik pd Allah di saat hampir kematian. Mrk mempersoalkan mengapa mrk diberi dgn ujian sakit sedangkan org lain tidak. Mrk masih memikirkan ttg harta yg akan mrk tinggalkan.

👉🏻Hiduplah dlm keadaan ikhlas, supaya kita tidak sesat di saat mengadap-Nya nanti.

👉🏻Sentiasa bersangka baik pd Allah.

👉🏻Semakin kita berusia, hendaklah kita semakin banyak bersedekah. Lagi tua usia kita, lagi byk memberi/sedekah.  Dari sini, dtgnya keikhlasan. Bukannya semakin tua, semakin penyayang.

👉🏻Semakin kita berusia, jagalah mulut  dan akhlak kita. (Akhlak hendaklah dijaga dari usia muda).

👉🏻Jaga mulut dari berkata kasar, mencaci, menghina, mengumpat atau jadi batu api. Jgn berbalah sesama sendiri. Berbuat baik dgn jiran tetangga.

👉🏻Yg paling penting sekali, jaga mulut dgn pasangan hidup kita. Jgn perlekeh pasangan hidup kita. Jgn cerita keburukan pasangan(suami/isteri) kita di hadapan anak2.

👉🏻Jgn menggelar pasangan kita dgn gelaran yg boleh menyinggung hati mrk. Jgn mencari kesalahan pasangan kita.

👉🏻Semakin berusia, jgn selalu marah2 dan berkelahi dgn pasangan hidup  kita. Contohnya dlm bab berwudhu sekalipun.

👉🏻Jgn marah isteri/suami kita apabila mrk tidak sengaja tersentuh dan terbatal wudhu kita. Tidak mengapa, jika kita berwudhu sekali lagi. Yg dah terbatal tadi, Allah tetap beri pahala. Bila kita berwudhu sekali lagi, kita dpt lagi pahala. Jgn rasa penat krn kena ambil wudhu sekali  lagi, tetapi rasakan nikmat berwudhu. Ucap Alhamdulillah, krn ambil wudhu sekali lagi. Berlapang dada. Bersangka baiklah pd Allah.

👉🏻Semakin berusia, jagalah penampilan diri juga. Jaga kebersihan diri dan di sekeliling kita. Walaupun semakin tua, jgn selalu pakai pakaian yg selekeh, spt kain pelikat yg kotor dan lusuh. Semakin kita berusia tua, tetap kena jaga kebersihan/penampilan diri. 
Ini adalah sebahagian dari akhlak yg baik  juga.

👉🏻Semakin berusia, jaga jari jemari dari menulis, mencaci/menghina sesiapa di alam maya.
(Jgn suka mencaci para  alim ulama).

👉🏻Apabila semakin kita hampir mengadap-Nya dan bila kita mendpt nikmat keikhlasan, kita akan mendpt nikmat keredhaan dari Allah. Bila  kita tidak berakhlak, kita akan hilang keikhlasan. Bila tiada keikhlasan, kita tidak mampu utk mengucap kelak.

👉🏻Dari keikhlasan dlm diri, apabila hampir2 saat kematian kita, kita akan waras, mulut kita akan tidak henti2 menyebut nama ALLAH.

👉🏻Dan saat yg paling terindah sekali,  apabila kita dpt mengucap kalimat LAILAHAILLAH di saat mengadap Yg Maha Esa.