Tuesday, February 13, 2024
Sunday, January 21, 2024
Pertandingan Azan ( Bilal Junior ) Surau Desa Mewah
❗👆🏼👆🏼👆🏼❗
Ikan seekor terpukat dimuara..
Kelisa berarak di bawah titi..
Tangan di hulur berjabat mesra..
Tandanya semarak ukhuwah dihati..
Assalammualaikum tuan/puan yg mulia kariah Taman Desa Mewah..
Bersempena dengan cuti sekolah yg bakal tiba, sukacita kami maklumkan pihak surau menganjurkan Pertandingan Azan ( Bilal Junior ).
Ianya bertujuan menarik minat anak-anak muda taman kita ke surau khasnya dan penduduk sekitar amnya.
Justeru itu sebarang bentuk sumbangan bolehlah disalurkan kepada pihak surau @ berhubung dgn AJK. Semoga dengan usaha kecil dan sokongan dari tuan/puan ini dapatlah kita mewujudkan suasana agama didalam kariah kita ini.. Mari galakan anak2 kita dan mohon dipanjangkan..
Borang penyertaan boleh di perolehi di surau
Terima Kasih..
Balam dilembah berteman tempua..
Akan memilih bersama di dahan..
Salam muhibbah tuan-puan semua..
Jambatan kasih kita kukuhkan..
Kempen Pembangunan Pangkalan Data Surau Desa Mewah
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kepada Ahli2 Kariah Surau Desa Mewah yang dihormati
Pihak pengurusan SDM sedang dalam proses pembinaan Pangakalan Data Untuk Surau Desa Mewah kita ini. Tujuannya untuk kemudaha rujukan kepada ahli2 kariah tentang sejarah, perkembangan/aktiviti anjuran SDM.
Maklumat bergambar/dokumen mengenai aktiviti/sejarah SDM amatlah dialu-alikan. Sertakan jugak dengan Tarikh dan Tajuk aktiviti.
Kami mohon segala maklumat SDM yg ingin disalurkan ke alamat email SDM ini
Email: sdmsemenyih@gmail.com
Terima Kasih
Tuesday, April 13, 2021
KISAH YG MENYENTAP DIRI
AGIHAN BARANG KEPERLUAN OLEH SDM KEPADA PENDUDUK
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
INFAK & TAJAAN AKTIVITI 'IHYA RAMADHAN 1442H/2021M
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
Pihak Surau Desa Mewah mengalu-alukan infak & tajaan dari Dato/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik bagi aktiviti program Ramadhan 1442H/2021M
----------------------------------------
🥘 Iftar RM 500/sehari: 1- 29 Ramadhan
🍲 Bubur Lambuk RM 800/setiap Sabtu (4×)
-----------------------------------------------
💰 Tajaan Penuh @ berkongsi dgn qariah lain di alu2kan
✅Sila Berurusan Dgn AJK Surau yg telah dilantik
📞 Tuan Hj Anuar☑️
www.wasap.my/60192210075/TajaanIftarRamadhan
📞 Ckgu Razak ✔️
www.wasap.my/60192154364/TajaanIftarRamadhan
📞 Puan Salmah ✅
www.wasap.my/60123722372/TajaanIftarRamadhan
📌 Kelebihan menaja:
✅ Pahala memberi makan kepada orang yang berpuasa
✅Menaja sambil menderma untuk Dana Surau Desa Mewah
✅Ganjaran pahala yang berlipat ganda di bulan Ramadhan
✅ Rebut peluang Keemasan ini. Hanya setahun sekali sahaja.













