Monday, March 19, 2018

WAKTU FISIOLOGI BADAN BERFUNGSI


πŸ•”5 - 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk buang air besar dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.

πŸ•–7 - 9 pagi
Wajibkan diri utk bersarapan . Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang2 orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!

πŸ•˜9 - 11 pagi
Organ limpa bekerja.
Elakkan makan dalam waktu ini.

πŸ•š11 - 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika . Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.

πŸ•1 - 3 petang
Usus kecil bekerja. Sebaiknya buang air besar kali kedua dalam waktu ini.

πŸ•’3 - 5 petang
Pundi kencing bekerja. Sebaiknya buang air kecil dalam waktu ini.

πŸ•”5 - 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air dalam waktu ini.

πŸ•–7 - 9 malam
Perikardium bekerja. Elakkan makan makanan yang berat pada waktu ini.

πŸ•˜9 - 11 malam
Waktu terbaik utk berehat dan tidur .

πŸ•š11 - 1 pagi
Hempedu bekerja. Elakkan makan , berat badan akan naik mendadak.

πŸ•1 - 3 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. Elakkan berjaga . Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.

πŸ•’3 - 5 pagi
Peparu bekerja.
Bagi pesakit asma, elok amalkan bangun pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.

Salam sihat utk semua��
Moga bermanfaat...

πŸ’• 58 hari menuju πŸ‘‰ RAMADHAN 1439H

078 of 365 πŸ—“ ISNIN πŸ’• 01 REJAB  1439H 19 Mac 2018



Bismillahir Rahmanir Rahiim...

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„Ω‰ ΨΉΩ„Ω‰ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ― ΩˆΨΉΩ„Ω‰ Ψ’Ω„Ω‡ ΩˆΨ§Ψ΅Ψ­Ψ§Ψ¨Ω‡ ΩˆΨ³Ω„Ω…

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

Perbaikilah HATI. Hati yang baik adalah harapan untuk ke syurga.

Menghayati keistimewaan BULAN REJAB

Dengan izin Allah SWT, kita sudahpun berada di bulan Rejab dalam tahun Hijrah 1439 ini.

Bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam ini adalah merupakan Syahrullah (Bulan Allah), bulan yang sangat dimuliakan dan amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang mencari kebajikan.

Rejab merupakan pintu gerbang kepada bulan-bulan mulia yang bakal menyusul, iaitu Bulan Syaaban, Ramadan dan juga Syawal.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.”

(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Sesungguhnya dalam bulan ini Allah menganugerahkan rahmat dan keberkatan yang amat banyak kepada hamba-hambaNya.

Sesiapa memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan mereka dengan seribu kemuliaan.

Gandingan 3 bulan (Rejab, Sya’aban dan Ramadhan) merupakan satu tempoh yang amat berkat. Setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri.

Kemuliaan Rejab kerana Israk Mikrajnya, Sya’aban dengan malam Nisfu Sya’aban dan Ramadhan dimuliakan dengan Lalilatul Qadr.

Di antara rahmat Allah yang terbesar dikurniakan kepada hambaNya ialah dengan melipatgandakan pahala setiap amalan yang dilakukan dalam bulan ini.

Di antara amalan pada waktu siang ialah puasa, solat sunat, tasbih, selawat, membaca al-Quran, istighfar, sedekah dan seumpamanya.

Manakala waktu malam diisi dengan solat tahajud, solat sunat tasbih, zikir, tasbih, selawat, baca al-Quran dan istighfar.

Sepanjang Rejab, Allah melipatgandakan pahala dan keampunan serta mengangkat darjat di dalam syurga.

Allah melimpahkan keampunan dan rahmat yang tidak diberi pada bulan-bulan lain.

Amalan sedekah juga dibalas dengan ganjaran yang besar.

Wahai JIWA2 yang TENANG... 😞

SENYUM....πŸ’•πŸ’•πŸ’• πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

•══◎◎♡◎◎══•

 Ψ±َΨ¨ِّ Ψ§ΨΊْفِΨ±ْ Ω„ِيْ وَΩ„ِوَΨ§Ω„ِΨ―َيَّ وَΨ§Ψ±ْΨ­َΩ…ْΩ‡ُΩ…َΨ§ ΩƒَΩ…َΨ§ Ψ±َΨ¨َّيَΨ§Ω†ِيْ Ψ΅َΨΊِيْΨ±ًΨ§

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

•══◎◎♡◎◎══•

#AllahummaSolliAlaSayyidinaMuhammad
#MuhasabahDiri

πŸŽ‹Ψ³Ψ¨Ψ­Ψ§Ω† Ψ§Ω„Ω„Ω‡ πŸŒ»Ψ§Ω„Ψ­Ω…Ψ― Ω„Ω„Ω‡πŸŒΊΩ„Ψ§ Ψ§Ω„Ω‡ Ψ₯Ω„Ψ§ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ πŸŒΌΨ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ§ΩƒΨ¨Ψ±πŸŽ‹

@quotephotovideo πŸ’›πŸ’›πŸ’›
25K554

35 Adab Bergaul Dengan Ibubapa

Terjemahan dari  bahasa Arab oleh pelajar alimah Madrasah An-Nuur, Kesang Laut, Tangkak Johor. (madrasahannuur.com)

1. Tutup hand phone ketika kehadiran mereka
2. Senyap untuk mendengar cerita mereka
3. Terima pendapat mereka
4. Memberi tindak balas terhadap cerita mereka
5. Bersemuka dengan mereka dalam keadaan merendah diri
6. Selalu memuji mereka
7. Kongsikan kepada mereka cerita yang menggembirakan
8. Tidak menyampaikan kepada mereka cerita yang buruk
9. Memuji kawan-kawan mereka Dan orang yang mereka sayang
10. Ingat jasa mereka
11. Merasa teruja terhadap cerita mereka walau sudah berulang-ulang kali
12. Tidak menyebut perkara yang menyakitkan yang telah berlalu
13. Elakkan perbualan yang berlebihan
14. Duduk sopan bersama mereka
15. Tidak meremehkan pendapat mereka
16. Tidak memotong percakapan mereka dan tidak meninggalkan mereka ketika mereka bercerita
17. Menghormati umur mereka Dan tidak membebankan mereka dengan cucu-cucu
18. Tidak menghukum anak (cucu mereka) di hadapan mereka
19. Terima sepenuhnya nasihat dan pendapat mereka
20. Memuliakan kehadiran mereka
21. Tidak meninggikan suara terhadap mereka
22. Tidak berjalan di hadapan mereka
23. Tidak makan sebelum mereka makan
24. Tidak merenung mereka (seolah2 ada yg pelik)
25. Berbangga dengan mereka walau pun mereka tidak layak untuk itu (untuk perkara yang di banggakan itu)
26. Tidak melunjurkan kaki di hadapan mereka Dan jgn memberi mereka sesuatu dari arah belakang
27. Tidak mencaci terhadap kemarahan mereka
28. Mendoakan untuk mereka setiap waktu
29. Tidak menzahirkan kepenatan Dan keletihan di hadapan mereka
30. Tidak mengetawakan atas kesalahan mereka
31. Menolong mereka sebelum mereka meminta
32. Selalu menziarahi mereka dan tidak membuat mereka marah
33. Memilih perkataan yang baik ketika bersembang dengan mereka
34. Panggil mereka dengan gelaran yang mereka suka
35. Dahulukan mereka dari semua perkara dan orang lain.

Mereka berdua adalah harta di bawah bumi, di takuti mereka akan di kebumikan di bawah tanah. Dan saya mengesyorkan untuk membacanya dengan teliti.. dan muhasabah terhadap diri sendiri berurusan dengan ibu bapa..
Wallahu 'alam

Jadual Pengajian Mac 2018


Friday, March 2, 2018

Ini Kelebihan Hari Jumaat Yang Semua Orang Perlu Tahu


Trending


Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari jumaat inilah hari yang terkumpul......
ini kelebihan hari jumaat yang semua orang perlu tahu
Sumber:  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari jumaat inilah hari yang terkumpul di dalamnya sekian banyak fadhilat dan kelebihan seperti yang dinukilkan dalam dalil al-Quran dan al-Sunnah. Alangkah bagusnya bila kaum muslimin merebut peluang ini untuk meningkatkan kualiti amalan mereka menurut petunjuk Nabi Muhammad shallallahu’alaihi wasallam. Antara kelebihan-kelebihan hari Jumaat adalah:
 
Penghulu segala hari
Hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Hari Jumaat juga dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.W.T. 

Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Keistimewaan Hari Jumaat
Hari Jumaat dikatakan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
 
1)  Allah ciptakan Adam ,
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3)  Allah mematikan Nabi Adam,
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut. (Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
 “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Disamping itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda:
 “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Setelah imam naik ke mimbar, malaikat akan menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat. 
 
Malaikat Turun ke Bumi
Hari Jumaat juga Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan moga kita dapat sama-sama beramal kearah kebaikan.

Perintah taat dan hormat kepada ibubapa.

Adakah kita termasuk golongan yang taat, menghormati ibu bapa dan menghargai pengorbanan dan kesusahan  mereka. Ibu lah yang bersengkang mata menjaga si anak semasa anak sakit demam, semasa si anak merengek-rengek kelaparan. Betapa besar pula jasa seorang ayah ketika si anak inginkan sesuatu dan walaupun si ayah kepenatan membanting tulang untuk menyara hidup, masih sempat beliau meluangkan masa untuk bermain-main menghibur si anak. Islam menuntut agar anak-anak menghormati ibubapa dan menghargai sungguh-sungguh perngorbanan dan jasa mereka membesarkan dan mendidik kita. Perintah ini banyak dimuatkan dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini amat penting.



Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). ” (Luqman, 31: 14)







Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".
 (al-Ahqaf, 46: 15)


Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
 (al-Isra', 17: 23 & 24)

Menghormati dan taat kepada ibu bapa akan mewujudkan suasana yang harmoni, damai dan tenang dalam keluarga. Hadith Rasulullah S.A.W di bawah wajar diperhati sebagai peringatan kepada kita dalam menjaga adab dengan ibu bapa.


“Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami.” (Hadis riwayat Tabrani).

Rasulullah S.A.W tidak mengiktiraf mereka yang tidak menghormati ibu bapa mereka termasuk dalam golongan muslim. Dalam hadis yang lain, perbuatan derhaka kepada kepada ibu bapa merupakan maksiat yang akan di balas dengan segera di dunia ini.

“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Akhir kalam, marilah sama-sama berdoa untuk kedua ibubapa kita dengan doa di bawah. Semoga kita beroleh kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Wallahu a'lam.



CABARAN DAKWAH KHULAFA AR-RASYIDIN : ABU BAKAR AS SIDDIQ

Tazkirah Jiwa Siri 475

CABARAN DAKWAH KHULAFA AR-RASYIDIN : ABU BAKAR AS SIDDIQ (Siri 14)

NABI PALSU DIPERANGI

Seorang wanita bernama Sajah binti Harits bin Suwaid bin Aqfan al-Taghlabiyah telah mengaku menjadi seorang nabi. Sajah yang berasal dari kalangan Nasrani ini menguasai Bani Taghlab dan sebahagian kelompok Bani Tamim. Tidak semua dari kelompok Bani Tamim mengikut Sajah namun ada pemimpin Bani Tamim yang menyertainya iaitu Malik bin Nuwairah. Wanita ini dan pengikutnya mempunyai cita-cita untuk menyerang Khalifah Abu Bakar.

Pada masa yang sama Sajah bersama pasukan tenteranya menuju ke Yamamah untuk menyerang seorang lagi nabi palsu iaitu Musailamah al-Kadzdzab untuk menguasai wilayahnya. Para tentera Sajah pada awalnya agak gentar untuk menghadapi Musailamah di Yamamah kerana pasukan tentera beliau juga agak kuat. Namun Sajah berjaya mempengaruhi para tenteranya bahawa mereka boleh menang dalam pertempuran ini.

Musailamah telah mendapat berita tentang pasukan tentera Sajah yang sedang menuju ke Yamamah. Beliau juga merasa gentar apabila mengetahui pasukan tentera Sajah datang dalam jumlah yang ramai. Sedangkan Musailamah pula tengah sibuk bersiap sedia untuk menghadapi tentera muslimin yang dipimpin oleh Tsumamah bin Atsan dengan dibantu oleh Ikrimah bin Abu Jahal yang dalam perjalanan menyerangnya. Akhirnya Musailamah membuat tawaran damai dengan Sajah dan menawarkan sebahagian dari wilayah Yamamah diberikan kepadanya sekiranya beliau mahu berdamai. Telah berlaku pertemuan Sajah dan Musailamah dan  tawaran ini dipersetujui oleh Sajah dengan senang hati.

Para ahli sirah mengatakan akhirnya Sajah berkahwin dengan Musailamah. Perkahwinan mereka dengan mas kahwin oleh Musailamah adalah membatalkan syariat solat subuh dan asar. Ini perbuatan paling keji dilakukan oleh Musailamah apabila mempermainkan syariat Allah SWT.

Ketika tentera muslimin hampir tiba untuk menyerang Yamamah, Sajah telah meninggalkan wilayahnya dengan beberapa pengawalnya dan pulang ke penempatannya semula. Pasukan tentera Sajah ditinggalkan di Yamamah bagi membantu Musailamah menghadapi tentera muslimin.

Tidak lama selepas itu Ikrimah dan pasukannya tiba dan berlaku peperangan yang sengit dengan pasukan tentera Musailamah. Kekuatan dan jumlah tentera yang ramai  dari kalangan pasukan Musailamah menyebabkan tentera muslimin terpaksa berundur. Ikrimah tidak boleh lagi mara untuk menghadapinya. Berita ini disampaikan kepada Khalifah Abu Bakar. Arahan diberikan agar pasukan tentera Ikrimah tidak kembali ke Madinah selagi tidak berjaya dalam peperangan ini.

Khalifah Abu Bakar telah mengarahkan Khalid bin al-Walid setelah selesai menghadapi peperangan dengan Malik bin Nuwairah untuk menuju ke Yamamah bergabung dengan pasukan Ikrimah bagi menghadapi Musailamah. Ikrimah diperintahkan agar menanti kedatangan Khalid bin al-Walid bagi sama-sama menyusun strategi bagi menyerang pasukan nabi palsu ini.

Akhirnya kemenangan berpihak kepada tentera muslimin walaupun jumlah yang syahid dari kalangan tentera muslimin agak besar iaitu 1200 orang manakala di pihak musuh lagi besar iaitu 21,000 orang bermula dari awal peperangan.

Musailamah telah berjaya dibunuh oleh dua orang pahlawan Islam iaitu Wahsyi bin Harb dan Abdullah bin Zaid. Manakala menurut Ibnu Hisyam pula Sajah kembali semula kepada Islam pada zaman Khalifah Muawiyah.

Peperangan ini telah banyak mengorbankan para Sahabat yang agung dan para penghafaz al-Quran. Kerisauan inilah yang akhirnya mengilhamkan kepada Umar al-Khattab ketika beliau menjawat jawatan Khalifah menganjurkan penulisan al-Quran.

Bersambung esok. Insya Allah.

Ust. Sabir
2hb. Mac 2018
13 Jamadil Akhir 1439H

Salam Jumaat