Tuesday, February 27, 2018

CABARAN DAKWAH KHULAFA AR-RASYIDIN : ABU BAKAR AS SIDDIQ (Siri 11)

Tazkirah Jiwa Siri 472

CABARAN DAKWAH KHULAFA AR-RASYIDIN : ABU BAKAR AS SIDDIQ (Siri 11)

PASUKAN KHALID AL-WALID MEMERANGI GOLONGAN MURTAD

Khalifah Abu Bakar memberi arahan kepada Khalid al-Walid untuk memerangi golongan murtad. Golongan ini adalah dari Bani Asad yang bergabung dengan Bani Ghatafan serta diketuai oleh Thulaihah bin Khuwailid yang mengaku menjadi nabi di daerah Buzakhah berhampiran Madinah. Namun dalam melaksanakan misi ini Khalid al-Walid juga diberi tugas untuk memerangi golongan Bani Ta’i yang juga telah murtad. Bani Ta’i tinggal berdekatan dengan timur laut kota Khaibar.

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w Bani Ta’i telah murtad dan sebahagian dari mereka telah bergabung dengan Thulaihah bin Khuwailid di Buzakhah. Manakala sebahagian lagi yang murtad tetap tinggal di penempatan mereka di timur laut Khaibar. Walau bagaimana pun masih terdapat sebahagian kecil yang masih tetap keimanannya dengan Islam.

Misi Khalid bin al-Walid sebelum menyerang Buzakhah adalah menuju ke penempatan Bani Ta’i. Bersama Khalid bin al-Walid adalah Adi bin Hatim at-Ta’i iaitu Sahabat dari keturunan Bani Ta’i yang ditugaskan untuk mengajak kaumnya kembali kepada Islam dan mentaati Khalifah. Adi bin Hatim telah diberikan arahan oleh Khalifah Abu Bakar dengan katanya,

“Temui kaummu sebelum mereka bergabung dengan Thulaihah, sekiranya mereka bergabung mereka akan hancur.”

Adi bin Hatim segera berjumpa kaumnya dan memberi nasihat dan peringatan kepada mereka agar berbaiah kepada Khalifah Abu Bakar namun kaumnya enggan. Lalu berkata Adi bin Hatim,

“Demi Allah, pasukan tentera akan menyerbu kamu semua. Mereka tidak akan berhenti menyerang sehingga kamu mengetahui bahawa merekalah lelaki yang paling gagah.”

Kata-kata Adi bin Hatim berjaya melembutkan jiwa Bani Ta’i sehingga akhirnya mereka datang menghadap Khalid bin al-Walid dan menyatakan taubat serta kembali kepada Islam dan berbaiah mentaati Khalifah Abu Bakar. Bahkan mereka yang berjumlah 500 orang telah bergabung dengan pasukan tentera Khalid bin al-Walid meneruskan misi ke penempatan Bani Jadilah yang juga telah murtad.

Sekali lagi Adi bin Hatim meminta izin kepada Khalid al-Walid memberi peluang kepadanya untuk mengajak Bani Jadilah kembali kepada Islam dan mentaati Khalifah Abu Bakar sebagai pemimpin. Bani Ta’i mempunyai hubungan yang rapat dengan Bani Jadilah, telah berkata Adi bin Hatim kepada Khalid bin al-Walid,

“Bani Ta’i seperti burung dan Bani Jadilah laksana sayap kepada Bani Ta’i. Berilah kepadaku tempoh beberapa hari sekiranya Allah masih mahu memberi pertolongan kepada Bani Jadilah.”

Pujukan dan nasihat Adi bin Hatim sekali lagi berjaya dan Bani Jadilah kembali bertaubat dan berbaiah mentaati Khalifah Abu Bakar. Mereka datang menemui Khalid bin al-Walid dengan jumlah 1000 orang tentera lalu bergabung dengan tentera yang dipimpin oleh Khalid bin al-Walid untuk menyerang Barzakhah yang diketuai oleh Thulaihah bin Khuwailid. Jasa Adi bin Hatim amat besar kerana berjaya mengembalikan mereka kepada Islam serta mengelakkan berlakunya pertumpahan darah. 

Islam datang dengan strategi dan kasih sayang untuk mengajak manusia kembali taat bukannya untuk terus menghukum. Walaupun jelas hukuman kepada golongan murtad namun kasih sayang mampu melembutkan hati manusia yang terpedaya dengan syaitan. Perjuangan kepada kebenaran datangnya dengan penuh kasih dan sayang mengajak manusia mengenal Allah dan mentaati-Nya agar terselamat dari sambaran api neraka.

Misi seterusnya adalah peperangan dengan Thulaihah bin Khuwalid, apakah yang terjadi kepada nabi palsu ini? 

Bersambung esok. Insya Allah.

Ust. Sabir
27hb. Feb. 2018
11 Jamadil Akhir 1439H.

Friday, February 23, 2018

PROGRAM USTAZ ANGKAT

بِسۡـــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــيم.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

PROGRAM USTAZ ANGKAT

Ahli Qariah yg disayangi oleh Allah swt..💖💖💖

Pihak Surau Desa Mewah melancarkan Program Ustaz Angkat iaitu seorang ahli qariah menaja@menyumbang RM 100 / kuliah bagi seorang ustaz yg memberi kuliah magrib setiap malam di Surau Desa Mewah. Sumbangan ini adalah saguhati kpd ustaz yang memberi kuliah magrib.

Berikut senarai Ustaz2 yg memberi kuliah magrib di Surau Desa Mewah sebagaimana di jadual kuliah bulanan:

1.Ustaz Yusri (2 Kuliah): Rm100 (1 kuliah)- Hamba Allah.✅.
Rm 100 (1 kuliah):
2.Ustaz Haji Abd Razak (Rm200, 2 kuliah): Hamba Allah ✅
3.Ustaz Salihuddin, Rm100.00 (1 kuliah)✅ Hamba Allah
4.Ustaz Muhamar Gadafi (Rm100×1kuliah)✅
5.Ustaz Zaizakarani (Rm200.00, 2 kuliah)
6.Ustaz Shahir (Rm300,3 kuliah)
7.Ustaz Ahmad Hafiz, (Rm200.00, 2 kuliah)
8.Ustaz Dr Hafiz  (Rm100 : 1 Kuliah)Hamba Allah ✅
(RM100: 1Kuliah):
9.Ustaz Zul Fazlan (Rm100: 1 kuliah)
11.Ustaz Amzan (Rm200, 2 kuliah)✅Hamba Allah.
12.Ustaz Nor Zaimi (Rm100, 1 kuliah)✅ Hamba Allah..
13.Ustaz Akhbar (Rm400, 2 kuliah)✅Pelajar Muslimat.


Ahli Qariah boleh  memilih untuk menyumbang Rm100 utk setiap Kuliah seorang Ustaz @ menyumbang sepenuhnya kuliah Ustaz tersebut.Program Ustaz Angkat ini blh di kongsi Sedekah Saguhati itu samada.... Ber2@Ber3@Ber4

Semoga  Sedekah/Sumbangan Ahli Qariah ini dirahmati Allah Swt untuk bekalan kita di akhirat nnti.

 In shaa Allah.


Ahli Qariah yg berhajat boleh hubungi/pm:-
1. Encik Osman.0192654789
2. Puan Salmah 012-3722372.

Friday, February 9, 2018

*Kepada sahabat2 yg sudah mencapai umur 40an, 50an, 60+ *



Ini ada beberapa 
nasihat yg baik yang boleh dipraktikkan.
Lakukannya demi kehidupan yang lebih bahagia.

Nasihat pertama

Cubalah berurut urat saraf 7 kali setahun untuk lancar perjlnan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.

Nasihat kedua

Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.

Nasihat ketiga

Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.

Nasihat keempat

Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.

Nasihat kelima

Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh temeh.

Nasihat keenam

Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.

Nasihat ketujuh

Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.

Nasihat kelapan

Banyakkan gurau senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.

Nasihat kesembilan

Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.

Nasihat kesepuluh

Bersedekah,berzakat  dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke jalan fisabillilah semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak.In syaa Allah..

Nasihat kesebelas

Makanlah makanan sunnah .Dengan usia dalam lingkungan  ini macam2 penyakit mengejut boleh datang.Ingatlah orang yang tersayang..Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua..

Semoga beroleh manfaat

Senafas Ke Barzakh : https://goo.gl/N91mmH

Salam Jumaat Semua


                                       
Doa Hari Jumaat. .
             
  بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ   
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya الله, 👏 janganlah Engkau sibukkan diri kami dan  lalaikan kami dengan dunia dan segala isinya sehinggakan kami melupakan dosa dan kesalahan kami kepada Mu Ya الله.

Ya الله, 👏berikan kepada kami jalan petunjuk kebenaran mudah-mudahan kami menjadi hambaMu yang  beriman dan bertaqwa.

Ya الله, 👏terima kasih di atas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami hari ini.

Ya الله, 👏jadikanlah hari ini penuh semangat, dimudahkan rezeki, kesihatan yang baik, mendapat ilmu yang bermanafaat dan terlepas dari segala kesulitan.

Ya الله, 👏ampunkanlah dosa dosa kami, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah.

Ya الله, 👏kami memohon ke pada Mu kebaikan, kemenangan, pertolongan, cahaya, keberkatan dan petunjuk hari ini dan selama-lamanya.

Ya الله, 👏permudahkanlah segala urusan kami, murahkan rezeki kami dan kurniakanlah kami keluarga yang bahagia.

Ya الله, 👏tanamkanlah perasaan kasih sayang kami kepada sahabat kami dan tanamkan perasaan kasih sayang mereka kepada kami dan semoga hubungan saliturrahim antara kami senentiasa teguh.

Ya الله, 👏kami berdoa Ya Allah muliakanlah diri kami, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami  dan luaskanlah rezeki kami dan moga segala urusan kami dipermudahkan.

Ya الله, 👏kabulkanlah cita-cita kami, jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan jauhkan kami dari segala Musibah

Ya الله, 👏terimalah semua amal ibadah kami dan mudah²an ia dapat menerangi kubur kami.

Ya الله, 👏perbanyakkanlah sedekah kami, solat kami,  semoga kami bebas dari seksa kubur.

Ya الله, 👏tutuplah aib kami dan tenteramkanlah kami dari rasa takut.

Ya الله, 👏peliharalah kami dan kami berlindung dengan kebesaran Mu agar kami tidak disiksa dipadang mashyar.

Ya الله,  👏sesungguhnya Engkalulah yang  menetapkan rezeki kami,  Engkau lapangkanlah kami. Ya Allah, 👏 janganlah kami tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Ya Allah, Ya Rahman, 👏berilah kami ketakwaan dalam mencari rezeki.

Ya الله, Ya Rahman, 👏tunjukkan kepada kami perkara yg benar itu adalah benar dan rezkikan kepada kami utk kami melakukannya dan Ya الله, Ya Azizz..👏 Tunjukkan kepada kami perkara yang Bathil  itu adalah Bathil, dan rezkikan kepada kami agar kami  tidak melakukannya..

اَللّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَاكَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا.
“Alloohummaghfirlii waliwaalidayya war hamhumaa kama rabbayaanii shagiiraa”.

Artinya :  “Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan Ibu Bapa kami, sayangilah mereka seperti mereka telah menyayangi kami di waktu kecil dahulu” 
dan َYa الله, 👏kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya الله,  Ya Ghaffar 👏 ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada, samada yg masih ada hidup atau telah meninggal dunia. 

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untuk Mu Ya الله,                                                 
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً و َقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ 👏👏

Wednesday, February 7, 2018

IRSYAD AL-FATWA KE-181: HUKUM MEMBACA TAÁWWUDZ SEBELUM MEMBACA AL-FATIHAH

Soalan:
Mohon Mufti jelaskan apakah hukum membaza taáwwudz atau istiázah sebelum membaca surah Al-Fatihah ?
Jawapan:
Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami tuturkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat, ahli keluarga baginda, serta golongan yang mengikuti baginda sehingga hari kiamat.
Sebelum kami menjelaskan berkenaan hukum membaca taáwwudz sebelum bacaan Al-Fatihah, suka untuk kami menyebutkan terlebih dahulu berkenaan definisi kalimah taáwwudz atau istiázah.
Ta’awwudz atau istiázah membawa maksud: Meminta perlindungan ataupun pemeliharaan. Maka seseorang yang mengucapkan kalimah ini, dia sedang meminta perlindungan kepada Allah S.W.T agar Allah S.W.T menjaga dan memeliharanya dari sebarang gangguan dan godaan daripada syaitan yang direjam.
Kata Imam Al-Hafiz Ibn Kathir Rahimahullah: Isti’azah adalah meminta pertolongan iaitu aku memohon perlindungan kepada Allah tanpa selainnya daripada makhluk ciptaan-Nya daripada syaitan itu memudharatkan diriku pada agamaku atau ia memalingkan aku daripada kebenaran. Rujuk Tafsir Al-Quran Al-Azhim, Ibn Kathir (1/16).
Sighah Istiázah Atau Al-Ta’awwudz
Berikut adalah beberapa sighah atau bentuk ucapan istiazah yang boleh untuk dilakukan:
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Maksudnya: Aku memohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
Riwayat Al-Bukhari (1319)
Di antara lain adalah:
أَعُوذُ بِالسَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Maksudnya: Aku memohon perlindungan dengan Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam.
Lafaz istiazah ini terdapat dalam sebuah riwayat daripada Ummu Al-Mu’minin Aísyah R.anha sebagaimana yang direkodkan oleh Imam Abu Daud dalam sunannya dalam hadis bernombor (785).
Begitu juga sebuah riwayat daripada Saidina Abdullah Ibn Masúd R.anh bahawa Nabi S.A.W bersabda:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ وَهَمْزِهِ وَنَفْخِهِ وَنَفْثِهِ
Maksudnya: Ya Allah sesungguhnya aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada syaitan yang direjam serta permusuhan yang disebabkan darinya, takburnya ia, serta syair yang tercela.
Riwayat Al-Hakim (1/460)

Hukum Membaca Istiázah Sebelum Bacaan Al-Fatihah
Dalam isu ini, para fuqaha menjelaskan bahawa perbuatan membaca taáwwudz sebelum membaca surah Al-Fatihah adalah suatu yang tsabit daripada perbuatan Nabi S.A.W. Namun, mereka terbahagi kepada dua pendapat berkenaan hukum permasalahan ini. Kami bentangkan pendapat mereka tersebut seperti berikut:
Pertama: Hukum Membaca Taáwwudz Sebelum Bacaan Al-Fatihah Adalah Wajib
Ini adalah merupakan pendapat beberapa tokoh ulama dari kalangan pembesar tabiin seperti Imam ‘Atha’ bin Abi Rabah, Sufyan Al-Thauri, serta Imam Al-Auzai’e. Inilah juga pendapat yang dipilih oleh Imam Ibn Hazm Al-Andalusi. Rujuk Al-Muhalla Bil Athar, Ibn Hazm (3/247-248).
Golongan yang berpegang dengan pendapat ini berhujahkan dengan firman Allah S.W.T:
فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ 
Maksudnya: Maka apabila kamu ingin mulakan pembacaan al-Quran maka mohonlah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
Surah Al-Nahl (98)
Maka mereka berpendapat, perintah yang terdapat di dalam ayat ini menunjukkan kepada hukum wajib. Ini berdasarkan sebuah kaedah usul yang mengatakan: Kata perintah membawa erti wajib selama mana tidak ada qarinah yang mengalihkannya kepada hukum selainnya.

Kedua: Membaca Istiázah Sebelum Membaca Al-Fatihah Adalah Sunat
Ini adalah pendapat majoriti para fuqaha mazhab Imam Abu Hanifah, Imam Al-Syafie, dan juga Imam Ahmad.
Imam Al-Syafie Rahimahullah menyebut: Sekiranya seseorang itu meninggalkan (pembacaan istiázah) sama ada disebabkan lupa, jahil, atau dengan sengaja  maka dia tidak perlu mengulanginya atau melakukan sujud sahwi. Dan aku tidak suka seseorang meninggalkan (membacanya) dengan sengaja. Dan aku suka apabila dia meninggalkannya pada rakaat yang pertama, maka dia membacanya pada rakaat selainnya. Sesungguhnya yang menghalang aku untuk memerintahkan seseorang itu mengulangi pembacaan istiazah adalah kerana Nabi S.A.W  mengajarkan seorang lelaki itu apa-apa yang mencukupi buatnya di dalam solat. Dan tidak diriwayatkan bahawa baginda memerintahkan lelaki tersebut membaca ta’awwudz atau iftitah. Ini menunjukkan bahawa bacaan ta’awwudz itu adalah perbuatan yang akan merosakkan solat sekiranya ia ditinggalkan. Rujuk Al-Umm, Al-Syafie (1/208).
Kata Imam Al-Nawawi Rahimahullah: Sesungguhnya ta’wwudz adalah mustahab (sunat) dan ia bukanlah suatu yang wajib. Ia adalah mustahab bagi sesiapa sahaja yang membaca al-Quran sama ada dia berada di dalam solat atau selainnya. Hukum membacanya dalam setiap rakaat solat adalah mustahab menurut pendapat yang sahih di sisi ashab kami (Al-Syafieyyah).
Manakala pendapat yang kedua pula menyatakan ia hanya mustahab pada rakaat yang pertama. Sekiranya seseorang itu meninggalkan membacanya pada rakaat yang pertama, maka dia membaca ta’wwudz pada rakaat kedua. Lihat Al-Tibyaan Fi Adaab Hamalah Al-Quran, Al-Nawawi (Hlm. 84).
Di dalam kitabnya Minhaj al-Thalibin pula, beliau berkata: Disunatkan setelah daripada takbiratul ihram untuk seseorang itu membaca doa iftitah, kemudian dia membaca ta’awwudz dan dia memperlahankan bacaan pada keduanya. Dan seseorang itu membaca taáwwudz pada setiap rakaat menurut pendapat dalam mazhab (Al-Syafie), dan pada rakaat yang pertama itu lebih dituntut (untuk membaca taáwwudz).
Kata Al-Syeikh Dr. Mustafa Al-Bugha Hafizahullah: Tujuan dibaca taáwwudz pada setiap rakaat adalah untuk memisahkan di antara bacaan pada rakaat pertama dan bacaan pada rakaat yang kedua. Rujuk Ifadah Al-Raghibin Syarah Minhaj Al-Thalibin, Al-Bugha (1/198).
Berkenaan dengan ayat yang dijadikan hujah bagi golongan pertama, iaitu ayat yang berikut:
فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ 
Maksudnya: Maka apabila kamu hendak memulakan pembacaan al-Quran maka hendaklah dia memohon perlindungan daripada Allah daripada syaitan yang direjam.
Surah Al-Nahl (98)
Ia telah ditafsirkan oleh Imam Al-Thabari dengan katanya: Firman-Nya ini bukanlah merupakan suatu perintah yang wajib. Akan tetapi ia hanyalah pemberitahuan dan juga menyatakan hukum sunat. Ini kerana tidak ada khilaf di sisi majoriti bahawa sesiapa yang membaca al-Quran dan tidak membaca taáwwudz sebelum membacanya atau setelah membacanya maka dia sesungguhnya tidak mengabaikan suatu pun yang fardhu lagi wajib. Rujuk Tafsir Al-Thabari, Ibn Jarir (17/293-294).

Kesimpulan
Berdasarkan kepada beberapa pendapat yang dikemukakan oleh para fuqaha di atas, kami lebih cenderung kepada pendapat jumhur ulama yang mengatakan hukum membaca ta’awwudz sebelum membaca surah al-Fatihah adalah SUNAT. Kami setuju dengan hujah yang digunakan oleh jumhur dan kami berpegang dengan kekuatan hujah yang digunakan oleh mereka. Ini kerana, jika kita meneliti riwayat hadis yang menceritakan berkenaan seorang lelaki yang ditegur oleh Rasulullah S.A.W kerana buruknya solat yang dilakukannya, maka baginda bersabda kepadanya:
إِذَا قُمتَ إِلَى الصَّلاةِ فَكَبِّر ثُمَّ اقرَأ مَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنَ القُرآنِ ثُمَّ اركَع
Maksudnya: Apabila kamu hendak menunaikan solat, maka bertakbirlah kamu, kemudian bacalah apa-apa yang mudah yang telah kamu hafal daripada al-Quran, kemudian kamu ruku’.
Riwayat Al-Bukhari (6667)
Jika dilihat daripada hadis di atas, kita akan mendapati bahawa Rasulullah S.A.W tidak menyuruh lelaki tersebut untuk membaca istiázah, yang menunjukkan bahawa membacanya tidaklah dianggap sebagai suatu yang wajib. Wallahu A’lam.

Akhukum Fillah,
S.S DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI
MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
28 Februari 2017 bersamaan 1 Jamadil Akhir 1438H.


IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-209 : HUKUM SOLAT DI MASJID YANG LEBIH JAUH DARIPADA KEDIAMAN KERANA TAKUT MENJADI IMAM DI SURAU KAMPUNG

Soalan:
Assalamualaikum Tuan, Saya nak tahu hukum sembahyang di masjid besar dan tidak bersembahyang di surau kampung kerana tidak yakin dan masalah gementar jika di minta menjadi imam di surau.

Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Hukum Solat Jemaah
Menurut, pendapat yang sahih dalam mazhab al-Syafie bahawa solat berjemaah selain daripada solat Jumaat itu adalah fardu kifayah. Tidak gugur kefarduannya itu daripada ahl al-baldah (masyarakat setempat) melainkan setelah dizahirkan syiar solat itu. Jika solat jemaah tidak didirikan atau dibuat secara sembunyi maka berdosalah masyarakat setempat dan pemmpin boleh memerangi mereka yakni mengambil tindakan berdasarkan kuasa mereka.
Ini berdasarkan firman Allah Taala:
وَإِذَا كُنتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ لَهُمُ الصَّلَاةَ فَلْتَقُمْ طَائِفَةٌ مِّنْهُم مَّعَكَ
Maksudnya: Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka.
(Surah al-Nisa’: 102)
Ayat ini diturunkan berkenaan tatacara ketika takut dalam peperangan. Justeru, arahan untuk menunaikan solat secara berjemaah dalam keadaan aman tanpa perang adalah lebih wajar.
Rujuk Fiqh al-Manhaji (1/177)

Hikmah Solat Berjemaah Sebagai Syiar Islam
Sesungguhnya teguhnya tiang-tiang Islam wujud dengan semangat saling mengenal dalam kalangan orang Islam. Juga pada semangat persaudaraan dan tolong menolong dalam menganggat kebenaran dan meruntuhkan kebatikan. Ini tidak dapat disempurnakan, yakni perkenalan dan persaudaraan ini, melainkan sebaiknya dengan menggunakan peranan masjid yang menjadi tempat pertemuan kaum Muslimin untuk menunaikan solat fardu lima waktu.
Lebih-lebih lagi, dalam urusan dunia, manusia mungkin saling berpecah dan dengki antara satu masa lain. Maka dengan wujudnya pertemuan melalui solat berjemaah akan menthabatkan hati-hati mereka daripada terus koyak akibat perpecahan dan menjaga hati mereka daripada kebencian dan hasad. Orang mukmin yang sejati itu bukan seperti orang munafik; orang mukmin menzahirkan solat berjemaah dan ibadah mereka dan berusaha untuk sentiasa ke masjid.
           Rujuk Fiqh al-Manhaji (1/178)
Kepentingan Mengimarah Masjid dan Surau
Firman Allah Taala:
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
Maksudnya: “Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”
(Surah al-Taubah: 18)

Imam al-Qurthubi berkata: “Firman Allah Ta’ala ini merupakan dalil yang menunjukkan bahawa mempersaksikan orang-orang yang memakmurkan masjid dengan keimanan adalahadalah sahih (dan diterima), kerana Allah Ta’ala mengaitkan keimanan dengan perbuatan imarah ini… sebahagian ulama Salaf berkata: “Jika engkau melihat seorang hamba (yang selalu) memakmurkan masjid maka berbaiksangkalah kepadanya”.”
             Rujuk Tafsir al-Qurtubi (8/90)
Berkata Imam al-Maraghi: “Orang yang menyatukan rukun penting antara rukun-rukun Islam itulah yang diharapkan mendapat petunjuk untuk melakukan apa sahaja yang disukai dan diredai Allah SWT. Maksudnya, memakmurkan masjid sama ada secara hissi atau maknawi sesuai denga perjalanan sunnah Allah dalam perbuatan manusia dan pengaruh perbuatan itu terhadap mereka. Dengan demikian, mereka berhak mendapat balasan berdasarkan amalanya itu di syurga.”
Rujuk Tafsir al-Maraghi (2715)
Jelas daripada kenyataan di atas, bahawa orang yang mengimarahkan rumah-rumah Allah, sama ada masjid atau surau, adalah mereka yang berada di dalam hidayah dan tiada balasan melainkan syurga semata-mata.

Pandangan Hukum
Mengenai solat yang diajukan, secara asasnya masjid yang memiliki jamaah yang ramai itu lebih afdal untuk disertai solat bersama mereka berbanding masjid yang lebih sedikit bilangan jamaahnya. Ini kerana solat Jamaah yang lebih besar jamaahnya lebih besar kelebihan berbading jemaah yang lebih kecil. Ini berdasarkan hadis riwayat Ubayy bin Ka`ab RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
وَصَلَاةُ الرَّجُلِ مَعَ الرَّجُلِ أَزْكَى مِنْ صَلَاتِهِ وَحْدَهُ، وَصَلَاةُ الرَّجُلِ مَعَ الرَّجُلَيْنِ أَزْكَى مِنْ صَلَاتِهِ مَعَ الرَّجُلِ، وَمَا كَانُوا أَكْثَرَ فَهُوَ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
Maksudnya: “Solat seorang individu dengan individu lain lebih baik berbanding solat secara bersendirian, dan solatnya seseorang bersama dua orang lebih baik berbanding solat berdua. Bila mana lebih ramai jamaah itulah yang lebih dicintai Allah Azza wa Jalla.”
Riwayat al-Nasaie (843)
Namun begitu, ada beberapa keadaan solat di tempat yang lebih sedikit lebih afdhal daripada tempat yang ramai.
Salah satunya ialah solat berjemaah di masjid yang lebih dekat. Ini kerana jamaah akan berkurang sehingga ditakuti menghilangkan terus jemaah di kawasan berkenaan.
Begitu juga sekiranya masjid yang lebih jauh tetapi ramai jamaahnya itu diimamkan seorang pelaku bida`ah, orang fasiq, atau orang yang tidak sempurna rukun solatnya (seperti bacaan al-Fatihah yang teruk dan lain-lain). Maka dalam situasi ini masjid yang lebih dekat adalah lebih utama.
Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (1/407)
Berkenaan dengan apa yang dialami oleh saudara yang bertanya, sepatutnya seseorang Muslim itu hendaklah sempurna rukun-rukun solatnya sehingga dia yakin dan tidak masalah untuk seseorang mengikutnya sebagai makmum. Jika tidak, maka hendaklah dia belajar sehingga dia yakin dengan kesahihan ibadatnya. Apatahlagi dalam situasi berkenaan, ahli jemaah di surau kampung itu lebih meyakini saudara sebagai imam.  Tidak seharusnya seorang yang beriman itu melarikan diri daripada tanggungjawab untuk memperbaiki masyarakat yang paling dekat dengan kediamannya hanya kerana gementar dengan peranan sebagai imam.
Justeru, kami menyatakan bahawa hukum solat di masjid yang lebih dekat adalah lebih afdhal. Ada pun solat di masjid yang lebih besar tetapi lebih jauh itu adalah harus jua.
Wallahua`lam.