Sunday, July 22, 2012

Kaunter Pengedaran bubur Lambuk / Sumbangan / Khairat Kematian

Surau Desa Mewah,

Kaunter akan dibuka pada setiap Hari Ahad sepanjang Ramadhan ini bermula dari 22 Julai 2012 (Ahad) pada 5.00 petang- 6.30 petang bertempat dihadapan Restoren Sayang Maju.

Segala sumbangan yang dihulurkan diucapkan ribuan terima kasih. Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya dan dilipatgandakan rezeki tuan puan.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Sumbangan Amal Jariah Sempena Ihya' Ramadhan

Surau Desa Mewah,

Pihak surau mewujudkan beberapa tabung sumbangan amal jariah antaranya;

    1. Tabung Pengurusan Ihya' Ramadhan - pengurusan surau, bubur lambuk,
        minuman moreh, khidmat dapur

    2. Tabung P30 (Pembangunan Surau) - menambahbaik fasiliti surau,
        penyelenggaraan surau, bil elektrik, bil air

    3. Tabung Tahlil Arwah

    4. Tabung Infak Fisabilillah - Dakwah dan pendidikan & Majlis Ilmu

    5. Imam Tarawih - sumbangan untuk Imam Muda Al-Hafiz

    6. Tabung Anak Yatim, Ibu Tunggal, Keluarga Miskin

Sumbangan tuan  puan amat dihargai untuk melaksanakan pelbagai program yang dirancang dengan lancar. Segala sumbangan boleh dihulurkan kepada AJK surau atau terus kepada Tuan Pengerusi Surau desa Mewah.

Pihak surau juga berharap agar sumbangan tidak terhenti bila berakhirnya Ramadhan tetapi dapat diteruskan sepanjang masa. Borang boleh di perolehi dengan download dari page ini.

Moga segala sumbangan diberkati oleh Allah SWT.

Majlis Berbuka Puasa & Moreh

Surau Desa Mewah,

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak Surau Desa Mewah juga menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Moreh.

Majlis berbuka puasa ini aan diadakan setiap hari di surau dan pihak Surau Desa Mewah menjemput muslimin muslimat yang berkesempatan dan berkelapangan agar dapat berbuka bersama-sama dan seterusnya dapat berjemaah maghrib.

Pihak surau juga mengalu-alukan mana-mana muslimin muslimat yang berhajat untuk bersedekah atau menaja majlis berbuka puasa agar dapat menghubungi mana-mana AJK surau untuk mengelakkan pembaziran jika terlalu banyak juadah kelak.

Segala sumbangan amat-amat dihargai dan pihak surau mendoakan agar tuan puan mendapat keberkatan dari sedekah dan sumbangan yang dihulurkan.

Pihak surau juga telah menyediakan jadual untuk sumbangan moreh. Sila rujuk pada jadual yang dilampirkan.

Jadual Membawa Moreh 2012

Giliran membawa moreh telah disusun seperti jadual diatas untuk mengelakkan pembaziran. Dicadangankan untuk moreh hanya mambawa makanan ringan sahaja seperti kuih muih @ buah buahan tanpa melibatkan makanan berat seperti nasi @ lainnya.

Untuk makanan berat sekiranya berhajat, digalakkan membawanya ketika majlis berbuka puasa sepertimana hadis Rasulullah S.A.W;

"Barangsiapa yang memberi buka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun" (HR. At Tirmizi, dalam "Hadits Hasan Shahih")

Tahlil Arwah

Surau Desa Mewah,

Pihak Surau Desa Mewah menganjurkan Tahlil Arwah buat semua muslimin muslimat warga Desa Mewah dan sesiapa yang berminat atau berhajat untuk Tahlil Arwah, bolehlah download borang di page ini dan kembalikan kepada AJK surau yang terlibat untuk pengurusan pihak surau dan perlaksanaannya adalah mengikut jadual yang ditetapkan.

Jadual untuk Tahlil Arwah adalah pada hari Selasa dan Jumaat. Sila kembalikan awal supaya hajat untuk tahlil arwah tertunai.


Program Ihya' Ramadhan

Salam Ramadhan,

Pihak Surau Desa Mewah telah merancang pengisian untuk memenuhi program disepanjang bulan Ramadhan yang mulia.

Antaranya;
1. Solat Terawih yang di imamkan oleh Imam Muda Al-Hafiz anak kariah Desa Mewah
2. Kelas pengajian tetapi dengan sedikit perubahan
3. Tazkirah Ramadhan oleh penceramah jemputan dan tempatan
4. Aktiviti tadarus Al-quran untuk semua peringkat

Pihak Surau Desa Mewah mengalu-alukan penglibatan tuan puan terhadap program-program yang telah disusun.

SELAMAT BERPUASA BUAT MUSLIMIN MUSLIMAT. SEMOGA SEGALA YANG DILAKUKAN ADALAH IBADAH DAN MENDAPAT KERADHAAN DARI ALLAH SWT.

Wednesday, July 11, 2012

Ceramah Di Ambang Ramadhan

Ramadhan yang mulia menjelang tiba, untuk mengimarahkan suasana Ramadhan ini, pihak surau menjemput warga Desa Mewah utuk datang beramai-ramai memeriahkan majlis ilmu untuk menambah sedikit sebanyak ilmu berkaitan Ramadhan.

Tarikh              :  14 Julai 2012
Masa                : selepas solat maghrib
Penceramah     : YBhg Al-Fadhil Ustaz Zakaria Mohamad
                           ( dari JAWI)

Semua muslimin muslimat dijemput hadir.

Program Gotong Royong Surau

Tarikh       : 14 Julai 2012
Masa         : Mulai jam .30 pagi

Tujuan : membersihkan kawasan surau sempena menyambut Ramadhan yang mulia. Seluruh warga Desa Mewah dijemput untuk gotong royong ini.

Note: sila bawa alat-alat yang berkaitan dan sesuai dengan aktiviti seperti berus cat, kain buruk dan sebagainya.

Jadual Pengajian Selepas Solat Maghrib Julai 12

Jadual Pengajian Surau Desa Mewah, Semenyih

MOGA MENDAPAT MANAFAAT DARI ILMU YANG DISAMPAIKAN.

Tabung P30, Surau Desa Mewah

Assalamualaikum kepada seluruh warga Desa Mewah,

Sepertimana yang telah diwar-warkan melalui banner serta maklumat bulanan surau, pihak Surau Desa Mewah telah menubuhkan tabung yang dikenali sebagai TABUNG P30 . Tabung ini adalah hasil inisiatif ahli jawatankuasa surau untuk mewujudkan penderma tetap dikalangan warga penduduk Desa Mewah kepada tabung surau. Sumbangan tetap minima RM 30.00 untuk setiap bulan.

Untuk fasa pertama program ini, pihak surau mensasarkan 100 penyumbang tetap untuk mengumpul dana sekurang-kurangnya RM 3,000.00 sebulan untuk tujuan dibawah.

Matlamat Penubuhan Tabung P30 adalah seperti berikut :

1. Memasang penghawa dingin di ruang solat utama dan ruang solat Muslimah

2. Menyediakan tempat kediaman untuk pegawi petugas surau sepenuh masa.

3. Menyediakan imbuhan bulanan (gaji) kepada pegawai petugas surau sepenuh masa. Anggaran imbuhan bulanan adalah dalam RM 1,500.00 sebulan.

4. Lain-lain aktiviti yang dirasakan perlu dari masa ke semasa dan tertakluk kepada kepada persetujuan ahli jawatankuasa P30.

Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan AJK dibawah:

i)  En. Osman Jani                         H/P  :  019-2654 789
ii) En. Mohamad Azmi Sharif       H/P  :  012-2103 110
iii) En. Rahiman Abdullah            H/P   :  019-2626 969

Wakil Muslimah:

i)  Pn. Zalina Ismail                       H/P    : 012-2413 033

Berikut adalah borang penyertaan yang boleh diisi dan diserahkan kepada pihak AJK P30:


Moga penyertaan tuan puan diberkati oleh Allah SWT seperti maksud hadith:

"Barangsiapa dari kalangan kamu yang memudahkan jalan-jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan-jalan ke syurga"