Thursday, January 17, 2019

PROGRAM CINTA & CELIK Al-QUR'AN

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
๐Ÿ•‹๐Ÿ•Œ๐Ÿ“–๐Ÿ•‹๐Ÿ•Œ๐Ÿ“–๐Ÿ•‹๐Ÿ•Œ๐Ÿ“–

 ุจِุณูۡ€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ูฑู„ู„ู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญูۡ€ู…َู€ٰู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ูŠู…

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡..

ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ

 ๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š
-----------------------------------------------------
๐Ÿ’š  PROGRAM CINTA & CELIK  Al-QUR'AN  ๐Ÿ’ก
----------------------------------------------------
๐Ÿ’ก๐Ÿ’ก๐Ÿ’ก๐Ÿ’ก๐Ÿ’ก๐Ÿ’ก๐Ÿ’ก๐Ÿ’ก๐Ÿ’ก

Kuliah Subuh Siri No.892
๐Ÿ—“ KHAMIS
11/JamadilAwal /1440H
17/JAN/2019
Surah ke 10 [ Yunus : 109 Ayat ]
[ Ayat : 91 - 100 ]

 ๐Ÿ“š Sila rujuk tafsir ibnu kathir.๐Ÿ“

Jom kita baca 10 baris Ayat setiap hari, Semuga ia akan membawa  Rahmat hidayah petunjuk Allah SWT , terbuka luasnya pintu-pintu rezeki dan memberi impak keberkatan didalam kehidupan kita ,In Sha Allah.
๐Ÿ“–Celik Al-Quran.๐Ÿ“

Sabda Rasulullah SAW.

 Bacalah Al- Quran ,Sesungguhnya ia akan datang dihari kiamat sebagai Syafa'at kepada pembacanya
[ HR Muslim ] .

Sebaik - baik kamu ialah yang belajar Al- Qur'an dan mengajarkannya
[ HR Bukhari: 5027 ]

 Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat
[ HR  Ahmad, Bukhari, Tarmidzi ]

๐Ÿ“–๐Ÿ’ก๐Ÿ“–๐Ÿ’ก๐Ÿ“–๐Ÿ’ก๐Ÿ“–๐Ÿ’ก๐Ÿ“–

FIRMAN ALLAH SWT yang bermaksud:

๐Ÿ’กAl-Fฤtiฤฅah:1 - Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

๐Ÿ’กฤ€li `Imrฤn:138 - (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

๐Ÿ’กAl-Qamar:17 - Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

๐Ÿ’กAl-Baqarah:269 - Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

๐Ÿ’กFฤลฃir:28 - Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

๐Ÿ’กFฤลฃir:29 - Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;

๐Ÿ’กFฤลฃir:30 - Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).

๐Ÿ’กFฤลฃir:31 - Dan Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hambaNya, lagi Maha Melihat dan memerhatikan.

๐Ÿ’กFฤลฃir:32 - Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).

๐Ÿ’กAl-'Anbyฤ':35 - Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud;

๐Ÿ“–Yลซnus:91 - (Allah berfirman): "Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?.

๐Ÿ“–Yลซnus:92 - "Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!".

๐Ÿ“–Yลซnus:93 - Dan sesungguhnya Kami telah menempatkan Bani Israil di negeri yang baik (sesudah Kami binasakan Firaun), dan Kami mengurniakan mereka dengan benda-benda yang baik. Maka mereka tidak berselisihan (mengenai Nabi Muhammad melainkan) setelah datang kepada mereka pengetahuan (dari bukti-bukti yang nyata). Sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat tentang apa yang mereka perselisihan itu.

๐Ÿ“–Yลซnus:94 - Oleh sebab itu, sekiranya engkau (wahai Muhammad) merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turukan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu (kerana mereka mengetahui kebenarannya). Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu.

๐Ÿ“–Yลซnus:95 - Dan jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang mendustakan ayat-ayat Allah, kerana dengan itu engkau akan menjadi dari orang-orang yang rugi.

๐Ÿ“–Yลซnus:96 - Sesungguhnya orang-orang yang telah ditetapkan atas mereka hukuman Tuhanmu (dengan azab), mereka tidak akan beriman:

๐Ÿ“–Yลซnus:97 - Walaupun datang kepada mereka segala jenis keterangan dan tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah dan kebenaran Rasul-rasulNya), sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.

๐Ÿ“–Yลซnus:98 - (Dengan kisah Firaun itu) maka ada baiknya kalau (penduduk) sesebuah negeri beriman (sebelum mereka ditimpa azab), supaya imannya itu mendatangkan manfaat menyelamatkannya. Hanya kaum Nabi Yunus sahaja yang telah berbuat demikian - ketika mereka beriman, Kami elakkan azab sengsara yang membawa kehinaan dalam kehidupan dunia dari menimpa mereka, dan Kami berikan mereka menikmati kesenangan sehingga ke suatu masa (yang Kami tentukan).

๐Ÿ“–Yลซnus:99 - Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?

๐Ÿ“–Yลซnus:100 - Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah (melalui undang-undang dan peraturanNya); dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu memahami (perintah-perintahNya).


๐ŸŽ“ Teknokrat Muslim ๐Ÿ“–

๐Ÿ“š๐Ÿ“š๐Ÿ“š๐Ÿ“š๐Ÿ“š๐Ÿ“š๐Ÿ“š๐Ÿ“š๐Ÿ“š

๐Ÿ“–๐ŸŒ๐Ÿ›ฐ๐Ÿ“–๐ŸŒ๐Ÿ›ฐ๐Ÿ“–๐ŸŒ๐Ÿ›ฐ

JAGA MULUT; JAGA AKHLAK

Tazkirah oleh:
Ustaz Ahmad Dusuki bin Abdul Rani

JAGA MULUT; JAGA AKHLAK
(Di usia tua)

๐Ÿ‘‰๐ŸปYg dikatakan usia tua di dlm Islam dan disebut oleh Rasulullah saw, adalah pada umur 40 hingga 70 tahun.

๐Ÿ‘‰๐ŸปSemakin kita berusia, janganlah kita semakin sayangkan harta. Banyakkan mengira akhirat, dari mengira harta.

๐Ÿ‘‰๐ŸปDlm usia sebegini, kita kena bersedia pada bila-bila masa sahaja akan dijemput oleh Allah utk mengadap-Nya.

๐Ÿ‘‰๐ŸปSemakin kita berusia(semakin kita dekat mengadap-Nya), semoga kita mendpt nikmat keikhlasan dari Allah.

๐Ÿ‘‰๐ŸปBila kita mndpt nikmat keikhlasan, kita akan sentiasa bersangka baik pd Allah.

๐Ÿ‘‰๐ŸปRamai di kalangan manusia yg tidak bersangka baik pd Allah di saat hampir kematian. Mrk mempersoalkan mengapa mrk diberi dgn ujian sakit sedangkan org lain tidak. Mrk masih memikirkan ttg harta yg akan mrk tinggalkan.

๐Ÿ‘‰๐ŸปHiduplah dlm keadaan ikhlas, supaya kita tidak sesat di saat mengadap-Nya nanti.

๐Ÿ‘‰๐ŸปSentiasa bersangka baik pd Allah.

๐Ÿ‘‰๐ŸปSemakin kita berusia, hendaklah kita semakin banyak bersedekah. Lagi tua usia kita, lagi byk memberi/sedekah.  Dari sini, dtgnya keikhlasan. Bukannya semakin tua, semakin penyayang.

๐Ÿ‘‰๐ŸปSemakin kita berusia, jagalah mulut  dan akhlak kita. (Akhlak hendaklah dijaga dari usia muda).

๐Ÿ‘‰๐ŸปJaga mulut dari berkata kasar, mencaci, menghina, mengumpat atau jadi batu api. Jgn berbalah sesama sendiri. Berbuat baik dgn jiran tetangga.

๐Ÿ‘‰๐ŸปYg paling penting sekali, jaga mulut dgn pasangan hidup kita. Jgn perlekeh pasangan hidup kita. Jgn cerita keburukan pasangan(suami/isteri) kita di hadapan anak2.

๐Ÿ‘‰๐ŸปJgn menggelar pasangan kita dgn gelaran yg boleh menyinggung hati mrk. Jgn mencari kesalahan pasangan kita.

๐Ÿ‘‰๐ŸปSemakin berusia, jgn selalu marah2 dan berkelahi dgn pasangan hidup  kita. Contohnya dlm bab berwudhu sekalipun.

๐Ÿ‘‰๐ŸปJgn marah isteri/suami kita apabila mrk tidak sengaja tersentuh dan terbatal wudhu kita. Tidak mengapa, jika kita berwudhu sekali lagi. Yg dah terbatal tadi, Allah tetap beri pahala. Bila kita berwudhu sekali lagi, kita dpt lagi pahala. Jgn rasa penat krn kena ambil wudhu sekali  lagi, tetapi rasakan nikmat berwudhu. Ucap Alhamdulillah, krn ambil wudhu sekali lagi. Berlapang dada. Bersangka baiklah pd Allah.

๐Ÿ‘‰๐ŸปSemakin berusia, jagalah penampilan diri juga. Jaga kebersihan diri dan di sekeliling kita. Walaupun semakin tua, jgn selalu pakai pakaian yg selekeh, spt kain pelikat yg kotor dan lusuh. Semakin kita berusia tua, tetap kena jaga kebersihan/penampilan diri. 
Ini adalah sebahagian dari akhlak yg baik  juga.

๐Ÿ‘‰๐ŸปSemakin berusia, jaga jari jemari dari menulis, mencaci/menghina sesiapa di alam maya.
(Jgn suka mencaci para  alim ulama).

๐Ÿ‘‰๐ŸปApabila semakin kita hampir mengadap-Nya dan bila kita mendpt nikmat keikhlasan, kita akan mendpt nikmat keredhaan dari Allah. Bila  kita tidak berakhlak, kita akan hilang keikhlasan. Bila tiada keikhlasan, kita tidak mampu utk mengucap kelak.

๐Ÿ‘‰๐ŸปDari keikhlasan dlm diri, apabila hampir2 saat kematian kita, kita akan waras, mulut kita akan tidak henti2 menyebut nama ALLAH.

๐Ÿ‘‰๐ŸปDan saat yg paling terindah sekali,  apabila kita dpt mengucap kalimat LAILAHAILLAH di saat mengadap Yg Maha Esa.

Kuliah Maghrib


Kuliah maghrib YBhg. Alfadhil Ust Ab Razak Mahadi. Beliau juga memberikan kuliah beliau di Surau Desa Mewah setiap Ahad (2 minggu sekali) selepas solat maghrib.

Jom ramai2 mengimarahkan surau kita setiap hari dan hadir ke majlis2 ilmu yang telah dijadualkan oleh AJK surau untuk manafaat diri dan semua. Insyallah



Hospital Wakaf Pertama di Malaysia

Hospital wakaf pertama di Malaysia.. rawatan dan ubat percuma diberikan kepada golongan asnaf dan mereka yang tidak berkemampuan termasuk untuk bukan muslim.

Bagi mereka yang berkemampuan atau orang awam, harga yang dikenakan adalah amat berpatutan berbanding dengan hospital swasta yang ada dimalaysia ini.

Konsep hospital wakaf ini telah direalisasikan oleh Dr Mohd Zaqrul Razmal Mohd Podzi, seorang pakar kanak-kanak yang ingin menjadikan hospital ini sebagai  satu  entiti yang berlandaskan  patuh syariah dan  bebas dari konsep riba dan menjadikan mukadimah kepada hospital wakaf yang lain.

Pengalaman selama 15 sebagai seorang doktor yang juga sering turun padang mengikuti misi kemanusiaan dan member pengkhidmatan  secara percuma kepada mereka yang memerlukan , telah menguatkan lagi iltizamnya untuk meneruskan usaha hospital wakaf ini.

Bukan  sesesuatu yang mudah untuk melaksanakan apa yang beliau impikan . Menuntut banyak pengorbanan dan rintangan termasuklah melangkah keluar dari zon selesa beliau selama ini, dimana berkhidmat di hospital swasta lain dengan gaji yang lumayan.

Bermula dari bawah .. beliau “ merangkak “ untuk meraih kepercayaan penderma di luar sana.
Kita semua sedia maklum ..

Tempoh menunggu untuk mendapatkan temujanji bagi pesakit dengan doktor pakar di hospital biasa adalah panjang. Justeru itu ... dengan adanya Hospital Kasih ini, akan memberikan pilihan buat mereka yang tidak berkemampuan tetapi perlukan rawatan pakar dengan kadar segera.

Rawatan dan percuma kepada
1. Golongan Asnaf
2. Mereka yang tidak berkemampuan
3. Pesakit ada kad JKM
4. Pelajar ada ID pelajar (Fisabilillah)
5. Mereka yang datang menyatakan mereka susah (itu urusan mereka dan ALLAH)

Harga rawatan yang dikenakan adalah murah kerana semua  peralatan dating dalam konsep wakaf.

Bagaimana hospital ini menjana pendapatan jika memberikan rawatan dan ubatan percuma? Kos rawatan untuk asnaf akan ditanggung oleh Majlis Agama Islam Wilayah manakala untuk mereka yang kurang berkemampuan pula akan ditanggung oleh tabung wakaf hospital.

Semua doktor pakar yang terlibat sudah bersedia untuk memulakan perkhidmatan di sana. Bagaimana pun ... yang menjadi kekangan hari ini ialah peralatan yang diperlukan masih tidak mencukupi.

Untuk menjamin segalanya berjalan seperti yang diharapkan .. pihak pengurusan sangat memerlukan sokongan semua pihak.

Hospital Kasih selaku agen zakat MAWIP sangat mengalu-alukan zakat, sedekah , wakaf dan juga sumbangan dari masyarakat Malaysia yang penyayang di luar sana.
Bagi yang ingin bersama berkongsi rezeki dan mencari keberkatan ... sumbangan boleh disalurkan ke acc

KASIH SPECIALIST CLINIC & HOSPITAL
KASIH HOLDINGS SDN BHD
26601600017920 - RHB BANK.
( akaun amanah raya no fail kasih LD004913 )

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Encik Omar Zaki +60 16-319 5276, Dr Mohd Zaqrul Razmal +6016-7170477

Minta bantu share

Friday, January 4, 2019

๐Ÿ•Œ Kuliah Magrib๐Ÿ•Œ

ุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ُ 

ุจِุณูۡ€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ูฑู„ู„ู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญูۡ€ู…َู€ٰู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ูŠู….



     ๐Ÿ’– PERINGATAN MESRA utk Ahli Qariah Desa Mewah yg Dirahmati oleh Allah swt ๐Ÿ’–

     ๐Ÿ•Œ Kuliah Magrib๐Ÿ•Œ

๐Ÿ—“ 4 Jan 2019@ Jumaat
⏰ Selepas Solat Magrib
๐Ÿ•Œ Surau Desa Mewah
๐Ÿ‘ณ๐Ÿผ:  Ustaz Azhar Ramli
๐Ÿ“š: Kitab Idaman Penuntut Julid 2 Bab Muamalat(Akad Jual Beli dlm Kehidupan seharian)

✅BERIKN MASA & PELUANG UTK DIRI ANDA HADIR TERUTAMA AHLI WASAP

๐Ÿ‘ณ๐Ÿผ‍♀Azam 1440...Shoat Berjemaah Disurau Desa Mewah...

 ๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿ‘ง‍๐Ÿ‘ง๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿ‘ง‍๐Ÿ‘ง๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿ‘ง‍๐Ÿ‘ง๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿ‘ง‍๐Ÿ‘ง๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿ‘ง‍๐Ÿ‘ง Semua Ahli Qariah di jemput hadir
✅ Jamuan Ringan Disediakn..

❌Jangan Balik Selepas Sholat Magrib...Hadirkn Dri utk Mjlis Ilmu..

❌Jangan Berbual dn Main Wasap...Hormati Majlis Ilmu.

๐Ÿ•Œ Jom Kita Datang Beramai2 ke Taman Syurga Surau Desa Mewah๐Ÿ•Œ

Santapan Rohani

๐Ÿฝ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿฝ
Al-Fatฤฅ:4
- (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana

Kalendar Puasa Wajib dan Sunat 2019


Kuliah Maghrib Surau Desa Mewah Januari 2019