Thursday, May 25, 2017

Berbuka Puasa di Surau

Assalamualaikum wb,

Adalah dimaklumkan bahawa pihak AJK Surau Desa Mewah seperti tahun2 lepas menganjurkan berbuka puasa beramai2 di surau untuk ahli kariah.

Sehubungan dengan itu adalah semua ahli kariah Desa Mewah dijemput untuk bersama2 berbuka di surau beramai2 terutamanya yang lewat untuk balik ke rumah selepas bekerja. Akan diadakan setiap hari sepanjang Ramadhan 2017 ini dan pada setiap hujung minggu akan diadakan dengan skala lebih sikit.

Selain itu, setiap hujung minggu akan ada pengedaran bubur lambuk istimewa Desa Mewah yang dimasak sendiri oleh Chef Cikgu Razak. Dialu2kan juga pada ahli kariah yang berkesempatan untuk adtang membantu penyediaan bubur lambuk ini.


Ahli kariah Desa Mewah juga dianjurkan untuk bersedekah sepanjang bulan Ramadhan ini seperti wang, makanan serta pelbagai lagi. Moreh juga akan disediakan dan jadual moreh telah disediakan seperti tahun2 lepas untuk mengelakkan pembaziran (boleh semak jadual di papan kenyataan surau).

Rasailah kemeriahannya......insyallah











Ramadhan Berkunjung Lagi

Assalamualaikum WB,

Pertama sekali admin mohon maaf kerana lama tak meng- update blog Surau Desa Mewah.

Keterbatasan waktu dengan hal2 duniawi menyebabkan keadaan ini.

Walau apa pun admin akan cuba meng-update blog ini dengan pengisian yang bermaklumat dan bermanafaat kepada semua pembaca blog ini.

Ramadhan kareem dalam perjalanan menjenguk kita lagi. Bersediakah kita untuk menerima tetamu kita ini.?Bagaimanakah perasaan kita yang bakal bertemu tetamu kita ini? Bagaimanakah sambutan yang bakal kita berikan kepadanya? Apa yang akan kita bicarakan dengannya nanti?

Adakah kita atau dia masih mesra seperti pertemuan sebelum ini? Apakah kita kita bersedia untuk menerima nasihat-nasihat berguna daripadanya?

Pelbagai persoalan yang bermain dalam minda kita. Adakah pertemuan ini sekadar pertemuan biasa yang hanya dengan perbualan kosong tanpa memberi manafaat kepada kita? 

Apa pun persoalannya tetamu kita makin menghampiri kita, mudah2an kita akan menyambutnya dengan mesra dan memberikan layanan yang amat bermakna. Ya....mungkin ini adalah pertemuan yang terakhir.

Diharapkan pertemuan ini akan menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi hari2 yang mendatang, menyatukan dan mententeramkan jiwa2 kita untuk lebih tenang. Memupuk semangat dalam diri untuk lebih rela dalam malaksanakan tanggungjawab duniawi dan akhirat dan yang lebih penting lebih tawaduk kepada Allah SWT.

salam ramadhan kareem