Tuesday, June 12, 2018

SELAMAT IDULFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN



SEDIKIT PANDUAN BUAT AHLI KARIAH YANG AKAN BALIK KE KAMPUNG HALAMAN;

Sebelum balik kampung:

1. Cabut semua 🔌 kat dinding except fridge.
2. Buang sampah.
3. Jgn biar baju tersidai diluar.
4. Double triple check fan & lampu.
5. Kosongkan sink.
6. Bawak toiletteries.
7. Semat butang baju Melayu.
8. Pin brooch dibeg.
9. Sampin
10. Charger phone.
11. Duit & sampul raya.
12. Sebelum keluar baca al Fatihah, ayat Kursi, Bismillahillazi.Berniat ziarah, niat menjadikan perbuatan kita ibadah.
13. Niat Nak buat Jamak Qasar.
14. Jgn kelam kabut n marah2, jgn over happy.
15. Lapang dada & solat/baca doa musafir.
16. Tinggalkan rumah dgn tawakkal Allah menjaganya.
17. Pastikan semua ahli keluarga masuk kereta. Jgn tertinggal isteri/suami.
18. Top up siap2 touch n go, no more tambah nilai lanes.
19. Sentiasa kira cukup bilangan anak, esp di RnR


Majlis Khatam Al-Quran Surau Desa Mewah 2018

Gambar sekitar Majlis Khatam Al-Quran Surau Desa Mewah pada 09 Jun 2018. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.




Ahli kariah yang mengambil bahagian dalam bacaan al-quran sepanjang ramadhan yang mulia ini.

Disamping itu pihak surau juga menyerahkan sedikit sumbangan orang ramai dan pihak surau kepada ahli kariah yang kurang berkemampuan dan bernasib baik seperti anak yatim dan ibu tunggal.




Sedikit cenderahati untuk para imam dan bilal bertugas sepanjang ramadhan ini termasuk solat fardu dan solat terawih juga.






Pihak surau juga menghargai jasa petugas-petugas yang menyelenggara dan persediaan utk berbuka puasa dan moreh serta kebersihan surau sepanjang ramadhan yang mulia ini.



Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam menjayakan persiapan dan segala nya dapat berjalan dengan baik sekali dalam bulan ramadhan kali ini.

Moga Allah merahmati dan memberkati segala usaha tuan puan yang terlibat.

Insyallah kita akan berjumpa lagi di ramadhan akan datang.

Tuesday, June 5, 2018

MALAM LAILATUL QADAR








Pecutan 10 Malam Terakhir Ramadan!

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada Malam Kemuliaan. Dan tahukah Kamu apakah Malam Kemuliaan itu? Malam Kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan" (Quran : Al-Qadr 1-3)



Lailatul Qadar: Anugerah Kualiti Puasa

BAGI umat Islam yang beriman, kedatangan bulan Ramadan amat dinantikan kerana Ramadan menyediakan ganjaran pahala yang besar di mana ia muncul sekali dalam setahun.

Oleh yang demikian, peluang keemasan yang terbuka luas perlu direbut atau diburu kerana riwayat hidup atau jangka hayat kita pada tahun berikutnya tidak pasti sama ada kita berpeluang lagi menghayati dan menikmati rahmat Ramadan yang berkat itu.
Walaupun puasa Ramadan itu sendiri menyediakan pahala yang besar tetapi Allah memperuntukan satu lagi rahmat yang amat hebat di salah satu malam Ramadan iaitu anugerah rahmat Lailatulqadar. Rahmat Lailatulqadar menjanjikan berita baik masa depan riwayat atau jangka hayat seseorang umat Islam yang berpeluang menikmatinya.
Luh Mahfuz dan salasilah Lailatulqadar:
Tidak banyak diketahui tentang Luh Mahfuz. Ulama jarang menghuraikannya kerana barangkali ia adalah urusan alam ghaib atau urusan rahsia Allah. Dalam al-Quran pun, Luh Mahfuz di sebut secara sepintas lalu sahaja tanpa penjelasan lanjut. Sebagai contohnya dalam satu peristiwa yang amat bersejarah ahli tafsir menyatakan Luh Mahfuz disebut berkaitan dengan nuzul al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia) secara sekali gus yang berlaku dalam bulan Ramadan. Allah berfirman (bermaksud) al-Quran itu telah tersimpan di Luh Mahfuz (Al-Buruj: 22). Menurut Ibn Abbas dan A;-Qurtubi dalam tafsirnya menyatakan terdapat kesepakatan ulama bahawa nuzul Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah berlaku secara sekali gus pada malam Lailatulqadar dalam bulan Ramadan. Tempoh lama al-Quran tersimpan di Luh Mahfuz dan berada di Baitul Izzah tidak diketahui kerana ulama tidak memberi huraian lanjut, mungkin hal ini sebagai persoalan ghaib atau rahsia Allah. Dengan demikian malam Lailatul Qadar yang diburu oleh kebanyakan umat Islam yang solih pada sepuluh malam terakhir Ramadan adalah berkaitan Nuzul Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah dan bukannya permulaan nuzul Quran dari Baitul Izzah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril juga berlaku pada 17 Ramadan yang berlaku 13 tahun sebelum Hijrah.
Lailatul Qadar adalah merujuk kepada suatu malam kemuliaan atau malam yang agong yang penuh dengan keberkatan, malam yang lebih baik daripada seribu bulan bahkan kemungkinan malam anugerah rahmat yang paling besar dalam sejarah hidup setiap orang. Persoalan yang timbul ialah apakah perkaitan peristiwa nuzul Quran di Luh Mahfuz itu dengan malam Lailatulqadar. Al-Quran merupakan kitab suci umat islam yang di dalamnya mengandungi panduan syumul kehidupan manusia tentang ilmu politik, ekonomi, sosial, akidah dan sebagainya. ajaran-ajaran rasul dan nabi-nabi yang terdahulu turut diserapkan dalam al-Quran. Dengan kehebatan dan keagongan al-Quran itulah maka Allah mengabadikan nuzul Quran sebagai malam Lailatulqadar yang ditentukan berlaku dalam bulan Ramadan.
Allah berfirman maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatulqadar (Al Qadar:1). Seterusnya dalam ayat yang lain Allah berfirman (maksudnya): Malam Lailatulqadar itu lebih baik dari seribu bulan (Al Qadar: 3). Manakala dalam satu hadis sahih Rasulullah bersabda yang bermaksud: ''Barang siapa yang beribadat pada malam lailatul Qadar kerana didorong keimanan dan keikhlasan, nescaya di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (riwayat: Bukhari, Muzlim, Nasai dan Ahmad).''
Menurut Qurtubi kemuliaan atau anugerah yang dijanjikan dalam rahmat Lailatulqadar ialah pada malam itu Allah menentukan atau mentaqdirkan jangka hayat dan rezeki setiap orang untuk tahun itu sehingga muncul Lailatulqadar pada bulan Ramadan yang akan datang. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan para malaikat turun beramai-ramai secara besar-besaran turun ke dunia untuk turut memuliakan dan meraikan umat Islam yang menerima anugerah rahmat Lailatulqadar itu.
Terdapat pelbagai riwayat mengenai tarikh berlaku anugerah Lailatulqadar. Dalam sebuah hadis sahih Rasulullah bersabda: ''Berjagalah pada malam Lailatulqadar iaitu malam-malam sepuluh terakhir Ramadan (Riwayat: Bukhari, Ahmad, Muslim, Tirmizi dan Aisyah). Berdasarkan hadis ini, maka kebanyakan ulama berpendapat malam Lailatulqadar terjadi pada malam sepuluh hari terakhir Ramadan. Namun demikian terdapat juga ulama berpendapat malam Lailatulqadar berlaku pada salah satu malam bulan Ramadan, dan ada pula menyatakan pada malam 27 Ramadan. Perbezaan pendapat ulama dalam menentukan malam anugerah Lailatulqadar sebenarnya memberi rahmat yang besar kepada umat Islam. Dengan demikian, umat Islam tidak boleh memburu rahmat anugerah lailatul Qadar secara teka teki, serkap jarang atau dengan tangkap muat sahaja dalam usaha mencari untung nasib rahmat Lailatulqadar. Wal hasilnya malam anugerah Lailatulqadar adalah milik orang salih atau ahli-ahli ibadat yang secara maraton dan konsisten melakukan ibadat dan mengabadikan diri kepada Allah pada sepanjang masa.
Dalam ibadat sembahyang, Allah memberi jaminan kepada umat Islam, firmannya (bermaksud) ''Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang yang khusu' dalam sembahyangnya'' (Al Mu'minuum: 1). Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda (bermaksud) ''Ramai orang yang mendirikan sembahyang tetapi hasilnya ialah penat dan lelah sahaja''. (Riwayat: Ibn Majah). Manakala dalam ibadat puasa pula, Rasulullah telah memberi peringatan sabdanya (bermaksud) ''Ramai umat Islam berpuasa tetapi hasilnya ialah lapar dan dahaga sahajalah''. (Riwayat: Ibn Majah dan Nasai). Berdasarkan keterangan ayat al-Quran dan hadis, ternyata suruhan Allah dan gesaan Rasulullah meminta umat Islam melaksanakan ibadat kepada allah hendaklah dibuat secara ikhlas dan penuh keimanan atau dengan kata lain amal ibadat yang mempunyai kualiti tinggi.
Kualiti diertikan sebagai bermutu atau bernilai. Maka dalam kontek ini puasa yang berkualiti adalah merujuk kepada amalan puasa bermutu tinggi yang memenuhi kehendak Allah di manan memberi pulangan pahala yang maksima atau ibadat puasa yang dibuat secara ikhlas dan penuh keimanan. Persoalan yang timbul ialah apakah faktor seseorang itu mempunyai kualiti puasa yang rendah atau dhaif. Keadaan ini berlaku kerana:
* Tidak memahami matlamat beribadat kepada Allah;
* Berpuasa sebagai mengambil kesempatan menjaga kesihatan semata-mata;
* Tidak berpegang teguh dengan disiplin puasa kerana ibadat-ibadat yang lain pun dibuat sebagai melepas batuk di tangga sahaja; dan
* Mempunyai iman yang lemah kerana menganggap diri mereka sebagai orang awam sahaja.
Imam Ghazali pada zamannya telah membuat pemerhatian dan penyelidikan mengkaji tahap atau mertabat puasa yang diamalkan oleh umat Islam. Beliau menyatakan tahap itu terbahagi kepada tiga:
* Puasa umum;
* Puasa khusus; dan
* Puasa istimewa.
Puasa umum adalah merujuk darihal puasa yang dibuat semata-mata menahan makan, minum dan menjauhi perhubungan kelamin pada siang hari. Dengan kata lain, mereka kelihatan berpuasa tetapi tidak memperolehi pahala kerana mereka tidak memelihara adab-adab berpuasa. Apa yang mereka perolehi ialah semata-mata lapar dan dahaga sahaja. Imam Ghazali menamakan puasa umum kerana puasa kelas ini mungkin kebanyakan dilakukan oleh umat Islam yang daif iman. Manakala puasa khusus, adalah merujuk darihal puasa yang bukan sahaja menahan lapar dan hubungan kelamin pada siang hari tetapi mereka juga menjaga adab tertib berpuasa dan menahan seluruh anggota pancaindera daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan atau merosakkan amalan puasa. Puasa khusus adalah amalan puasa orang-orang salih samada mereka itu orang awam atau alim ulama. Secara lebih luas sifat puasa khusus ialah:
* Menahan penglihatan atau mengelakkan pandangan yang boleh mengganggu dan melalaikan hati mengingati Allah dan merosakkan keimanan;
* Mengawal lidah daripada membicarakan perkara-perkara keji dan sia-sia;
* Menjauhkan diri daripada mendengar perkara keji dan sia-sia;
* Menjauhi makanan syubahat dan haram ketika berbuka puasa;
* Mengelakkan banyak makan ketika berbuka supaya rezeki yang diperolehi itu tidak membazir; dan
* Malu kepada Allah kerana bimbangkan amalan puasa yang tidak dapat memenuhi harapan Allah atau tidak diterima Allah.
Puasa yang istimewa pula adalah merujuk darihal puasa yang bukan sahaja menahan lapar, perhubungan kelamin pada siang hari dan segala pancaindera melakukan perkara haram malah mengarahkan hati, fikiran, perasaan dan tingkah laku berpuasa untuk allah semata-mata tanpa sedikit pun memikirkan hal-hal keduniaan. Puasa istimewa ini adalah menjadi amalan para rasul dan nabi-nabi dan merupakan martabat puasa paling tinggi di sisi Allah.
Program bulan Ramadan merupakan agenda tahunan Allah untuk membersihkan jiwa dan melatih umat Islam dengan harapan pengajaran puasa akan menjadi budaya atau cara hidup yang mampu meningkatkan gaya hidup sihat bukan sahaja dalam bulan puasa tetapi juga dalam kehidupan seharian pada sepanjang tahun. Terdapat sebahagian umat Islam yang mengkelaskan mereka sebagai orang awam, maka mereka hanya mampu berpuasa pada martabat puasa umum.
Walaupun sebagai orang awam tidak termasuk dalam golongan ulama, tetapi mereka juga orang Islam yang menjadi kewajipan untuk berusaha menjadi umat islam yang beriman atau salih. Umat Islam tidak boleh terus kekal dalam keadaan yang kotor, daif dan melencung dari fitrah kerana Allah menganggap orang bersifat demikian sebagai seburuk-buruk haiwan (makhluk) yang hidup melata di atas muka bumi. Allah berfirman (bermaksud) ''Sesungguhnya seburuk-buruk haiwan (makhluk) yang hidup melata di sisi Allah ialah orang kafir kerana mereka tidak mahu beriman (al-Anfal: 55).
IBADAT puasa jika diamalkan secara ikhlas dan penuh keimanan secara bersepadu dengan ibadat-ibadat khusus yang lain, maka sudah pasti kedudukan keimanan orang awam akan bertambah baik dan boleh mencapai tahap orang-orang yang salih. Dan inilah matlamat utama ibadat Islam sebagai usaha mengekalkan kesinambungan fitrah akhlak mulia manusia yang pada asalnya suci dan bersih. Kita yakin dan percaya bahawa berdasarkan pemerhatian, terdapat perkaitan yang kuat, mereka yang ikhlas mengamalkan puasa atau tinggi kualitinya serta terus kekal dalam keadaan fitrah maka mereka juga mempunyai kualiti yang tinggi dalam mengerjakan ibadat-ibadat yang lain. Gaya hidup orang salih dalam bulan Ramadan melambangkan atau memberi gambaran bahawa kehidupan mereka di bulan yang lain pun sama juga seperti gaya hidup di bulan Ramadan. Pengajaran yang diperolehi dari pengalaman Ramadan itu, mereka terjemahkan dan menghayatnya dalam kehidupan seharian. Kesungguhan mereka beribadat kepada Allah adalah semata-mata untuk memenuhi seruan Allah. Allah berfirman (maksudnya): ''Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Ku (Azzariyat: 56). Manakala dalam ayat yang lain pula Allah berfirman (bermaksud): ''Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu ikut langkah syaitan.'' (Al-Baqarah: 208).
Isu utama yang dinyatakan dalam ayat-ayat tersebut ialah Allah mencipta manusia untuk menjadi khalifah Allah yang suci jiwanya dengan tujuan memakmurkan dunia mengikut syariat Allah sepenuhnya. Allah tidak mahu hanya dalam bulan Ramadan sahaja kelihatan umat Islam berduyun-duyun mengamalkan puasa dan taat mematuhi perintah allah, tetapi gaya hidup mereka di bulan-bulan yang lain pula, kembali mengikut jejak langkah perangai syaitan. Gaya hidup secara talam dua muka atau dua alam ini amat bercanggah dengan matlamat program Ramadan yang mahu umat Islam kekal dalam keadaan fitrah.
Anugerah Lailatulqadar yang dijanjikan Allah dalam bulan Ramadan merupakan satu peluang keemasan bagi orang salih memburu dan melipat gandakan amalan ibadat puasa walaupun ibadat khusus yang lain telah pun kuat. Dalam sebuah hadis sahih, Rasulullah bersabda: (bermaksud) ''Barang siapa mengerjakan ibadat sembahyang pada malam Lailatulqadar kerana keimanan dan keikhlasan, di ampun baginya dosa-dosa yang telah lalu (Riwayat: Bukhari, Muzlim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Abu Daud). Bagi orang salih, walaupun bilangan rakaat sembahyang Terawih menjadi khilaf ulama, ada yang memilih lapan rakaat atau dua puluh rakaat tetapi mereka berpegang kepada pendapat Khalifah Umar bahawa bilangan rakaat sembahyang sunat Terawih adalah dua puluh rakaat kerana pendapat ini adalah kukuh dan dipegang oleh sebahagian besar ulama. Tambahan pula ia selari dengan semangat Ramadan yang menghendaki amalan puasa dan malam Ramadan perlu dipenuhi dengan beribadat kepada Allah.
Satu lagi amalan orang salih dalam bulan Ramadan ialah memperhebatkan iktikaf di masjid atau di surau-surau yang dibenarkan mendirikan sembahyang fardu Jumaat. Nabi Muhammad sendiri pada sepuluh malam terakhir Ramadan telah melipatgandakan iktikaf dan amalan-amalan sunat yang lain seperti membaca al-Quran, berzikir, tarawih, bertahajud dan sebagainya dalam usaha memburu Anugerah Lailatulqadar, walau pun Rasulullah sendiri adalah istimewa di sisi Allah.
Setiap umat Islam yang berusaha keras mencari dan memburu mendapatkan rahmat Lailatulqadar mempunyai peluang baik memperolehinya. Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: ''Barang siapa menghidupkan Lailatulqadar, lalu mendapatkannya'' Riwayat: Muslim). Dari penjelasan hadis ini menunjukkan anugerah Lailatulqadar bukan untuk orang tertentu tetapi untuk mereka yang mengamalkan ibadat puasa dan malam Ramadan dengan penuh taat seperti membaca al-Quran,, berzikir, berdoa, bersedekah, qiyamullail dan seumpamanya. Terdapat pelbagai pandangan diberi tentang tanda-tanda penemuan malam Lailatulqadar. Ada yang menyatakan matahari yang muncul pada waktu pagi keesokannya seperti suasana bulan purnama penuh, cahaya berseri dan tidak panas. Manakala pada waktu malam Lailatulqadar pula keadaannya suasana malam adalah hening dan tenang.
Kita yakin dan percaya berdasarkan keterangan al-Quran dan hadis bahawa terdapat perkaitan yang kuat anugerah rahmat lailatul Qadar adalah untuk umat Islam yang berjaya membersihkan diri sepenuhnya dimana mereka mempunyai kualiti puasa yang tinggi. Untuk mengekalkan prestasi kualiti puasa yang tinggi selama 29 atau 30 hari bukanlah perkara yang mudah. Bagi orang Islam yang dhaif iman agak sukar untuk mengekalkann prestasi kualiti puasa selama 29 atau 30 hari kerana bukan tabiatnya berbuat demikian. Walhasilnya mereka yang berpeluang besar akan mendapat izin Allah mempereoleh rahmat anugerah Lailatulqadar ialah orang-orang salih yang bukan sahaja cemerlang dalam mengekalkan kualiti puasa tetapi mereka juga hebat dalam melaksanakan ibadat-ibadat yang lain.
Oleh: GHAFANI AWANG TEH

Friday, June 1, 2018

Bulan Ramadhan Menjanjikan Kelebihan dan Keistimewaan

Bulan Ramadhan Menjanjikan Kelebihan dan Keistimewaan

SESUNGGUHNYA Allah SWT  mengkhususkan bulan Ramadan di antara bulan-bulan lainnya dengan keutamaan yang agung dan keistimewaan yang banyak. Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin dalam rancangan Pesona D’Zahra yang bersiaran di IKIMfm pada Isnin minggu lalu jam 10.15 pagi menyarankan agar umat Islam menunaikan ibadah puasa dengan seikhlas yang mungkin  pada bulan Ramadhan.  
Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah segala keistimewaan  berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan juga  di akhirat. Keistimewaan pertama, diturunkannya Al-Qur’an di dalam bulan Ramadhan sebagai petunjuk bagi manusia dari kegelapan menuju cahaya. Dengan Al-Quran ini, Allah memperlihatkan kepada mereka kebenaran (al-haq) dari kebatilan.  
Al-Quran yang di dalamnya terkandung kebaikan dan kebahagiaan kemenangan bagi umat manusia, serta keselamatan di dunia dan di akhirat. Keistimewaan kedua, diwajibkannya berpuasa pada  bulan tersebut kepada umat Muhammad SAW ketika Allah SWT  memerintahkan hal tersebut dalam firman-Nya ” Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu” (Suarh  Al-Baqarah, ayat  185).
Tidak dapat disangkal lagi bahawa bulan Ramadhan mempunyai kemuliaan dan kelebihannya tersendiri.  Pertama, Ramadhan adalah bulan  penghapus dosa Berpuasa pada bulan Ramadhan dapat menghapus dosa-dosa yang pernah kita lakukan sama ada yang disedari atau tidak disedari asalkan dilaksanakan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh berdasarkan iman dan mengharapkan pahala dari Allah SWT.  Sebagaimana    Rasulullah SAW bersabda : ‘’Barang siapa yang berpuasa Ramadahan kerana iman dan mengharapkan pahala  dari Allah SWT, nescaya diampuni dosa-dosanya telah lalu”. (Muttafaqun alaih). 
Kedua, dibukanya pintu-pintu syurga pada  bulan Ramadhan. Hal ini kerana banyaknya amal shalih yang disyariatkan pada  bulan tersebut yang menyebabkan masuknya seseorang ke dalam syurga ditutup pintu-pintu neraka pada  bulan berkenaan .
Misalnya, umat Islam pada bulan yang mulia ini  dituntut untuk mengerjakan Solat Sunat  Tarawih. Ia ditunaikan  selepas umat Islam mengerjakan solat fardhu Isyak dan waktunya berkekalan sehingga akhir malam. Ketiga, bulan Ramadan memiliki banyak keberkatan, keutamaan dan pelbagai keistimewaan yang tidak dimiliki oleh bulan-bulan lainnya. Dalam bulan  Ramadhan, setiap amal kebaikan diberikan ganjaran berlipat ganda.
Ganjaran pahala mereka yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan Ramadhan adalah berlipat ganda. Ibadah fardhu diberi pahala sehingga tujuh puluh kali ganda; manakala ibadah sunat diberi pahala seperti ibadah fardhu. Keempat, syaitan-syaitan dibelenggu pada  bulan Ramadhan. Syaitan tidak mampu untuk menggoda (menyesatkan) manusia, menjerumuskan manusia dalam kemaksiatan sebagaimana yang syaitan lakukan selain dalam bulan Ramadhan.
Kelima, antara kelebihan besar bulan Ramadhan ialah di dalamnya terdapat lalilatul-Qadar atau malam al-Qadar (kemuliaan) yang dinyatakan keistimewaannya secara khusus oleh Allah dalam surah al-Qadr “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar”. (Surah al-Qadr: ayat 1-5)
Ustaz Muhamad Abdullah al Amin merumuskan dengan berkata begitulah antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan. Orang yang tahu menilainya sudah pasti tidak akan mensia-siakan peluang untuk merebut kelebihan-kelebihan tersebut. Bahkan RasulullahSAW sendiri pernah menegaskan; “Sekiranya manusia benar-benar menyedari kebaikan-kebaikan yang ada pada bulan Ramadhan ini, pastinya mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadhan”.


Talaqi Al-Quran

Sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak surau juga mengadakan pengajian al-quran yang ajarkan oleh Ustaz Arif. Ahli kariah yang berkesempatan boleh mengambil peluang untuk membaiki bacaan al-quran dengan beliau secara percuma sahaja sepanjang bulan ini.

Pengajian ini dijalankan setiap hari terutamanya selepas solat subuh di surau kita..insyallah.


Zakat Fitrah (Guna Beras)

Assalamualaikum ahli Kariah Desa Mewah,

Sepertimana yang telah diwar-warkan pada awal ramadhan sebelum ini, sesiapa yang menunaikan zakat fitrah di Surau Desa Mewah boleh berbuat demikian kepada Imam Solat Terawikh kita iaitu Ustaz Arif.


Penerimaan zakat ini akan berlangsung sehingga 27 ramadhan. Insyallah.