Tuesday, February 21, 2012

Info Kematian

Takziah diucapkan kepada keluarga En. Muhammad Zaharruddin Bin Bakar tinggal di alamat no. 58, Jalan Desa Mewah 12 diatas kembalinya isteri beliau Allahyarmah Pn. Rusmawati Bt. Abu Bakar pada pagi tadi dalam jam 9.00 pagi.

Jenazah telah dibawa kembali ke kampung halaman beliau di Kedah untuk dikebumikan. Seluruh warga muslimin muslimat Desa Mewah berdoa agar rohnya sentiasa bersama-sama orang-orang yang beriman.

Disedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah.

Sunday, February 5, 2012

Badan Khairat Kematian Qariah Surau Desa Mewah

PERATURAN KHAIRAT KEMATIAN



Peraturan Khairat Kematian


Borang Keahlian Khairat/Bantuan Kematian

Biro Kebajikan Dan Khairat / Bantuan Kematian adalah terbuka kepada seluruh warga Desa Mewah yang beragama Islam. Sila baca dan fahamkan peraturan untuk menyertai Badan Khairat ini.

Borang boleh diperolehi di Surau Desa Mewah atau mana-mana AJK surau dan dihantar kembali ke AJK terlibat. Bayaran hanya sebanyak RM 4 sebulan dengan wang pendaftaran sebanyak RM 10.

Bersama-sama kita menyertai Badan Khairat ini untuk memudahkan waris menguruskan jika ada ahli keluarga yang meninggal.

Info Surau Desa Mewah Febuari 2012

Info Surau Untuk Bulan Febuari 2012




Jadual Pengajian Febuari 2012

Assalamualaikum w.b,

Jadual pengajian untuk bulan Febuari 2012 bagi Surau Desa Mewah, Semenyih. Sama-sama lah kita memeriahkan surau kita disamping mendapat ilmu untuk panduan hidup seharian.