Friday, February 8, 2019

Makluman: Ibadah Qurban Surau Desa Mewah 2019

As sallam Ahli Qariah yang dirahmati oleh Allah swt.

Pihak Surau Desa Mewah bercadang untuk memberi peluang kepada ahli qariah untuk menyertai Ibadah Qurban 2019 secara bayaran ansuran setiap bulan sebanyak RM100 untuk 1 bahagian yang dianggarkan bayaran RM700/bahagian.

Peserta yang berminat boleh mulakan bayaran pada bulan Febuari 2019 ini.

Bayaran boleh dibuat melalui AJK surau yang dilantik seperti.

1.Tn. Hj. Yaakob.
2.Tn. Imam Azhar.
3.En. Sani.
4.Tn. Hj. Latif.
5.En. Osman.

Untuk maklumat @ keterangan lanjut, ahli Qariah boleh berhubung dengan AJK yang dilantik seperti di atas atau Pengerusi Surau Desa Mewah sendiri.

Harap Maklum.


Yang diberi amanah,
Pengerusi Surau Desa Mewah
Dato' Norman Md Rabbani

DARI TEMPAT TIDUR KE BILIK AIR

Moga bermanafaat buat kita semua dalam menjaga kesihatan tubuh.....insyallah

DARI TMPT TIDUR KE BLK AIR 
Terjaga
Bangun,
1/2 minit baring
1/2 duduk atas katil
1/2 letak kaki di lantai

sebelum menuju ke blk air


CnP

Amalan Tiga kali (1/2)

Para pakar selalu berpesan:
Setiap individu harus ambil perhatian tentang 3 x 1/2 minit.

Kenapa penting ?
3 x 1/2 minit adalah suatu amalan percuma tetapi akan banyak mengurangkan angka kematian secara mengejut (sudden death). Kerap kali berlaku seorang individu yang siang harinya masih nampak sihat, tetapi malam harinya meninggal.

Selalu kita mendengar cerita orang, kelmarin saya masih bersembang dengan dia, kenapa tiba-tiba dia meninggal? Penyebabnya adalah ketika bangun malam utk ke bilik air kerap dilakukan secara terlalu cepat. Sejurus kita berdiri, otak masih kekurangan aliran darah.

Kenapa “3 x 1/2 minit” amat penting?

Ini kerana pattern ECG .(Electro Cardiogram) seorang individu normal pada siang hari manakala pada masa tengah malam ketika terbangun nak buang air kecil. Iaitu, corak ECG itu boleh berubah.

Bilamana anda bangkit secara tiba-tiba otak akan jadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung (heart failure) disebabkan oleh kekurangan darah. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan amalan “3 kali 1/2 minit” ini, iaitu:

Bila sahaja terbangun dari tidur, jangan terus turun dari katil, tetapi berbaringlah dulu untuk tempoh 1/2 minit. Duduk di katil untuk tempoh 1/2 minit.
Turunkan kaki, duduk di tepi katil untuk tempoh 1/2 minit.

Selepas 3 x 1/2 minit yg dilakukan secara percuma tanpa membayar sesen pun, otak tidak akan anaemic dan jantung tidak akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal ketika bangun tengah malam seperti yang sering kita dengar.

Pernah seorang tua menangis kesal kenapa beliau tidak mengetahui perkara ini dari dulu lagi setelah membaca pesanan ini.

2 tahun lalu dia bangun tengah malam untuk ke tandas, di bilik mandi tiba-tiba terasa dunia berpusing dan beliau terjatuh. Akibatnya dia sekarang mengalami lumpuh dan tak boleh bangun dari katil. Punggungnya mengalami luka-luka di kubitus. Seandainya dia mengetahui perkara ini lebih awal, beliau tdak seharusnya menderita seperti kini.

Kongsikan untuk orang yg kita sayang bagi menghindari perkara seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku tanpa mengira usia tua ataupun muda.

HADIS:SOLAT

TANYALAH USTAZ TV3
29.1.2019
(Da'i Hilman&Ustaz Dr.Hj.Mohd.Farid Ravi Abdullah)

HADIS:SOLAT(BHG 2)
•••••••••••••••••••••••••••••••••
Jika solat kita berkualiti,In Shaa Allah kehidupan kita lebih berkualiti.
SOLAT ADALAH SATU KEFARDUAN YG DIBERIKAN PADA NABI MUHAMMAD KETIKA ISRAK MAKRAJ.
Solat difardukan 50 waktu dan dikurangkan hingga 5 waktu.
Nabi juga ajarkan solat² sunat sebelum dan selepas solat fardu.
NABI PESAN SOLATLAH SEBAGAIMANA KALIAN MELIHAT AKU SOLAT.

Ada seorang lelaki masuk menunaikan solat dan Nabi tengok dari jauh.
Nabi kata solatlah engkau belum solat.
Sebanyak 3 kali Nabi ulang.
Akhirnya org itu kata,beginilah cara aku solat.
Nabi ajarkan solat padanya supaya dia faham solat.

APAKAH KEPENTINGAN SAF DALAM SOLAT JEMAAH?
Allah tak pandang saf yg bengkang bengkok.
Nak tengok saf betul tak betul ialah dgn tengok tumit belakang mesti lurus.
Ruang² mesti ditutup.
Bahu bertemu bahu,kaki bertemu kaki.
RUANG² KOSONG ITU AKAN DIMASUKI SYAITAN.
Tanggungjawab imam sebelum angkat takbir,imam kena toleh kebelakang utk pastikan saf tersusun elok baru imam takbir.

BAGAIMANA UTK ORG YG UZUR DUDUK DIATAS KERUSI?
Kaki kerusi diatas saf belakang.
Jemaah yg uzur letakkan disaf hujung, jangan letak ditengah~tengah saf.

BOLEHKAH SOLAT TAK SAMPAI 5 MINIT?
Rasulullah tegur sahabat yg solat sebab tak ada tomakninah.
5minit itu sangat laju.
DIKUATIRI BACAAN TAK TEPAT KERANA BACA TERLALU CEPAT.
Baca Al~Fatihah terlalu cepat takut tersalah tajwid,perlu berhati~hati.
JANGAN TERLALU CEPAT TAKUT ALLAH TAK PANDANG SOLAT KITA.

BAGAIMANA DGN ORG YG BEKERJA SEPERTI BOMBA NAK TERUSKAN SOLAT ATAU NAK SELAMATKAN ORG TERLEBIH DULU?
Jika ada darurat boleh berhenti solat dan lepas dah selesaikan tugas boleh sambung solat.
Doktor yg sedang buat pembedahan boleh teruskan pembedahan dan boleh jamak solat.
NYAWA MANUSIA LEBIH AULA DISELAMATKAN.

MANA YG AFDAL,SOLAT KETIKA AZAN ATAU SELEPAS AZAN DAN BAGAIMANA SOLAT GUNA TELEKUNG TAPI PAKAIAN DALAM TELEKUNG TAK SEMPURNA?
Adabnya adalah dengar azan dulu baru solat.
Tapi jika dia tak ada masa kerana nak cepat pergi kerja,dia boleh solat ketika azan sedang dilaungkan.
Boleh jika pakaian dalam tak sempurna,yg penting dia tutup aurat dgn sempurna(pakai telekung).

IMAM BACA TERLALU LAJU DAN MAKMUM HANYA SEMPAT BACA SEKALI KETIKA RUKUK,BAGAIMANA USTAZ?
Yg penting buat rukuk mesti dgn tomakninah.
Bacaan dalam rukuk adalah sunat.
SOLAT TETAP SAH.
Makmum mesti ikut pergerakkan imam.
Tak boleh tertinggal pergerakkan mengikut imam.
TAK BOLEH TERTINGGAL DUA RUKUN DARI IMAM TAKUT SOLAT MAKMUM TERBATAL.

BAGAIMANA MUALAF YG TAK BOLEH BACA AL~FATIHAH DGN SEMPURNA?
Mualaf diberi kelonggaran dalam tempoh 3 bulan utk belajar.
Pada permulaan,mualaf boleh ikut sahaja pergerakkan imam.
Dan mualaf juga wajib belajar bacaan² dalam solat.

APAKAH POINT YG TEPAT PADA MATA KITA NAK PANDANG MANA DIAWAL SOLAT DAN BAGAIMANA JIKA SEORANG IBU YG PANDANG ANAK KETIKA SOLAT?
Mata mesti lihat tempat sujud.
Walaupun kaabah dihadapan kita,kita disunatkan lihat tempat sujud.
Ibu dibolehkan lihat anak sebentar dan patah balik melihat tempat sujud.

BOLEHKAH PANDANG ATAS KETIKA SOLAT?
Hukumnya makruh.

BOLEHKAH TUTUP MATA KETIKA SOLAT?
Lebih baik lihat tempat sujud.
Boleh tutup mata tapi mesti adalah alasan yg kukuh kenapa nak tutup mata.

WITIR ADALAH PENUTUP SOLAT,BOLEHKAH WITIR SELEPAS ISYAK?
Solat witir hukumnya adalah sunat muaakat(sunat yg dituntut).
Org yg tak buat solat witir adalah org yg rugi.
Ada mazhab menganggap jika tak buat solat witir,jadi berdosa.
Boleh buat solat sunat witir lepas isyak.
Tapi jika kita memang jenis senang bangun utk solat tahajjud adalah lebih baik buat lepas solat tahajjud.
Harus nak buat witir lepas isyak atau lepas tahajjud.
Witir hanya sekali sahaja dalam satu malam.

RASULULLAH SOLAT ASAR.
RASULULLAH BERI SALAM KETIKA RAKAAT KE 3.
SAHABAT TANYA, APAKAH KERANA RASULULLAH TERLUPA ATAU PUN SOLAT ASAR TELAH DIPENDEKKAN?
RASULULLAH TANYA PADA SAHABAT LAIN.
SIAPA NAK JADI SAKSI YG MEMBUKTIKAN KEBENARAN PERCAKAPAN SAHABAT ITU?
SEMUA SAHABAT ANGKAT TANGAN.
RASULULLAH PUN BANGUN DAN RASULULLAH TAMBAH 1 RAKAAT SAHAJA.
MAKMUM MESTI BERITAHU IMAM JIKA IMAM TERLUPA RAKAAT SOLAT.

BAGAIMANA JIKA BERSIN BANYAK KALI DALAM SOLAT?
Bersin tak batal solat dan tak batalkan wuduk.
Sebelum solat subuh,amalkan minum air suam(boleh mengurangkan bersin).
Boleh pegang sapu tangan ketika solat dan kesat  hidung bila bersin.

GARU² DAN BATUK,APAKAH BOLEH BATAL SOLAT?
Ini adalah rukun fiqli.
Boleh batal solat jika pergerakkan lebih 3 kali.
Garu guna jari sahaja jangan gerakkan tangan sekali.
Kita kena kontrol batuk supaya tak ganggu jemaah.

PADA MASA BILA JARI TELUNJUK PERLU DIANGKATKAN KETIKA BACA TAHAYAT?
Dalam mazhab As~Syafie ketika sebut
أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ،
TERUS ANGKAT JARI DAN BILA BACA
 وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
TERUS TURUN JARI.

APA FADILAT ORG YG ISTIQAMAH SOLAT MALAM 2 RAKAAT?
Sebaik~baik amalan adalah biar sedikit tapi kekal.
Dua rakaat secara istiqamah lebih baik.
Akan dibangkitkan di tempat yg sangat terpuji.
ORG YG HEBAT DISISI ALLAH IALAH ORG YG BOLEH BANGUN MALAM WALAUPUN HANYA SOLAT 2 RAKAAT.
Teruskan jaga 2 rakaat itu.
Alangkan indah bila 2 rakaat itu kena pada tempat² mustajab doa.
Org yg bangun malam berseri~seri wajah disisi Allah.

APA HUKUM MELINTAS DIHADAPAN ORG YG SEDANG SOLAT?
Nabi kata jangan lalu dihadapan org yg sedang solat.
Boleh batal amalan selama 40 hari atau 40 tahun(tak disebutkan 40hari atau 40 apa)
Org itu sedang solat bila dia nampak org lalu depan dia,dia boleh angkat tangan supaya dia tak nak terbatalkan amalan org yg lalu depan dia.
Letakkan sesuatu dihadapan solat walaupun sebatang pin sebagai penghadang.

SAHKAH SOLAT JIKA KERAP TERKENCING DALAM SOLAT WALAUPUN PAKAI PELAPIK DAN SAHKAH SOLAT JIKA KENDONG BEG NAJIS?
Boleh pakai pelapik.
Jika sedang solat,air kencing terkeluar,solat mesti diteruskan.
Solat tetap sah.
Jika selepas dia dah sihat dan dia nak qada semula,terpulang.

BOLEHKAH BELAJAR SOLAT DARI BUKU ATAU MEDIA SOSIAL?
Usaha ini sangat baik supaya dapat keluar dari kejahilan.
Pada permulaannya ini dibolehkan.
Boleh belajar dari sumber yg betul dan tepat serta diitiraf.
Dan dia juga kena berguru supaya guru dapat betulkan solatnya.

SOLAT ADALAH TIANG AGAMA.
SIAPA YG JAGA SOLAT ALLAH AKAN JAGA DIA.
SIAPA YG ADA MASALAH DAN DIA JAGA SOLAT,AKAN SELESAI MASALAH DIA.
SOLAT YG PALING AFDAL IALAH SOLAT BERJEMAAH.
MUDAH²AN BEROLEH KASIH SAYANG DARI ALLAH.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

Jadual Kuliah Surau Desa Mewah Febuari 2019


Bacaan Untuk Sujud Tilawah / Sujud Sajadah