Monday, March 2, 2020

Kuliah Maghrib SDM Isnin 2/3/2020

Assalamualaikum WB,

Pengajian kitab di Surau Desa Mewah
Isnin - 02/03/2020
Selepas Solat Maghrib

Semua dijemput hadir.

#tamanilmu
#tamansyurga



Sunday, March 1, 2020

Jadual Kuliah SDM Bulan Mac 2020


JOM BERAMAI-RAMAI KITA MEMENUHI RUMAH ALLAH UNTUK ILMU DUNIA DAN ILMU AKHIRAT.

SEMOGA ALLAH MEMBERI RAHMAT SERTA KEBERKATAN DALAM KEHIDUPAN KITA SEMUA.

#pengajianilmu
#tamansyurga

Dana Untuk Makan Jumaat Percuma

Assallamu'alaikum Sahabat2 Yang Dimuliakan oleh Allah SWT.

Dana untuk Makan Jumaat Percuma pada setiap hari Jumaat.

Dana yang diperlukan sebanyak RM 700 untuk menampung sebanyak  200 bungkus makanan. Kami berdoa semoga Allah SWT memilih Tuan/Puan untuk Bersedekah Makanan Percuma Setiap Hari Jumat dari golongan yang sedikit. Kami amat berterima kasih atas segala sumbangan tuan/puan selama ini dan diharapkan ianya akan berterusan selamanya.



Whatsapp:  0192654789 Tn.Osman untuk menjadi Penyumbang..



Tahniah TS Muhyiddin Mohd Yassin Dilantik Sebagai Perdana Menteri Ke 8, Malaysia



Kuliah Maghrib Minggu 1 - Surau Desa Mewah

Jom sama-sama kita meramaikan dengan menghadiri kuliah maghrib.



#pengajianilmu
#tamansyurga

Saturday, February 29, 2020

Doa kita hari ini......

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

05 Rejab 1441H
29 Februari 2020

۞ سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ  سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ۞

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Alfatihah..

. بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاك نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امينِ
ٍ
‎اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Alhamdulillah kami bersyukur kepada Mu Ya Allah atas setiap nikmat yg Engkau telah kurniakan. Kami bersyukur kepada Mu atas nikmat taufik dan hidayah Mu. Kami bersyukur atas nikmat iman dan Islam.

Ya Allah rahmatilah kehidupan kami, berkatilah umur kami, sihatkanlah badan kami, terangkanlah hati kami, tetapkanlah iman kami, perbaikkanlah amal kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami kepada kebaikan dan jauhkanlah kami dari segala kejahatan, tunaikanlah hajat kami, baik dalam hajat agama, dunia dan akhirat.

Ya Allah ampunkanlah segala dosa2 kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepada Mu Ya Allah.

Ampunkanlah dosa kedua2 ibubapa kami, juga setiap titik susu ibu yg mengalir dlm diri kami Engkau gantikanlah dgn kebajikan utknya yg boleh membawa ke syurgaMu Ya Allah.

Ya Rahman Ya Rahim.
Pada setiap keringat yg mengalir pd tubuh ayah kami dlm mencari rezeki kpd keluarga kami Engkau gantikanlah dgn keampunan yg membawa ke syurgaMu Ya Allah.

Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak mampu kami membalasnya.  Justeru itu kurniakanlah kpd kedua2 ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu Ya Allah.

Ya Allah kami juga memohon ampun utk pasangan hidup kami, zuriat kami, kaum kerabat kami, sahabat2 kami, guru2, ketua2 kami sama ada yg masih hidup atau yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzah. Golongkanlah mereka dlm golongan orang2 yg Engkau redhai Ya Allah.

Ya Allah apabila tiba pula giliran kami menuju barzahMu, maka Engkau ambillah kami dlm keadaan yg baik2 dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah.

Ya Allah bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya. Ya Allah, jadikanlah kehidupan kami ini sbg tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sbg ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang.

Yaa Allah,  kami kini berhadapan dengan pemilihan kepimpinan, dan kamilah yang bertanggungjawab keatas semua ini.

Yaa Allah, berilah mandat kami kepada orang-orang yang takut kepadaMU dan janganlah KAU pilih orang yang menindas, zalim dan munafik. Juga orang-orang yang menolak kami sebagai jalan untuk mereka mencapai matlamat jahat dan kotor mereka. Kurniakanlah kepada kami pemimpin negara yang teguh menjaga agamaMU kerana hanya Islamlah sahaja yang mampu mengembalikan keamanan dan kestabilan bagi setiap manusia tidak mengira bangsa di bumi ini.

Yaa Allah, serahkanlah kuasa memimpin negara ini di tangan pemimpin Islam yang bertakwa, itulah permohonan kami wahai Tuhan semesta alam.

Kurniakanlah kepada kami kejayaan di Dunia dan di Akhirat dgn Rahmat serta keredhaan Mu Ya Allah                                             

اَللّٰهُمَّ اغْفِرْلِىْ ذُنُوْبِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا. وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ،اَلْاَحْيَآءِ مِنْهُمْ وَاْلاَمْوَاتِ، وَتَابِعْ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ بِالْخَيْرَاتِ، رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَاَنْتَ خَيْرُالرَّاحِمِيْنَ، وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَ اِلاَّبِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

‎رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَالْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ    ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Kaunter Khairat Kematian Surau Desa Mewah 2020

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى ال محمد


Kaunter sudah dibuka untuk 2 hari sahaja...Jom beramai-ramai kita join khairat kematian ini. Banyak manafaatnya berkenaan dengan urusan kematian ahli dan keluarga.


📩 KAUNTER KHAIRAT KEMATIAN SURAU DESA MEWAH

🗓 29/2/2020, Sabtu
        1/3/2020, Ahad

⏰ 9pagi - 12 tgh

💰RM 5/sebulan/keluarga
     RM 60/Setahun/keluarga

🏪 Lokasi: Hadapan Kedai Desa Mewah/Kedai Runcit Acheh

Semua qariah di alu-alukan hadir bagi kemaskini maklumat keluarga & menjelaskan yuran tertunggak.