Sunday, April 24, 2011

MUHASABAH BUAT DIRIKU YANG SANGAT2 MALAS SOLAT BERJEMAAH DI MASJID

Mengapa aku malas pergi memenuhi saf2 di masjid u sembahyan berjemaah, tetapi kalau saf2 majlis hiburan mudah sungguh aku ingin penuhkan???Adakah ganjaran y dijanjikan Allah y telah disampaikan melalui Rasulullah saw tidak cukup menarik???

1.Pahala 27 x ganda daripada sembahyang seorang diri.

2.Setiap langkahan ke masjid adalah penghapus DOSA

3.Seandainya manusia tahu pahala mengumandangkan azan dan berada di saf pertama, pasti mereka akan berebut2 mencabut undi u berada di saf pertama.

4.Orang y pulang dari masjid selepas menunaikn sembahyang berjemaah rahmat Allah akan mengiringi ke rumahnya.

5.Pemuda y terpaut hatinya dgn masjid adalah salah seorang drpd 7 golongan y akan berada di bawah naugan Allah dimana tiada naugan selain naugan ALLAH dhari pembalasan sperti y disebut dlm hadis.

6.Dalam hadis ada menyatakan: Orang y mengAMEENkan bacaan fatihah imam serentak dgn ameen para malaikat dlm solat berjemaah,nescaya segala dosa2nya y telah lalu akan diampunkan

Apakah aku tidak yakin dengan ini semua?????????????????????????????????????????????

Mungkin segala ganjaran ini aku terima sebagai maklumat, tetapi bukan sebagai satu KEYAKINAN. Mungkinkah ini halangan2nya:

1.Adakah hati aku tergolong didalam hati2 y cintakan dunia dan takutkan mati?

2.Adakah hati aku diselaputi dgn dosa hasil drpd hiburan2 dan rancangan2 TV y melalaikan sehingga hatiku berasa jauh dari Rumah ALLAH walaupun rumahku dgn masjid hanya beberapa langkah shj?

3.Adakah hati aku terlalai dgn keamanan dan kententeraman y dinikmati?

4.Adakah hati aku terlalai dgn teknologi y canggih?

5.Atau keyakinan dan keimanan aku telah rapuh?

6.Atau dosa2ku dapat mnjadi pembantu aku dlm menahan azab kubur?

7.Atau aku dah banyak pahala?

8.Atau telinga ku telah disumbatkan dengan lagu2 y melalaikan sehingga laugan azan tidak bisa mengerakkan hatiku u pergi ke Masjid?

9. Ataupun aku akan diusung ke masjid hanya u disembahyangkan JENAZAH aku disana?????????????????

Bila difikir2kan rupa2nya bukan Mata aku yang tidak nampak masjid...Bukan pula rumah aku jauh dari Masjid,hari2 aku lalu depan masjid. Tapi MATA HATIKU TELAH BUTA dan HATI AKU YANG JAUH u pergi ke sana.Istighfar banyak2 wahai diriku y MALAS

Sumbangan Ashaari Cha-e April 24 at 1:02am

Saturday, April 23, 2011

KULIAH MAGHRIB SURAU DESA MEWAH

23 April 2011

Pengajian di Surau Desa Mewah untuk hujung minggu ini adalah seperti berikut:

Hari  : Sabtu 23 April 2011
Masa : Selepas solat maghrib
Penceramah: Ust. Yusri Amri


Hari  : Ahad 24 April 2011
Masa : Selepas solat maghrib
Penceramah : Ust. Amzan Satiman.

Adalah dijemput semua warga muslimin dan muslimat Desa Mewah untuk menghadiri kelas-kelas pengajian yang telah diaturkan oleh pihak surau demi menambah ilmu berkenaan Islam. Demi memperkasakan Islam dalam diri kita supaya menjadi umat Islam sejati. Menjalankan kehidupan berlandaskan syariat Islam yang dibawa oleh Junjungan tercinta Nabi Muhammad S.A.W.

Peringatan untuk diri yang lalai

Peringatan untuk diri yang lalai
from CINA ISLAM (林川興) by DRS. KHALIL IDHAM LIM

02 Zulhijjah 1431 H
Oleh : AKHISALMAN

Hai Diri semakin lupa dengan dengan kehidupan akhirat dan sentiasa terpedaya dengan kehidupan dunia yang semantara sedangkan hakikat kehidupan dunia adalah seperti apa yang digambarkan oleh Allah swt:

“ Dan kehidupan dunia adalah semata-mata keseronokan dan bermain-main. Dan sesungguhnya kehidupan yang sebenar adalah kehidupan akhirat. Ini sekiranya mereka benar-benar mengetahui”

Orang yang benar-benar mengetahui tentang kehidupan akhirat tidak tertipu kehidupan dunia yang melekakan. Orang yang jahil adalah yang tertipu dengan kehidupan dunia, ini menunjukkan diri ini amat jahil oh tuhan.

Saat-saat kematian semakin menghampiri tetapi diri ini sentiasa lalai untuk mendapat amal akhirat. Apabila mendapat nikmat dunia, rasa seronok sehingga terlanggar perintahnya dan meninggalkann ketaatan sedikit demi sedikit. Apabila Allah menguji dan menarik nikmat tersebut, amat sedih dengan kehilangan nikmat dunia tetapi sebenarnya Allah hendak mengembalikan diri ini kepadanya.

Bersedihlah dengan kehilangan amal akhirat bukannya kehilangan dunia. Ingatlah Allah ingin member I peluang untuk kembali kepadanya sebelum datangnya saat kematian. Rebutla peluang ini sebaik-baiknya sebelum terlambat. Nabi saw bersabda:

“Bersegeralah kamu beramal sebelum datangnya tujuh perkara:

1. Adakah kamu menanti sehingga kamu fakir yang menyebabkan kamu lupa.

2. Adakah kamu menanti sehingga kamu kaya sangat yang menyebabkan kamu melampaui batas.

3. Adakah kamu menanti sehingga kamu sakit yang merosakkan badan kamu.

4. Adakah kamu menanti sehingga kamu tua yang melemahkan kamu.

5. Adakah kamu menanti sehingga mati yang semakin menghampiri kamu.

6. Adakah kamu menanti sehingga tibanya dajal. Dajal adalah seburuk2 benda gaib yang dinanti.

7. Adakah kamu menanti sehingga datangnya kiamat. Kiamat adalah perkara yang menakutkan dan amat pahit.”


Hadis riwayat imam Tirmizi.

Ingatlah wahai diri bahawa setiap apa yang kamu buat akan dihisab oleh tuhan. Jangan seronok dan leka melakukan apa saja tanpa sedar Allah murka dengan dirimu. Firman Allah swt:

“Adakah manusia meyangka dia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa dihisab dan dibalas)?”

Ayat 36 surah al-Qiamah

Ingatlah kematian sentiasa mengekori mu. Setiap saat masa berlalu semakin hampir i dan akhirnya kamu pasti akan bertemu dengannya. Firman Allah swt:

“ Katakanlah hai Muhammad, sesungguhnya kematian yang mana kamu lari daripadanya , ia pasti akan menemuimu.”
Ayat 8 surah al-Jumaah


Walaupun diri sentiasa melihat kematian tetapi mengapa tidak menambahkan keimanan kamu dan mendekatkan diri dengan akhirat. Ini adalah hati yang keras dan hati yang lalai dalam ibadah. Firman Allah swt:

Maka celakalah bagi orang-orang yang keras hatinya daripada mengingati Allah. Mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata.”
Ayat 22 surah az-Zumar.


Hati yang keras ini adalah hanya layak untuk neraka sahaja. Allah sentiasa bertanya bilakah hati ini hendak khusyuk kepada tuhan dan patuh segala perintahnya. Firman Allah swt:

“ Bukankah sudah sampai masa bagi orang-orang beriman untuk tunduk khusyuk mereka kepada mengingati Allah dan patuh dengan kebenaran yang Allah telah turunkan…”

Ayat 16 surah al-Hadid

Adakah setelah malaikat mencabut nyawa baru hendak menyesali terhadap perbuatan-perbuatan yang melampau di dunia. Ketika itu tidak ada gunanya. Nasi sudah busuk (jadi bubur sedap lagi). Firman Allah swt:

“ Sehinggalah datang kematian kepada salah seorang mereka. Dia berkata : Hai tuhanku kembalikan aku ke dunia, supaya aku dapat beramal soleh yang mana telah aku tinggalkan. (jawapan tuhan) Tidak sama sekali, itu hanya ucapan yang diucapkan (tidak ada gunanya) dan mereka akan melalui alam barzakh sehinggalah hari mereka dibangkitkan.”
Ayat 99,100 surah al-Mukminun


Ingatlah wahai diri sehebat mana ilmu, sebesar mana mahligai mu, setingga mana pangkat mu, sebanyak mana pengawal mu; itu semua tidak menghalang malaikat maut untuk mencabutn nyawamu. Firman Allah swt:

“ Dimana sahaja kamu berada, pasti kematian akan menemuimu sekalipun kamu berada di dalam bangunan-bangunan yang kukuh dan terkawal.”

Ayat 78 surah an-Nisa

Bila mana kamu sudah ingat mati dan menyesal terhadap perbuatan-perbuatan yang lampau; Ingat penyesalan sahaja tidak berguna, diri ini kena bangun beramal dan tidak hanya berazam tanpa ada perlaksanaan. Nabi saw bersabda:

“ Orang yang cerdik adalah orang yang sentiasa bermuhasabah dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati. Orang yang lemah adalah orang yang sentiasa mengikut hawa nafsunya dan hanya berangan-angan Allah akan membalasnya dengan syurga (sedangkan tidak beramal).”
Hadis riwayat Imam al-Hakim


Ya Allah banyaknya dosa hamba mu ini dan sedikit amalan akhirat.

Amalan yang sedikit entah mencakupi syarat ikhlas atau tidak,

Hati ini semakin jauh dari mu, oleh itu bersihkanlah hati ini dan isilah dengan cahaya-cahaya iman,

Aku tidak peduli samada manusia mengasihi atau membenci, asalkan engkau menerimaku kembali.

Ya Allah sekiranya mati ini lebih baik untuk mengelakkan fitnah dunia dan baik untuk agamaku cabutlah nyawa ini dalam keadaan engkau reda kepadanya.

Sekiranya hidup ini lebih baik untuk menyumbang terhadap agamamu dan menambahkan amal baikku panjangkanlah umurku dalam keredaanmu.

Tuesday, April 5, 2011

Pembaikpulihan Kawasan Letak Kereta Surau Desa Mewah




Kerja pembaikpulihan kawasan letak kereta di hadapan Surau Desa Mewah sedang rancak dijalankan dan diharapkan agar tiada lagi air bertakung selepas hujan dan memudahkan penduduk Islam untuk menunaikan ibadat solat di surau ini.

Pihak suarau amat berterima kasih kepada ADUN Semenyih iaitu YB Datuk Hj. Johan Abdul Aziz kerana memberikan sumbangan kewangan untuk menampung kerja-kerja berkaitan.

Diharapkan surau Desa Mewah ini akan lebih meriah dengan kehadiran ahli kariah untuk mendengar kuliah-kuliah serta pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh pihak surau.

Monday, April 4, 2011

~10 Wasiat As-Syaheed Imam Hassan Al-Banna~

1) Bila mendengar azan, bangun utk solat serta merta.

- tlh menjadi kebiasaan kepada kebanyakan umat islam pada hari ini dalam melengah-lengahkan
solat mereka.malah terdapat sesetengah kes yg mana solat tlh 'dicombokan' utk tujuan tertentu.
- seharusnya sebagai hamba Allah,kita lebih mendahulukan urusan akhirat daripada urusan dunia iaitu
dengan mengutamakan solat daripada urusan yang lain.

2) Membaca al-Quran,buku-buku berguna , mendengar perkara-perkara yang baik dan berzikir.

- Al-quran yg tlh diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w merupakan panduan bagi seseorang mukmin
dalam meneruskan kehidupan seharian (selain sunnah rasulullah).
-Al-quran merupakan bacaan yg dapat menimbulkan rasa ketenangan dalam individu yg membacanya.selain
itu juga,terdapat banyak kelebihan kepada org yg pandai membaca quran sperti yg diterangkan dalam hadith Rasulullah s.a.w

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Orang yang pandai membaca Al-Quran itu akan bersama para Rasul yang mulia. Adapun orang yang lemah dan terlekat-lekat ketika membaca Al-Quran dan dia memang berkeinginan untuk membaca Al-Quran, maka dia berhak mendapat dua pahala
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1329


-berzikir pada waktu lapang pula dapat mengelakkan kita dari bercakap tentang perkara-perkara
yang tidah bermanfaat.

3) Berusaha utk bertutur dalam bahasa arab dengan betul kerana bahasa arab adalah bahasa syiar Islam

-Seperti yang diketahui,bahasa arab merupakan bahasa syurga,bahasa pertuturan rasulullah,bahasa
Al-Quran dan merupakan bahasa dalam bacaan solat.Ini cukup membuktikan betapa pentingnya bagi kita utk menguasai bahasa arab .
- Mempelajari bahasa arab adalah merupakan fardu kifayah.

4) Jangan bertengkar dalam apa jua keadaan kerana ianya tidak mendatangkan manfaat.

-sesuatu perkara atau ketidak puasan hati perlulah diselesaikan dengan cara yang baik tanpa melibatkan
sebarang pergaduhan sama.
-Islam sangat menitik beratkan silaturrahim dan persaudaraan sesama mukmin.

Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a:
Seseorang telah bertanya Rasulullah s.a.w: Apakah sifat orang Islam yang paling baik? Rasulullah s.a.w bersabda: Seseorang yang menyelamatkan orang-orang Islam dengan lidah dan tangannya
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 57



5) jangan banyak ketawa

-ketawa yang berlebihan akan mendatangkan mudarat dimana mampu menggelapkan hati sesorang
itu.

6) jangan bergurau kerana umat yang berjuang tidak tahu bergurau.

-bergurau yang melampaui batas boleh mendatangkan 1001 musibah kepada kedua-dua pihak.
sebagai contoh, budaya 'april Fool" yang kerap disambut remaja hari ini merupakan satu perkara
yang tidak sepatutnya berlaku.pihak yang terkena akan merasa dirinya dipermainkan manakala pihak yang mengenakan akan berdosa kerana telah menipu pihak yg terkena.
- p/s: jgn sambut april fool kerana ianya satu peristiwa sambutan kepada penganiayaan terhadap umat
Islam di sepanyol satu ketika dahulu.

7) Jangan bercakap dengan suara yang terlalu tinggi.

-bercakaplah secara sederhana yakni cukup utk pendengaran biasa (org yg perlu mendengar sahaja0
-jangan meninggikan suara kerana dalam surah al-luqman tlh dinyatakan bahawa;

" Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai" (al-Luqman:19)

8) jauhi mengumpat.

-dosa mengumpat adalah lebih besar dari dosa berzina kerana dosa berzina akan diampukan oleh
Allah seandainya seseorang itu telah taubat nasuha dari kesalahannya.
-namun dosa mengumpat hanya boleh diampuakan oleh org yg tlh diumpat.

" Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia. " (Al-Israa':53)

9) Berkenalan dgn individu muslim wpon dia x minta utk berkenalan

-menjalinkan ukhuwah adalah satu perkara yg sangat mulia.
-dari hadith Rasulullah s.a.w "tidak sempurna iman sesorang diantara kamu selagi dia tidak mengasihi
saudaranya seperti dia kasihnya diri nya sendiri
"

10) kewajipan lebih banyak dari masa yang ada

- antara 5 perkara yg perlu diingati sebelum sampai 5 perkara adalah masa lapang sebelum
masa sibuk.
- dua nikmat yang sering dilalaikan oleh kita adalah nikmat sihat dan nikmat masa lapang .oleh itu ketika masih sihat,penuhilah masa kita dgn sebaiknya utk membuat amalan yang bakal menjadi pelindung kita didunia dan akhirat.

wallahula'lam

sumber : my buku usrah,www.hadith.al-islam.com
Salwa Mohd Saleh at 12:55 AM

 


Aku berkata: Hidup ini mesti bergerak, bukan diam dan bukannya beku hidup adalah perjuangan Akan berjuangkah orang yang duduk berpeluk tubuh?

Hidup adalah menikmati kelazatan susah, bukan bersedap-sedap dengan tidur nyenyak. Ia adalah membela hak, orang merdeka mana tidak membela haknya? Ia adalah anda merasakan kehinaan itu laksana meminum air nanah. Ia adalah hidup sebagai khalifah di bumi laksana seorang pemimpin boleh berkata ‘TIDAK’ dan ‘YA’, apabila anda mahu dengan pandangan yang tajam.”

Kata2 tuh dari Yusuf al-Qardhawi, antara qasidah-qasidah lama. ni adalah antara qasidah panjang yang dikarang untuk Majalah al-Tarbiyyah al-Islamiyyah di Baghdad, Keluaran Keenam, m.s. 278

Aktiviti Surau Desa Mewah April 2011




Tuan/Puan ahli kariah Desa Mewah dijemput hadir untuk sama-sama mengimarahkan RUMAH ALLAH dengan menghadiri program yang telah dirancang dan disusun. SEMOGA KITA BEROLEH RAHMAT DAN DIBERIKAN IMAN YANG TEGUH DI BAWAH PANJI-PANJI ISLAM.