Friday, March 1, 2019

KITA SEMUA PENGEMIS



Kita ni jijik tengok pengemis di tepi jalan.
Betapa hinanya status mereka.
Ni mesti pemalas, kurang berusaha,
hidup nak menadah tangan sahaja.
Itu persepsi kita..
oh ya, kebanyakan dari kita..

Ada masa rasa nak beri seringgit.
Cukuplah. Buat apa banyak2.
Ada masa, pandang sebelah mata pun tidak.

Tapi kita lupa,
kita ni pun pengemis yang hina.
Hamba yang berdosa.

Setiap pagi di dalam gelap subuh
Tangan ditadah meminta-minta
Supaya Allah mengasihani kita
Supaya Allah nampak kewujudan kita
Supaya Allah beri rezeki yang baik sepanjang masa.

Bangun tidur mengemis
Tengah makan mengemis
Nak tidur pun mengemis
Meraih sedikit simpati dari Tuhan
Moga dipelihara nyawa kita dari segala keburukan.

Tapi,
bila kita pandang pengemis di kaki jalan.
Tiba-tiba kita rasa penilaian
kita mengalahkan Tuhan.
Seolah-olah rezeki kita
bukan dari Allah yang sedekahkan.
Tapi dari usaha titik peluh kita sendiri kononnya...

Kita semua pengemis.
Malangnya nasib kita, jika kita ini
pengemis yang cuma kaya di dunia.
Tapi merempat melarat di akhirat sana.

Wallahua'lam..

Dua Amalan Sunnah Selepas Solat Subuh & Maghrib

Inilah dua amalan sunnah selepas solat Subuh & Maghrib yang dapat melindungi diri daripada api NERAKA


Seringkali kita lihat, ramai juga yang datang berjemaah di masjid. Dan sudah semestinya ada yang solat di rumah. Tetapi terlalu ramai orang yang tidak mengetahui kelebihan-kelebihan atau fadhilat jika kekal pada kedudukan tahiyat akhir selepas solat subuh dan maghrib.

Apa yang kita lihat, selepas sahaja memberi salam, ada yang terus sahaja ubah kedudukan samada duduk bersila, duduk belunjur atau berpindah dari tempat bersolat tadi. Jika mereka nampak kelebihan atau fadhilatnya, nescaya mereka tidak akan bergerak dari situ dan tidak bercakap-cakap.

Janganlah kita tinggalkan dua amalan sunnah ini terutama selepas menunaikan solat Subuh dan Maghrib samada ketika kita bersolat di rumah atau di masjid. Amalan tersebut dibaca di dalam wirid tetapi kita masih dalam kedudukan seperti ketika tahiyat akhir.

Apakah bacaan itu ? Sila baca sehingga selesai artikel ini.

BACAAN PERTAMA

Dibaca sebanyak sepuluh kali semasa berwirid tanpa berkata-kata yang lain sehingga selesai iaitu:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ, يحيي ويميت, وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya:

“Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu baginya, Baginya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu”.

Fadhilatnya:

Hadis daripada Abu Zar berkata: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda,

“Barangsiapa yang membaca selepas solat Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata sebanyak sepuluh kali, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan (dosa), diangkatkan baginya sepuluh darjat (kedudukan), dan pada hari itu dia dijaga daripada segala perkara yang dibenci, terbentang daripada syaitan, serta tidak ada suatu dosapun yang dapat membinasakannya kecuali syirik kepada Allah’.

(Riwayat at-Tarmizi dengan sanad Hasan, Imam ath-Thobrani menyebutnya di dalam Al-Aushot dan Al-Kabir. Lihat juga Shahih at-Targhib wa at-Tarhib: 1/306)

Imam at-Tabrani menambah:

“Dan baginya setiap apa yang dibacanya seperti pahala membebaskan seorang hamba daripada anak Nabi Ismail dengan harga seorang daripada mereka 12000.”

Ditambah oleh Imam an-Nasa’I:

“Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba”.

BACAAN KEDUA

Dibaca sebanyak tujuh kali, sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan ini iaitu:

اللَّهُمَّ أَجِرْني مِنَ النَّار

Maksudnya:

“Ya Allah, peliharalah aku daripada api ne-ra-ka”.

Atau:

اللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّار

Maksudnya:

“Ya Allah, peliharalah kami daripada api ne-ra-ka”.

Fadhilatnya:

Hadis daripada al-Harith bin Muslim, ayahnya berkata, Nabi S.A.W bersabda:

“Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata, “Allahumma ajirna minannar” tujuh kali. Maka sekiranya kamu meninggal dunia pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api ne-ra-ka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Magrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata, “Allahumma ajirna minannar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal dunia pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api ne-ra-ka”. – (Riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i)

Semoga sahabat-sahabat semua dapat manfaat daripada artikel ini dan beribadah dengan sempurna dan ikhlas hati.

Wallahu a’lam...

Peserta Ibadah Qurban SDM 2019

Assalamu'alaikum Ahli Qariah yg dirahmati oleh Allah swt.

Pihak Surau Desa Mewah bercadang utk memberi peluang ahli qariah  menyertai Ibadah Qurban tahun 2019

Bayaran Secara Ansuran setiap bulan sebanyak Rm100 utk 1 bahagian yg dianggarkan Rm700..

Peserta yg berminat boleh mulakan bayaran pada bulan Feb ini.

Bayaran Boleh dibuat melalui AJK2 surau dibawah:

1.Tn Hj Yaakob.
2.Tn Imam Azhar.
3.En Sani.
4.Tn Hj Latif.
5.En Osman.
6. Puan Salmah


🐄 LEMBU 1

1. Osman - 0192654789
2. Zazali - 0133647759
3.Fitri - 0182764944
4.Jamal - 0163398447
5. Azhar Imam
6. Salmah - 0123722372
7.Sharudin Shaari

🐄 LEMBU 2

1. Shela - Jln 7A - 016-2711362
2. Azley  - Jln 7A - 019-2732474
3. Lyn - No. 28, Jln 7 - 011 10746818
4. Md Faisal - Jln7E -  0126618804
5. Ismala - Jln 7D - 019 3388111
6. Zabariah - Jln 7E - 019 824 8740
7. Hjh Asiah - Jln 7 - 016 245 7056
   

🐄 LEMBU 3

1. Mohd Khari - No. 36, Jln 5
2. Rodziah - No. 36, Jln 5
3. Zainudin Jamil  - Jln 7C
4. Afendi Pah  - Jln 8  - 0133694055
5. Wahab - No.28, Jln 7 -013-3262818
6. Hishamuddin - No.16, Jln 7
7. Nizam - No.33, Jln 7A - 017 660 3374

🐄 LEMBU 4

1. Shafie - Jln 15 - 0173655832
2. Rozy  - Jln 7A - 012 440 3374
3. Hj Sidek  - Jln 7E - 010 779 2962
4. Rahiman - Jln 7C
5. Shafini Abd Wahid - 012 2248551
6. Kak Yun - Jln 2 - 013 523 1557
7. Hidzir Abd Hamid - 012 2248551

🐄 LEMBU 5

1. Nurul Saadah Flat - 017 714 4614
2. Hj Latiff
3. Normaizana  - Jln 7D - 012-3560478
4. Zuraidah  - Jln 6 - 0136353290
5. Anuar Abu Samah - J7C
6. Habibah Hasan - Jln 7C - 016 318 8270
7. Fadil - Jln 5 - 0176757064

🐄 LEMBU 6

1. Nur Athirah Syamimi A. Razak - 0132158895
2. Rokiah  - Jln 12 - 012 915 4486
3. Mohd Nizar - No 93, Jln 7 - 0133655649
4. Bahrin Kasuri - 0177171107
5.Kalsom - No.93, Jln 7 - 0149295761
6.Ckgu Fauzi - Jln 7D - 0192283558
7.Wan Shuib - Jln 7  - 013 3518050

🐄 LEMBU 7

1. Hj Zulkefli  - No. 87, Jln 6
2. Mohd Noor  - 0122210541
3. Cikgu Ramli - Bayar tunai
4. Shamsul.
5. Shariful Azman - 019-6622463
6. Kamaruzaman - Jln 2A
7. Zainun - 0163398447.


Moga ibadah ini diberkati dan diterima oleh Allah SWT

LALAI


Tanda2 LALAI antaranya:
1.   Kurang membaca Al Quran
2.   Kurang berzikir
3.   Lalai dlm solat, kurang ingat pd Allah:
       -  Tidak fokus,
       -   Sering terlupa bilangan rakaat,
       -   Melewatkan solat,
       -   Kurang solat jemaah.
4.   Banyak membuang masa utk hiburan, sukan & dimeja makan serta menonton tv.
5.   Kurang @ malas berdoa.  Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6.   Sentiasa sibuk dgn urusan dunia; mudah stress.
7.   Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.
8.   Tak berhati² dgn perkara yg syubhah & haram.
9.    Tangguh utk bertaubat.
10.  Malu utk belajar agama.
11.  Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini.

Ada juga Ustaz sebut:
 Jarak antara hati kita dgn ketenangan, ibarat jarak' kita dgn Al-Quran.

Pesan Ustaz:
Beli Al Quran guna duit sendiri.  Pilih ikut citarasa kita.  Cakap dgn Al Quran tu, kita nak bersahabat dgn dia. (nak baca)

Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat LALAI:
1.  Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca Quran.
2.  'Bunuh' kebaikan yg kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yg utama.
3.  Hilang fokus dlm hidup.
4.  Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & suka tangguh beribadah & kerja soleh.

Sebab-Sebab LALAI:
1.  Mengulang² dosa kecil sampai jadi kelaziman.
2.  Berkawan dgn org² yg lalai.
3.  Berada dlm persekitaran 'rosak'. (Cth: pergaulan bebas dgn bukan muhrim, dedah aurat & buat maksiat), berada di situ bukan utk tujuan berdakwah.
4.  Tidak berzikir.
5.  Terjerat dlm perancangan² licik musuh Islam. (Cth: berlebihan dlm mendengar lagu, tonton filem Yg melalaikan dll.

Cara² mengatasi LALAI:

1.    Cari sahabat yg baik & soleh.
2.    Hadiri majlis ilmu.
3.    Bangun malam utk  solat tahajjut.
4.    Banyakkan zikir & taubat.
5.    Rajin baca quran.
6.    Bersangka baik pd org lain.
7.    Pemaaf.
8.    Ingat mati.
9.    Kurangkan makan.
10.  Amalkan sunnah Nabi saw.
11.  Bersabar bersyukur & bertawakkal.

Share jika ia memberi manfaat.

Dengar di Radio IKIM... Ustaz Pahrol Mat Juoi kupas tentang LALAI.  Mula² Ustaz kongsi tanda² LALAI.

Jadual Kuliah Harian Surau Desa Mewah Mac 2019

Jom ramai-ramai kita mmendengar kuliah harian yang telah dijadualkan di atas