Tuesday, March 27, 2012

Kursus Pengurusan Jenazah & Pengurusan Harta Pusaka



Desa Mewah,

Pihak Surau Desa Mewah menganjurkan kursus diatas pada tarikh, masa dan tempat berikut;

                Tarikh   : 1 April 2012
                 Masa    : 9.00 pagi - 4.00 petang
                 Tempat : Surau Desa Mewah, Desa Mewah, Semenyih


Banner untuk pemberitahuan kursus



Penceramah untuk kursus tersebut adalah Ustaz Mahadi (Imam Mesjid Semenyih / Pensyarah). Beliau juga adalah penceramah tetap untuk pengajian di Desa Mewah terutamanya pada hari Ahad malam.

Sehingga kini penyertaan adalah amat menggalakkan dan tempat adalah terhad. Penyertaan terbuka kepada semua umat Islam yang berminat. Moga kita dapat pengetahuan dalam kedua-dua pengurusan ini yang amat penting dalam Islam.

Kadar yuran yang amat murah iaitu hanya RM 20 sahaja. Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan AJK yang terlibat.
 

Sunday, March 4, 2012

Sambutan Maulidur Rasul

Pihak Surau Desa Mewah akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat Surau Desa Mewah pada;

Tarikh  : 4 Mac 2012 (Ahad)
Masa    : 5.30 Petang
Penceramah : YBhg Al Fadhil Ustaz Ab Razak Mahadi
                      (Pensyarah Pendidikan Islam IPG Bangi / Imam 1 Masjid Raja Muda Musa, Semenyih)

Muslimin muslimat dijemput hadir. Sumbangan juadah / kuih muih adalah dialu-alukan.

Pihak surau juga mengalu-alukan sumbangan Dana Pembangunan Garaj Serbaguna dan kaunter akan dibuka semasa sambutan ini. Terdapat juga jualan produk halal.

Sekian, wasalam. 

Tuesday, February 21, 2012

Info Kematian

Takziah diucapkan kepada keluarga En. Muhammad Zaharruddin Bin Bakar tinggal di alamat no. 58, Jalan Desa Mewah 12 diatas kembalinya isteri beliau Allahyarmah Pn. Rusmawati Bt. Abu Bakar pada pagi tadi dalam jam 9.00 pagi.

Jenazah telah dibawa kembali ke kampung halaman beliau di Kedah untuk dikebumikan. Seluruh warga muslimin muslimat Desa Mewah berdoa agar rohnya sentiasa bersama-sama orang-orang yang beriman.

Disedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah.

Sunday, February 5, 2012

Badan Khairat Kematian Qariah Surau Desa Mewah

PERATURAN KHAIRAT KEMATIAN



Peraturan Khairat Kematian


Borang Keahlian Khairat/Bantuan Kematian

Biro Kebajikan Dan Khairat / Bantuan Kematian adalah terbuka kepada seluruh warga Desa Mewah yang beragama Islam. Sila baca dan fahamkan peraturan untuk menyertai Badan Khairat ini.

Borang boleh diperolehi di Surau Desa Mewah atau mana-mana AJK surau dan dihantar kembali ke AJK terlibat. Bayaran hanya sebanyak RM 4 sebulan dengan wang pendaftaran sebanyak RM 10.

Bersama-sama kita menyertai Badan Khairat ini untuk memudahkan waris menguruskan jika ada ahli keluarga yang meninggal.

Info Surau Desa Mewah Febuari 2012

Info Surau Untuk Bulan Febuari 2012




Jadual Pengajian Febuari 2012

Assalamualaikum w.b,

Jadual pengajian untuk bulan Febuari 2012 bagi Surau Desa Mewah, Semenyih. Sama-sama lah kita memeriahkan surau kita disamping mendapat ilmu untuk panduan hidup seharian.

Monday, January 2, 2012

Kembali Ke Sekolah

Surau Desa Mewah mengucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA SEMUA PELAJAR2 DAN GURU 2 WARGA DESA MEWAH.

Moga kecemerlangan Tahun 2011 akan terus menjadi semangat untuk lebih berjaya di Tahun 2012. Pencapian yang memberangsangkan anak2 warga Desa Mewah diharapkan menjadi INSPIRASI kepada yang lain untuk lebih berjaya.

Sentiasa memohon pada Allah SWT agar segala usaha diberkati dan sentiasa berazam menjadi yang terbaik kepada agama, bangsa dan negara.


Dari meja penulis.