Tuesday, November 28, 2017

Sekitar Majlis Khatam Quran dan Khatan Anak2 Desa Mewah

Alhamdulillah pihak Surau Desa Mewah telah berjaya menganjurkan Majlis Khatam Quran dan Berkhatan buat anak2 kariah Desa Mewah.

Majlis ini telah berlangung dengan jayanya dan amat meriah. Terima kasih diucapkan kepada anak2 yang berani serta kerjasama yang baik oleh pihak ibubapa anak2 tersebut.

Majlis Khatam Quran telah diadakan pada 25/11/2017 (Sabtu) di Surau Desa Mewah dimana anak2 yang terlibat membaca Quran (khatam).

Majlis Khatam Quran









Majlis Berkhatan




Seronoknya kena sembur air oleh abam2 Bomba

Semasa Berkhatan







Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tahniah untuk adik2/anak2 yang berani menyahut cabaran berkhatan....

SELAMAT MELANGKAH KE ALAM REMAJA/DEWASA.





Wednesday, November 22, 2017

Kuliah Maghrib


SEMUA DIJEMPUT HADIR.

🌄TAZKIRAH SUBUH



( Solat lima waktu tapi dapat pahala lima puluh kali  )

🖌🖌..Dari Anas r.a :

'Solat itu difardhukan atas Nabi saw pada malam ia di diisra'kan sebanyak lima puluh kali, kemudian dikurangi hingga lima, lalu ia dipanggil.

'Hai Muhammad! Keputusanku tak dapat diubah lagi dan dengan solat lima waktu ini, kamu tetap mendapat ganjaran lima puluh kali.'


HR Ahmad, Nasa'i dan Tirmidzi.
Fikkih Sunnah - Syed Sabiq

Sekitar Kursus Pengurusan Jenazah Anjuran Surau Desa Mewah

Desa Mewah, 22/11/2017.

Surau Desa Mewah telah menganjurkan satu kursus Pengurusan Jenazah pada 19/11/2017 yang lalu dan amat bersyukur kerana mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ahli kariah.

Matlamat diadakan kursus ini adalah untuk memberikan ilmu pengetahuan kepada ahli kariah tentang pengurusan jenazah yang betul. Walaupun Kariah Desa Mewah mempunyai AJK untuk pengurusan jenazah tetapi dengan adanya kursus seperti ini amat penting untuk ahli kariah sama-sama menguruskan jenazah sekiranya ada kematian.

Kursus seperti ini juga penting sebagai pendedahan kepada generasi muda untuk sama-sama menimba ilmu ini sebagai kelangsungan pengurusan jenazah dimasa akan datang.

Gambar-gambar sekitar kursus tersebut;











Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dan pihak Surau Desa Mewah agar setiap kursus-kursus yang dianjurkan dimasa akan datang akan mendapat sambutan yang menggalakkan.

ILMU PELITA HIDUP......

Wednesday, November 8, 2017

Kuliah Maghrib Surau Desa Mewah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.



     💖 PERINGATAN MESRA Pertama utk Ahli Qariah Desa Mewah yg Dirahmati olh Allah swt 💖

     🕌 Kuliah Magrib🕌

🗓 8 Nov 2017 @ Rabu
⏰ Selepas Solat Magrib
🕌 Surau Desa Mewah
👳🏼:  Ustaz Syafiq Ramdzan(Gnti Ustaz Zul)
📚: Tajuk Umum.

✅BERIKN MASA & PELUANG UTK DIRI ANDA HADIR..


 👩‍👩‍👧‍👧👩‍👩‍👧‍👧👩‍👩‍👧‍👧👩‍👩‍👧‍👧👩‍👩‍👧‍👧 Semua Ahli Qariah di jemput hadir
✅ Jamuan Ringan Disediakn..

🕌 Jom Kita Datang Beramai2 ke Taman Syurga Surau Desa Mewah🕌

Hadith For Today

Surau Desa Mewah, 8/11/2017-Rabu

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda:

“Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” 

 (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

Sunday, November 5, 2017

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Surau Desa Mewah, 5/11/2017

Assalamualaikum w.b,

Pihak Surau Desa Mewah, Semenyih akan menganjurkan KURSUS PENGURUSAN JENAZAH. 

Kami mengalu-alukan seluruh kariah Desa Mewah dan penduduk dari kawasan sekitar agar dapat sama-sama menimba ilmu fardu kifayah ini sebagai persediaan sekiranya ada ahli kariah muslim masing-masing yg meninggal. 



Kursus ini bertujuan memberikan ilmu dalam menguruskan jenazah muslim dengan cara yang terbaik.

HAL-HAL YANG DIKERJAKAN SETELAH SESEORANG MENINGGAL DUNIA

1. Disunnahkan untuk menutup kedua matanya. Karena Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menutup kedua mata Abu Salamah Radhiyallahu ‘anhu ketika dia meninggal dunia. Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ الرُّوحَ إِذَا قُبِضَ تَبِعَهُ الْبَصَرُ فَلاَ تَقُوْلُوْا إِلاَّ خَيْرًا فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ
Sesungguhnya ruh apabila telah dicabut, akan diikuti oleh pandangan mata, maka janganlah kalian berkata kecuali dengan perkataan yang baik, karena malaikat akan mengamini dari apa yang kalian ucapkan. [HR Muslim].

2. Disunnahkan untuk menutup seluruh tubuhnya, setelah dilepaskan dari pakaiannya yang semula. Hal ini supaya tidak terbuka auratnya. Dari Aisyah Radhiyallahu a’nha, beliau berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ تُوُفِّيَ سُجِّيَ بِبُرْدٍ حِبَرَةٍ
Dahulu ketika Rasulullah meninggal dunia ditutup tubuhnya dengan burdah habirah (pakaian selimut yang bergaris). [Muttafaqun ‘alaih].
Kecuali bagi orang yang mati dalam keadaan ihram,maka tidak ditutup kepala dan wajahnya.

3. Bersegera untuk mengurus jenazahnya.

Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لَا يَنْبَغِي لِجِيفَةِ مُسْلِمٍ أَنْ تُحْبَسَ بَيْنَ ظَهْرَانَيْ أَهْلِهِ
Tidak pantas bagi mayat seorang muslim untuk ditahan di antara keluarganya. [HR Abu Dawud].
Karena hal ini akan mencegah mayat tersebut dari adanya perubahan di dalam tubuhnya. Imam Ahmad rahimahullah berkata: “Kehormatan seoran muslim adalah untuk disegerakan jenazahnya.” Dan tidak mengapa untuk menunggu -iantara kerabatnya yang dekat apabila tidak dikhawatirkan akan terjadi perubahan dari tubuh mayat.


Dalam pengurusan jenazah, ada 4 kewajiban terhadap jenazah yang mesti dilakukan oleh orang yang hidup. Empat hal ini dihukumi fardhu kifayah, artinya harus ada sebagian kaum muslimin yang melakukan hal ini terhadap mayat. Jika tidak, semuanya terkena dosa.

Empat hal yang mesti dilakukan terhadap mayat oleh yang hidup adalah:

1- Memandikan

2- Mengafani

3- Menyolatkan

4- Menguburkan

Oleh Akhukum fillah: Muhammad Abduh Tuasikal ; Sumber : https://rumaysho.com/4905-ringkasan-pengurusan-jenazah.html

Banyak lagi yang perlu kita pelajari dan dipraktikkan sekiranya berlakunya kematian dalam kariah kita. Moga dapat memberikan manafaat pada diri kita semua...insyallah

Boleh daftarkan nama, no. i.c dan alamat 
ke whatsapp bernombor 019-984 2502 
sebelum 10 November 2017

Marilah beramai-ramai kita mendalami ilmu Pengurusan Jenazah anjuran Surau Desa Mewah ini.

Sekadar berkongsi ilmu

Desa Mewah, 5/11/2017



AMALAN PENUNDA KEMATIAN ?.*

Kematian memang di tangan (kuasa) Allah. Tetapi mempercepat dan melewatkan kematian adalah hak Nya juga. Maka ada satu perkara yang boleh membuat kematian menjadi sesuatu yang boleh ditunda. Bagaimana caranya dan mengapa bisa terjadi?

Kisah ini benar-benar terjadi pada masa Nabi Ibrahim a.s. Suatu hari, Malaikat Kematian mendatangi Nabi Ibrahim, dan bertanya, “Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?”“
Yang anak muda tadi maksudnya?” tanya Ibrahim.
“Itu sahabat sekaligus muridku.”“

Ada apa dia datang menemuimu?”“
Dia menyampaikan bahwa dia akan melangsungkan perkawinannya esok pagi.
”“Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai esok pagi.”

 Selesai berkata seperti itu,Malaikat Kematian pergi meninggalkan Nabi Ibrahim. Hampir saja Nabi Ibrahim tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut, untuk menyegerakan perkawinannya malam ini, dan memberitahu tentang kematian anak muda itu besok.
Tapi langkahnya terhenti. Nabi Ibrahim memilih kematian tetap menjadi rahasia Allah.

Esok paginya, Nabi Ibrahim ternyata melihat dan menyaksikan bahwa anak muda tersebut tetap bisa melangsungkan perkawinannya.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabi Ibrahim malah melihat anak muda ini panjang umurnya.
Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabi Ibrahim bertanya kepada Malaikat Izrail, apakah dia berbohong tempo hari sewaktu memberitakan bahwa anak muda itu umurnya tidak akan sampai besok pagi?
Malaikat Kematian menjawab bahwa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya.
“Apa sebab yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda tersebut, dulu?
”“Wahai Ibrahim, di malam menjelang perkawinannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau masih melihatnya hidup.”

Kematian memang di tangan (kuasa) Allah. Justru itu, mempercepat dan melewat kematian adalah hak Allah. Dan Allah memberitahu pada Rasul-Nya,Muhammad bahwa sedekah itu dapat memanjangkan umur.

Jadi, sesuatu yang dapat menunda kematian, itu adalah…SEDEKAH. Maka, tengoklah kanan-kiri anda, lihat-lihatlah sekeliling Anda. Bila Anda menemui ada satu-dua kesusahan di depan mata anda. Maka sesungguhnya andalah yang perlu pertolongan.
Kerana siapa tahu kesusahan itu diperlihatkan oleh Allah untuk memperpanjang umur anda.
Cuma apakah anda bersedia menolongnya atau tidak.

 Bila bersedia, maka kemungkinan besar memang Allah akan memanjangkan umur Anda.

Saudara-saudaraku sekalian, tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ajalnya akan sampai. Dan, tidak seseorangpun yang mengetahui dalam keadaan apa ajalnya tiba.

Maka mengeluarkan sedekah bukan saja akan memanjang umur, malah juga memungkinkan kita meninggal dalam keadaan baik.

Bukankah sedekah akan mengundang cinta  Allah? Sedangkan kalau seseorang sudah dicintai oleh Allah, maka tidak ada masalahnya yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawa yang dicabut dalam keadaan husnul khatimah.

Mudah-mudahan Allah memanjangkan umur, sehingga kita semua berkesempatan untuk mendapat ampunan oleh Allah dan mengubah segala kelakuan kita, sambil mempersiapkan kematian sebentar lagi.  Mari bersedekah dengan hati yang ikhlas.

“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun”(Sabda Rasulullah SAW)

Semoga bermanfaat..

Wednesday, November 1, 2017

Kuliah Maghrib

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.



     💖 PERINGATAN MESRA Di Pagi Hari Khas utk Ahli Qariah Desa Mewah yg Dirahmati olh Allah swt 💖

     🕌 KULIAH MAGRIB🕌

🗓 1 Nov 2017 @ Rabu
⏰ Selepas Solat Magrib
🕌 Surau Desa Mewah
👳🏼:  Ustaz Roszairani Ahmad
📚: Munyatul Mussolli

BERIKN MASA & PELUANG UTK DIRI ANDA HADIR..


 👩‍👩‍👧‍👧👩‍👩‍👧‍👧👩‍👩‍👧‍👧👩‍👩‍👧‍👧👩‍👩‍👧‍👧 Semua Ahli Qariah di jemput hadir
✅ Jamuan Ringan Disediakn..

🕌 Jom Kita Datang Beramai2 ke Taman Syurga Surau Desa Mewah🕌

Tazkirah Rabu

Rabu
12 Safar 1439H
1 Nov 17

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Hadis Rasullullah SAW

PENDAPATAN HARAM

Hadis dan huraian

Riwayat : Ahmad

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak seorangpun yang bekerja untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan haram kemudian ia membelanjakan padanya dengan harapan mendapat berkat daripadanya dan ia bersedekah dengannya dengan harapan sedekah itu akan diterima dan meninggalkan harta pusaka (sesudah meninggal) melainkan semua itu sebagai bekalannya ke neraka.

1. Melibatkan diri dalam kegiatan yang haram hukumnya adalah haram. Begitu juga hasil pendapatan dari yang haram hukumnya adalah haram.
2. Pendapatan bermaksud perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti ahli profesional iaitu sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merangkumi ganjaran daripada khidmatnya seperti khidmat guaman, juru perunding dan sebagainya.
3. Gaji dan pendapatan bebas adalah wajib dikeluarkan zakat berdasarkan syarat-syarat yang tertentu seperti: Islam, pemilikan sempurna, pendapatan/hasil,cukup nisab dan haul. Kadar zakatnya adalah 2.5% iaitu berpandukan kepada kadar zakat emas kerana gaji dan pendapatan bebas itu diterima dalam bentuk matawang atau nilai wang.
4. Pendapatan yang diperolehi oleh seseorang daripada sumber yang haram seperti wang riba, perjudian dan seumpamanya hendaklah ditolak dari kiraan pendapatan yang dizakatkan. Pendapatan-pendapatan ini hendaklah diserahkan kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri.

Tazkirah

BALASAN YANG SEBAIK-BAIK BAIKNYA ADALAH UNTUK MEREKA YANG SENTIASA MEMENUHI SERUAN ALLAH

       Firman Allah SWT

لِلَّذِينَ ٱسۡتَجَابُواْ لِرَبِّہِمُ ٱلۡحُسۡنَىٰ  ۚ  وَٱلَّذِينَ لَمۡ يَسۡتَجِيبُواْ لَهُ  ۥ لَوۡ أَنَّ لَهُم مَّا فِى ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعًا وَمِثۡلَهُ  ۥ مَعَهُ  ۥ لَٱفۡتَدَوۡاْ بِهِۦۤ  ۚ  أُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمۡ سُوٓءُ ٱلۡحِسَابِ وَمَأۡوَٮٰهُمۡ جَهَنَّمُ‌   ۖ   وَبِئۡسَ ٱلۡمِهَادُ

Bagi orang-orang yang menyahut seruan Tuhan mereka sahajalah balasan yang sebaik-baiknya; dan orang-orang yang ingkar yang tidak menyahut seruanNya, kalaulah mereka mempunyai segala apa jua yang ada di bumi disertai dengan sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri dengannya. mereka itu disediakan baginya hitungan hisab yang seburuk-buruknya, serta tempat kembali mereka ialah neraka jahanam; dan amatlah buruknya tempat tinggal itu.

Surah Ar-Ra’d ayat 18

آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & KHATAN BERAMAI-RAMAI





SAMBUTAN AMAT MENGGALAKKAN

MASIH TERBUKA BUAT KELUARGA DI KARIAH DESA MEWAH YANG BERHAJAT UNTUK ANAK-ANAK MEREKA MENYERTAI MAJLIS INI.

DIBUAT DI CUTI SEKOLAH HUJUNG TAHUN INI

RASAI KEMERIAHANNYA 




SILA HIBUNGI AJK YANG ADA DALAM BANNER DI ATAS JIKA INGIN MENYERTAKAN ANAK-ANAK DI MAJLIS TERSEBUT.

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA BERHUBUNG DENGAN AJK YANG TERLIBAT.