Friday, November 22, 2013

Program Sumbangan Surau Secara Tetap (P30)

Untuk makluman program ini telah dilancarkan sejak setahun yang lepas dan ianya masih berjalan seperti biasa. Pihak surau telah menyasarkan seramai mungkin penyumbang dalam kalangan ahli kariah kepada Surau Desa Mewah secara berterusan sebanyak RM 30.00 sebulan. 

Sejak perlaksanaan program ini, jumlah penyumbang adalah amat menggalakkan dan pihak surau masih berharap penyertaan lebih ramai lagi agar pihak surau dapat membaikpulih prasarana surau seperti tandas dan banyak lagi. Dengan begitu banyak impak positif hasil daripada wujudnya P30 ini, sumbangan yang berterusan akan dapat menambahbaikkan pelbagai kemudahan surau dan ini termasuk bayaran bil-bil yang berkenaan.

Pihak surau juga amat berterima kasih kepada ahli kariah yang telah menyumbang kepada pihak surau selama ini, tidak kira dengan kewangan, tenaga dan juga buah fikiran untuk merangka pelbagai program serta menambahbaik kemudahan surau.

Pihak surau berharap dengan pelbagai kemudahan yang disediakan, ahli kariah akan lebih selesa beribadat di dalam surau dan juga menambah ilmu dengan program ceramah sepanjang minggu.

Sebarang pertanyaan serta saranan yang ingin dikemukakan kepada pihak surau, bolehlah emailkan ke alamat suraudesamewah@gmail.com atau berhubung dengan AJK surau.

Mudah-mudahan segala program yang disediakan dapat memberikan manafaat kepada kariah sekalian. Sama-samalah kita mengimarahkan surau taman kita. Insyallah.  

Majlis Berkhatan Beramai-ramai Peringkat Desa Mewah

Desa Mewah, 22/11/2013,

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak surau Desa Mewah menganjurkan Majlis Berkhatan Beramai-ramai. Penduduk muslim yang ingin anak mereka menyertai program ini, diharapkan dapat mengambil borang di surau atau menghubungi  AJK yang terlibat seperti dibawah;

1. Hj. Anuar - 019-2210075
2. En. Norman - 019-2255282
3. Cikgu Razak - 019-2154364

Sekiranya ingin mendapatkan penjelasan selanjutnya, boleh lah berhubung dengan AJK yang terlibat.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 27 November 2013, untuk memudahkan urusan penempahan dengan pihak klinik yang terlibat.

Majlis berkhatan akan berlangsung pada 1 Disember 2013 (Ahad) jam 10 pagi. Majlis akan bermula pagi dengan dimulakan dengan solat hajat, doa selamat dan untuk lebih menyeronokkan anak-anak yang terlibat, pihak surau telah menjemput pihak bomba untuk mandi beramai-ramai dengan semburan dari bomba.



Sehari (30 November 2013 - Sabtu) sebelum itu akan diadakan acara berikut;

1. Gotong royong membersihkan longkang belakang surau serta penyediaan jamuan
2. Majlis ceramah Maal Hijrah - selepas maghrib

Borang untuk menyertai program berkhatan.

Thursday, October 17, 2013

Memperkasa Ilmu Sambil Beribadah Qurban (Soal Jawab Bersama Al- fadhil Ustaz Nustan Efendi - Imam SDM)

Tidak seperti tahun-tahun yang sebelumnya, pihak SDM telah memperkenakan satu segmen baru dalam aktiviti qurban pada tahun 2013 ini iaitu Soal Jawab Agama Bersama Al-Fadhil Ustaz Nustan Efendi - Imam Surau Desa Mewah .

Banyak soalan-soalan telah ditanyakan kepada ustaz dan semuanya dapat jawab dengan sejelasnya oleh yb ustaz. Ini merangkumi soalan-soalan tentang qurban, munakahat, semasa dan banyak lagi.





Disamping itu, kaunter khairat juga dibuka kepada warga muslimin Desa Mewah untuk memudahkan mereka menyemak, mendaftar dan membayar.

insyallah tahun depan akan lebih baik lagi penganjurannya selepas melihatkan kejayaannya pada tahun ini.

Gotong Royong Masak Dan Makan Sempena Raya Qurban SDM 2013

















Sambutan yang sangat meriah, diharapkan akan lebih meriah di tahun2 yang akan datang